Assalamualaikum wrt & Hello to all
Tunas Sarjana Ventures membawakan kepada anda Seminar Keibubapaan Kelolaan Parent Connect Consultancy pada 14 November 2015 (jam 9 pagi - 5 petang) di D'Hotel Seri Iskandar, Perak. Seminar ini bertajuk 
"Membimbing Gen Z: Mengukuh Ikatan, Membina Karakter" akan disampaikan oleh pengasas Parent Connect iaitu Puan Noor Afidah Abu Bakar, mempunya MA dalam Childhood Education dari University of Sheffield, UK dan juga beliau merupakan Certified Positive Parenting Trainer (UK).
Ceramah ini akan menceritakan tentang teknik-teknik pembinaan karakter anak-anak melalui pendekatan keibubapaan yang positif. 

Setiap peserta dikehendaki membayar RM100 seorang, dan material kursus serta makanan akan disediakan (minum pagi, makan tengahari dan minum petang).
Kami mengalu-alukan kedatangan kedua-dua ibu bapa, justeru itu kepada yang mempunyai anak kecil (1 - 9 tahun), khidmat penjagaan anak-anak akan disediakan untuk bayaran RM20 seorang kanak-kanak (dan makanan disediakan).
Tempat untuk program ini hanyalah terhad kepada 50 orang. Sebagai bukti tempahan, sila isi borang daripada link yang dikongsikan ini, dan pembayaran boleh dibuat melalui akaun Putri Nurizatulshira bt Buang (Maybank: 101151048387) dan sila sertakan bukti pembayaran dan dihantar ke emel kami tunassarjanaventures@gmail.com
Borang pendaftaran disertakan di bawah. Cepat-cepat sebelum terlambat!
Kepada yang berada di Perak, Penang, Kedah dan Perlis, jangan lepaskan peluang keemasan ini!


0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top