Assalamualaikum,

Terima kasih kerana menziarahi blog Seminar Motivasi Pelajar Cemerlang. Saya doakan, anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Saya doakan, "Allah mempermudahkan segala urusan kita dan dimasukkan kita semua ke dalam syurga tanpa dihisab."

Salam Perkenalan

Nama saya Mohd Firdaus Mat Saad. Berasal dari Kampung Kedah, Parit Buntar, Perak dan berusia 34 tahun.

Semasa di sekolah rendah, saya banyak main ketika belajar dan tidak belajar bersungguh sungguh. Saya tidak 'score' dalam UPSR dan pada waktu itu, saya tidak layak untuk memohon masuk ke mana mana MRSM ataupun Sekolah Berasrama Penuh.

Syukur Alhamdulillah, saya diterima masuk ke SMKA Al Mashoor (L) Pulau Pinang.

Disitu hidup saya mula berubah. Saya mula belajar bersungguh sungguh. Alhamdulillah, dengan izin Allah saya memperoleh 9A dalam PMR dan kemudian saya layak masuk ke MRSM Taiping.

Di MRSM, saya berjalan memperoleh 9A dalam SPM dan kemudian layak melanjutkan pelajaran di University of Sheffield, United Kingdom.

Di Sheffield, saya menjadi pelajar terbaik Electrical Department dan merupakan satu satunya pelajar yang memperoleh First Class Honours pada tahun itu. 


Gambar saya di Sheffield, UK.


Gambar ketika di Switzerland.


Bermain salji.


Melawat Eifel Tower di Paris


Berjalan sekitar London.


Syukur Alhamdulillah, daripada 100 orang pelajar terbaik dari seluruh dunia, "Saya Yang Terbaik". Alhamdulillah.

Kisah Adik Beradik Yang Lain

Alhamdulillah, adik beradik saya yang lain turut berjaya dalam pelajaran kami masing masing. 3 adik beradik saya yang lain, Norafizal Mat Saad, Arman Zaharil Mat Saad dan Mohd Dzuha Mat Saad.


Abang sulung saya, Norafizal Mat Saad. Graduate dari University of Manchester Institue Science and Technology (UMIST) dan memperoleh First Class Honours dalam Electrical Engineering. Kini bertugas dengan salah sebuah syarikat minyak terkemuka di dunia di Jakarta, Indonesia.


Abang saya yang kedua. Arman Zaharil Mat Saad. Graduate dari Trinity College Dublin dalam bidang Kedoktoran. Sekarang bertugas sebagai Consultan dalam bidan Plastic Surgery di salah sebuah hospital di Malaysia.


Adik saya, Mohd Dzuha Mat Saad. Master in Mechanical Engineering University of Sheffield UK. Kini bertugas dengan sebuah syarikat minyak di Dubai.

Jemputan Ceramah Motivasi

Untuk makluman anda, saya sering dijemput untuk berkongsi rahsia kejayaan kami sekeluarga.

Bagaimana kami yang berasal dari anak kampung berjaya menjadi pelajar cemerlang di university masing masing dahulu?

Alhamdulillah, saya dah berkongsi dengan ribuan pelajar sebelum ini.

Saya kongsikan pelbagai tips dan rahsia dengan mereka. 

Ramai orang ingat kalau nak jadi pelajar cemerlang mesti belajar bersungguh sungguh.

Ya.... Tidak dinafikan memang kita perlu belajar bersungguh sungguh untuk berjaya. Tapi bagi saya ada lagi perkara perkara lain yang JAUH LEBIH PENTING DARI BELAJAR BERSUNGGUH SUNGGUH.

Apa yang saya perhatikan, masyarakat hari ini terlalu mementingkan kejayaan akademik untuk anak anak mereka.

Sehingga mereka terlupa untuk 'mendidik' anak mereka dari segi akhlak, adab dan menjaga hubungan dengan Allah.

Misi saya mudah, saya nak tekankan kepada para pelajar. Kita mesti berjaya dalam kehidupan kita dunia dan akhirat.

Saya nak para pelajar hari ini, satu hari nanti akan menjadi seorang yang BERJAYA dan BERTAKWA. Saya nak mereka jadi MUKMIN PROFESSIONAL.

Kalau nak jadi engineer, jadi engineer yang BERTAKWA.

Kalau nak jadi guru, jadi guru yang BERTAKWA.

Kalau nak jadi doktor, jadi doktor yang BERTAKWA.

Jika boleh, saya mahu para pelajar hari ini faham dengan konsep kita dihidupkan oleh Allah sebagai khalifah di muka bumi ini. Kita mesti menjadi seorang yang memberi banyak manfaat dan menambah nilai hidup orang lain.

Bersesuaian dengan sebuah hadis yang bermaksud.

"Sebaik baik manusia adalah manusia yang banyak memberi manfaat kepada orang lain."

Saya nak para pelajar hari ini faham, dalam usaha mereka untuk mengejar kejayaan di dunia, jangan lupa kejayaan mereka di akhirat kelak.

Dalam seminar seminar yang saya jalankan, saya sering kongsikan bagaimana para pelajar boleh menjadi MAGNET kepada KEJAYAAN.

Ramai orang mahu mengejar kejayaan. Saya tak suka dengan konsep ini. Bila kita kejar dunia, dunia akan lari menjauhi kita.

Saya mahu ajar para pelajar menjadi MAGNET KEJAYAAN. Saya nak mereka belajar cara mudah untuk MENARIK KEJAYAAN kepada mereka.

Untuk jadi MAGNET, saya kongsikan pelbagai rahsia dan tips dengan para pelajar.

Antara yang saya tekankan adalah konsep menjaga hubungan dengan Allah, jaga hubungan dengan ibu bapa, jaga hubungan dengan guru, jaga hubungan dengan rakan.

Saya kongsikan perubahan hidup saya dahulu dari pelajar yang main main dalam pelajaran kepada pelajar yang bersungguh sungguh dalam pelajaran. Saya pernah gagal dan saya pernah berjaya. Semua pengalaman saya ini dikongsikan agar menjadi pengajaran kepada para pelajar hari ini. 

Formula saya sangat mudah. "Belajar dari mereka yang dah terbukti berjaya, buat lebih baik daripada apa yang orang itu suruh, Insya Allah kita terpaksa berjaya."

Itulah apa yang saya lakukan dahulu. Abang saya pelajar terbaik di university beliau, beliau banyak berkongsi rahsia dan tips belajar dengan saya. Inilah yang saya amalkan dan Alhamdulillah saya juga berjaya.

Bagi saya, jika para pelajar hari ini berjaya mengikuti ciri ciri orang yang berjaya. Mereka juga akan terpaksa berjaya. Insya Allah.

15 Video Rahsia Pelajar Cemerlang Dunia Dan Akhirat

Anda tonton semua video ini. Saya berikan PERCUMA kepada anda. Kemudian, kongsikan video ini dengan anak anak anda. Kongsikan dengan rakan rakan anda.

Semoga ramai yang mendapat manfaat daripada apa yang saya kongsikan.

Semoga apa yang saya usahakan ini menjadi pencen kubur buat saya satu hari nanti. 



Saya kongsikan syarat pertama untuk berjaya. Mesti ada keinginan yang tinggi untuk berjaya. DESIRE. Kalau para pelajar hari ini nak berjaya. Mereka mesti ada DESIRE yang tinggi untuk BERJAYA.



Saya share kepentingan untuk para pelajar design hidup mereka. Saya tekankan konsep, "Live By Design, Not By Default".


Huhu.. Ini topik penting. Kalau para pelajar nak berjaya, meraka mesti ada Matlamat. Kalau tak, mereka akan hidup tanpa hala tuju yang betul.



Saya kongsi 101 Matlamat saya dalam kehidupan. Saya nak mereka nampak kepentingan ada matlamat dalam hidup mereka.


Ini key penting. Nak berjaya mesti JAGA HUBUNGAN DENGAN ALLAH. Sesuatu yang para pelajar hari ini banyak yang 'leka'. Mereka ingat mereka berjaya atas usaha mereka. Tapi mereka tak sedar, mereka berjaya atau gagal adalah atas ketentuan Allah.


Saya share sedikit teknik meminta dengan Allah. Cara bercakap dengan Allah.



Nak berjaya, kita tak boleh menzalimi orang lain. The moment kita menzalimi hidup orang lain dan mengambil hak orang lain. Hidup kita akan kurang berkat. Bila kita hidup tak berkat, itulah yang menyebabkan kejayaan sukar datang kepada kita. 


Konsep tolong orang lain kerana Allah. Bila tolong orang lain, jangan harapkan balasan. Tapi serahkan kepada Allah segala galanya.


Nak jadi magnet kejayaan, mesti belajar hormati guru. Belajar menjaga hati guru dan buat guru suka dengan kita. Bila guru suka dengan kita, semuanya akan jadi mudah. 


Ini teknik yang saya ajar untuk pelajar gunakan. Konsep structured day. Macam mana mereka nak rancang hidup mereka seharian agar lebih tersusun.



Teknik buat nota ringkas.


Tips penting. Pelajar mesti rajin buat latihan, buat trial paper dan juga past year paper.



Nak berjaya dengan mudah, mesti rajin berjumpa dengan mentor. Persoalannya, siapa mentor anak anda.



Dan yang penting. Saya fahamkan kepada pelajar untuk buat yang terbaik kepada ibu bapa mereka.  You will love this part. Saya tekankan kepentingan untuk hormat dan menyayangi ibu bapa mereka. AWAS !!! Anda mungkin menangis. Please ready tisu.

Apa yang saya kongsikan di atas adalah sebahagian ringkas dari seminar yang saya kongsikan tempoh hari.

Untuk pengetahuan anda, saya jalankan 3 Seminar pada hari tersebut.

Seminar 1 : I Believe I Can Fly






Antara topik penting yang saya kongsikan :

i. Asal usul saya sebagai seorang anak kampung yang gagal dalam pelajaran di peringkat awal dan kemudian bangkit semula dan terus berusaha untuk menjadi pelajar terbaik di University of Sheffield, UK.

ii. Bagaimana saya ubah hidup saya jadi PELAJAR LUAR BIASA.

iii. Teknik belajar yang saya dan adik beradik kami amalkan untuk berjaya dalam pelajaran. Teknik ini adalah teknik yang terbukti berkesan. Bukan teori semata mata, tetapi sesuatu yang sangat PRAKTIKAL.

iv. Saya share teknik :

A. Bagaimana untuk menghafal dengan mudah.
B. Bagaimana untuk faham apa yang guru ajar di dalam kelas
C. Teknik luar biasa untuk lebih mudah faham dan ingat apa yang mereka belajar.
D. Teknik mengetahui soalan mana yang akan keluar dalam peperiksaan.
E. Teknik menjawab soalan seperti skema jawapan.
F. Rahsia melembutkan hati pemeriksa yang memeriksa kertas jawapan.
G. Rahsia menyerahkan diri kepada Allah untuk berjaya

Seminar 2 : Magnet Kejayaan Pelajar Cemerlang


Saya share bagaimana untuk menjadi MAGNET KEJAYAAN. Saya nak kejayaan datang kepada mereka. Bukan mereka yang terkejar kejar kejayaan.

Saya share teknik teknik ini dengan mereka :

i. Bagaimana menulis matlamat dan merancang kehidupan mereka untuk jadi insan luar biasa.

ii. Pengalaman saya menulis 101 matlamat dalam kehidupan saya. Bagaimana satu persatu impian ini datang kepada saya.

iii. Jaga hubungan dengan Allah, ibu bapa, guru dan rakan rakan kalau nak berjaya dalam kehidupan.

iv. Sikap yang perlu ada dalam seorang pelajar yang mahu berjaya.

v. Konsep berjaya berjemaah. Bukan sorang sorang. Saya nak pelajar bekerjasama untuk berjaya. Bukan bersaing sesama rakan mereka. 

vi. Teknik menjaga emosi agar mereka kekal bersemangat bertenaga untuk berjaya

vii. Teknik untuk bertindak secara LUAR BIASA.

EXTRA  : Seminar Now Everyone Can Be A Millionaire


Saya Share Dalam DVD Ni Dalam Tempoh Hampir 2 Jam :

i. Perkongsian Pengalaman Saya Menjadi Usahawan
ii. Mengapa Pelajar Perlu Jadi Usahawan
iii. Mengapa Perlu Jadi Kaya Dan Berjaya
iv. Karektor Usahawan Berjaya

Anda Berminat Untuk Dapatkan Rakaman Penuh Seminar Ini?

Adakah anda berminat untuk dapatkan rakaman penuh 3 seminar luar biasa ini?

Buat tanpa tapi, lakukan tanpa nanti. Bantu anak anda menjadi pelajar cemerlang, berjaya dunia dan akhirat.

Insya Allah. Percayalah, apa yang saya kongsikan dalam 3 seminar ini bukan perkongsian biasa biasa. Ia satu perkongsian LUAR BIASA.

Anda tak akan menyesal menontonnya Insya Allah.

Anda berminat? 

Harga setiap satu DVD adalah RM30. Postage RM10. Anda boleh pilih secara ala-carte.

TAPI .... Jika anda beli ketiga tiga DVD ini, tawaran yang saya berikan. Anda hanya perlu bayar RM60 sahaja termasuk kos pos.

Bank In Ke Akaun Maybank:

Nama        : Mohd Firdaus Mat Saad
No Akaun : 152116040160

Lepas dah bank in, sila PM saya di 019-578 2515.

Semoga apa yang saya kongsikan ini sedikit sebanyak dapat memberi motivasi kepada anak anak anda untuk berjaya dunia dan akhirat.

Wassalam

Mohd Firdaus Mat Saad
Pelajar Terbaik University of Sheffield, UK

"Motivating And Inspiring Others"
"Rahsia Pelajar Luar Biasa"
"Magnet Kejayaan Pelajar Cemerlang"
"Alang Alang Belajar, Biar Sampai Ke Luar Negara"

Mohon Anda Tekan Button SHARE Di Bawah Dan Di Atas Entri Ini. Mudah Mudahan Dengan Satu Klik Share Dari Anda Dapat Membantu Anak Rakan Rakan Anda Untuk Mereka Berjaya. Ia Boleh Menjadi PENCEN KUBUR Buat Anda Jika Orang Lain Mendapat Manfaat Daripada Perkongsian Ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top