Berhati Hati Dalam Menyebarkan Berita Di Media Sosial
=========================================

Sekadar perkongsian. Dua tiga hari lepas rasanya kecoh di Whatsapp group dan media sosial, katanya kerajaan akan mengenakan Caj 6% GST ke atas tambah nilai Touch n Go.

Semasa saya dapat berita ni dalam Whatsapp group, hati kecil saya mengatakan tak betul. Banyak implikasi kalau benda ni berlaku.

Banyak harga barang akan melonjak naik sebab kos pengankutan naik.

Saya tidak percaya.

Tapi, apa saya perhatikan dalam group Whatsapp mulalah operasi menghentam 'kerajaan' atas 'tindakan' ini.

Saya berdiam diri kerana saya tidak ada  bukti sama ada benda ini benar atau salah.

Isu utama yang saya nak tekankan, berhati hatilah semasa kita nak 'sebarkan' sesuatu berita.

Kalau dulu, rasanya saya antara 'juara' dalam memforwardkan benda benda sensasi macam ni.

Kita akan rasa 'hebat' kalau kita yang 'terawal' dapat beritahu orang lain 'berita sensasi' tu.

Dalam kes ini, ia hanya 'memanaskan' keadaan sahaja.

Yang pertama, orang yang memutarbelitkan fakta ini dan 'create fitnah' kepada kerajaan.

Kemudian, berita ini disebarkan secara meluas melalui Whatsapp Group dan Facebook serta media sosial yang lain.

Berita berita sensasi macam ni sangat 'laku'.

Orang yang terus memforward berita macam ni tanpa usul periksa akan dikira sebagai terus memfitnah pihak yang tertuduh.

Benda ni nampak simple. Tapi, sebenarnya ia sangat berat.

Kesan fitnah ini sebenarnya jauh lebih buruk dari MEMBUNUH.

So, macam mana kita nak atasi masalah ini?

1. Apabila datang seseorang membawa berita kepada kita, kita perlu kaji dahulu sama ada berita itu benar atau palsu.

2. Kalau palsu, hentikan di situ sahaja.

3. Kalau benar sekali pun, sebelum nak sebarkan kepada orang lain pula. Tengok, adakah ia akan memalukan orang lain. Adakah ia termasuk dalam kategori mengumpat. Adakah ia dibenarkan atau tidak.

Macam kes Touch N Go ini, kes sebenarnya pihak PLUS hanya mengenakan GST 6% ke atas caj perkhidmatan sebanyak RM0.50 yang dikenakan apabila kita top up melalui agen mereka.

Misalnya, kita top up melalui Mesin ATM Maybank, kita dikenakan caj RM0.50. So, kita kena GST atas 50 sen ini, bukan atas jumlah yang kita top up tu.

Tapi, orang ramai yang salah faham mahu mensensasikan keadaan dengan mengeluarkan fitnah kepada pihak lain.

Sama sama kita menginsafi diri.

Dalam hidup ni, dah banyak kita buat dosa pun. Cukup cukuplah.

Dosa yang lalu pun tak habis minta ampun lagi dengan orang lain, jangan ditambah dengan dosa baru.

Semoga kita sama sama dapat pengajaran dari kisah ini.

Wassalam

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top