Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Semoga Allah memasukkan kita semua ke dalam syurga tanpa dihisab. Insya Allah.

Parenting Skill

Saya rasa, sekarang saya dalam fasa perubahan dalam kehidupan. Jika dulu saya rasa anak anak saya ni macam budak budak.

Sekarang saya rasa saya kena ubah cara saya melayan mereka.

Saya dah kena start buat mereka jadi macam kawan saya.

Inilah ilmu yang saya belajar dari kawan kawan yang dah ada ramai anak yang dah besar.

Kalau boleh, kita nak jadi kawan kepada anak anak kita. Kita nak kita jadi tempat mereka bercerita dan berkongsi masalah mereka.

Kita tak nak mereka kongsi masalah dengan orang lain yang belum tentu boleh bagi nasihat berguna kepada mereka. 

Anak anak sekarang ni mereka membesar dengan cepat. Sedar tak sedar, anak anak saya dah pun umur 6 tahun dan 3 tahun.

Its time for me to be friend with them.

So... Minggu lepas saya spend time bersama mereka. Ketika itu hari Isnin, ramai orang berpusu pusu ke tempat kerja, saya pula dengan anak anak kami jalan jalan naik LRT dan ronda ronda KLCC.

Alhamdulillah, ini lah nikmatnya bila bekerja dan buat bisnes sendiri. Bila-bila masa boleh bercuti. 

Ummi dan baby Fawwaz tak ikut, tunggu Fawwaz besar sikit, nanti kita jalan-jalan bawa Fawwaz jugak yer. 


Naik LRT dari area Datok Keramat. Terusssssss sampai area dekat dekat dengan PJ. Hehe.. Then patah balik. Maklumlah. Waktu tu jam 10 pagi. Orang dah tak ramai naik LRT ni. 

Fateh cakap dia naik 'Chu chu train'. Farees pulak cakap ini bukan 'Chu Chu Train.... Ini LRT la'.


Sampai KLCC, saya terus bawa mereka ke Aquaria. FYI, Aquaria tu terletak di luar area KLCC. So, kena jalan kaki yang agak jauh. Rasanya dekat 800 meter dari Concourse KLCC tu. Tapi semua lalu tunnel saja dari Concourse tu. So tak lah terasa sangat.


Dah bersemangat sampai kat sini.


Ok. Ini waktu operasi Aquaria KLCC. Buka jam 10.30 pagi dan tutup jam 8:00 malam. Tiket pula RM40 untuk dewasa dan RM30 untuk kanak kanak 3-12 tahun. Bawah 3 tahun PERCUMA.


Ini area pertama bila masuk ke Aquaria ni. Saya ambil gambar belangkas ni. Then staff dia sound saya. Dia cakap aper saya tak dengar sangat. Sebab tak clear. Lepas tu saya terfikir... "Takkan tak leh ambil gambar kot..."


Jalan jauh sket... Nyorok nyorok ambil gambar lagi. Alasannya, takkan aku tak leh amik gambar lak dalam ni. Rugi tu....

Then staff lain pulak yang sound. Kali ni ku tanya betul betul. Apa masalahnya. Rupa rupanya, "DILARANG GUNA FLASH MASA AMBIL GAMBAR".

Alahai.. Mungkin ku terlepas pandang. Dia cakap, nanti ikan terkejut dengan flash camera tu.


Ini ikan yu. Dia letak kat akuarium yang boleh pegang. So boleh pegang pegang kalau berani. Dia cakap, boleh pegang tapi jangan tangkap.


Ini pulak belut elektrik. Sangat panjang...


Nah tengok mukanya... Ganas dan tak hensem.


Selama ni saya dok jumpa jugak cengkerang macam ni. Tapi tak tahu macam mana dia hidup. Bila tengok ni, baru tahu rupa rupanya dia boleh berenang renang ke sana ke mari macam ikan jugak.


Farees agak bagus. Dia leh kenal banyak jenis ikan. Dia cakap ini "Sea Horse".


Macam cantik jer. Kecil dan kiut miut kuda laut ni.


This is "Nemo". Nemo pun Nemo lah Farees....


"Abi... This is Octopus..."


Lobster


Coral...


Ikan aper ntah...


Worm Fish. Boleh keluar masuk dalam pasir. 


Arapaimas. Sangat besar ikan ni.


Farees leh kenal pulak, "Abi this is alligator fish." Wahhh.. Good job anak anakku....

  
                     Ambil gambar lagi dalam Aquaria. Banyak ikan ikan kecil di belakang tu.



Farees kenal pulak tu. "Abi.. This is Catfish"


Mula masuk ke kawasan shark.


Nak tengok shark kena masuk dalam tunnel.


Ada escalator bergerak ni. So kita berdiri ajer atas ni dan ia bergerak. Kalau tak nak bergerak, sila ke kiri. Kita leh jalan kaki sendiri atau stop untuk ambil gambar.


Teruja budak budak ni bila tengok shark lalu atas kepala mereka.


Boleh tahan besar jugak sangat shark tu.


Dia jalan jalan pulak. Ke sana ke mari shark ni.


Habis keluar dari kawasan Shark, ada pertunjukan bagi makan kepada ikan ikan. Alhamdulillah, timing kami kena. Untuk pengetahuan anda, waktu bagi makan kepada ikan adalah jam 12 tengah hari dan 3 petang yer. So, please plan your schedule sebelum masuk ke Aquaria ni. Rugi kalau tak tengok bagi makan ikan ni.


Ada dua divers kat dalam  dan kami duduk di luar perhatikan mereka bagi makan ratusan ikan yang kelaparan tu.


Ini pari pari yang datang dekat dengan kami...


That's my boy. Fateh dah tak larat nak berdiri. Terus dia baring kat tepi cermin tu. Buat macam rumah sendiri nampak Fateh...


Suka Farees ngan Fateh tengok ikan ikan ni makan.


Ada turtle lagi kat dalam tu...


Bagi makan ikan pari pari yang besar.


Besar tak?


This is turtle...


15 minit kami saksikan sessi bagi makan ini. Untuk anda tiba kat kawasan ini dalam pukul 12. Saya cadangkan anda mula masuk Aquaria jam 11.15-11.20 pagi. Kalau masuk awal nanti kena tunggu lama. Kalau masuk lambat nanti terlepas.


Then ada taman tempat ikan ikan kecil


Ada bunga bungaan dalam kolam ni


Sebelum keluar, saya ada beli tiket RM5 seorang untuk masuk area ni. Dia ada games untuk kanak kanak dan juga tempat obor obor dan kuda laut beranak.

Farees dan Fateh diberikan kertas untuk mereka mewarna guna cryon.



Lepas tu, ia akan di scan. Inilah rupa bentuk ikan jerung Farees.


Ini hasil warna Fateh.


Yang bestnya, lepas di scan. Ia akan dipancarkan ke dinding bilik tu guna projector. Dan ia akan berenang ke sana ke mari dan bergerak gerak.


Nampak tak ikan jerung Farees berenang renang.

 

Fateh tangkap dia punya turtle. Seriously, it's amazing. Saya tak pernah tengok lagi benda macam ni. Dia boleh buat bagi nampak macam animation yang ikan ikan ni sedang berenang kat dinding tu.


Tempat pembiakan obor obor


Obor obor..

Alhamdulilah...

That's our journey visit Aquaria KLCC.

Wassalam

Mohd Firdaus Mat Saad
Motivating And Inspiring Others

Feel Free To Share Jika Anda Rasa Ia Bagus Untuk Dikongsikan Dengan Rakan Rakan Yang Lain

1 comments:

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top