Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Semoga Allah memasukkan kita semua ke dalam syurga tanpa dihisab.

Impian Menjadi Bapa Terbaik Untuk Anak Anak

Kalau anda tanya saya, saya teringin sangat nak melihat anak anak saya menjadi anak yang soleh.

Saya nak mereka jadi seorang yang beriman, baik dari segi akhlak dan sahsiah.

Saya nak mereka jadi seorang yang menghormati orang lain.

Untuk mereka menjadi seperti yang saya mahukan, saya rasa sebagai bapa saya bertanggung jawab untuk beri yang terbaik kepada mereka di usia mereka masih kecil ini.

Dari kecil lagi, saya perlu tunjukkan kepada mereka yang saya menghargai kehadiran mereka.

Sejak kebelakangan ini, saya macam terajin pula dengan talk pasal keibubapaan. Antara ilmu yang saya dapat, kalau nak anak anak hargai kita. Belajar untuk menghargai mereka.

Since kat Parit Buntar biasanya saya sibuk dengan buat bisnes, di KL saya agak lapang. Memang saya tak plan untuk banyak aktiviti di KL.

So... Saya luangkan masa untuk bawa anak anak saya untuk main games.

Saya beli token RM30.

Ha... Korang main la sampai lebam. 


Main tembak tembak.......Tengok Fateh tu... Yo yo ooooo jer tembak. Misinya, tembak haiwan haiwan berbahaya yang menyerang mereka di dalam hutan.

Nampaknya, team sepupu Farees menang dalam pertempuran ini.


Tembak.. Jangan tak tembak.


Tembak air pulak..... 


Main escabator pulak. Ok Raees.. Dah besar nanti buat bisnes ok. Jadi tauke eskabator.. 


Main bowling pulak....

Alhamdulillah.. We enjoyed having our time playing together.

Masa nak balik....Fateh ternampak pulak keretapi Thomas And His Friend. Dia nak beli Thomas tu.

Saya cakap, "No......"

Even muka dah nak nangis. Saya tetap tak beli jugak.

Prinsip saya mudah. Sekali saya bawa mereka keluar, mereka boleh pilih satu saja. Nak enjoy main kat arked games tu atau beli satu mainan.

Since dia pilih untuk main games dulu, so... "NO MORE TOY".

Tak kira lah.. Dia berguling ke, aper ke. Saya agak strict dengan anak anak. Saya kena FIRM dengan decision yang dah buat.

Saya nak mereka faham untuk respect apa yang saya cakap pulak.

"Ya Allah, jadikanlah anak anakku ini anak yang soleh. Yang menyejukkan mata ku memandangan dan memberi kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Jadikanlah mereka jutawan yang bertakwa dan memberi manfaat kepada ramai orang"

Amin...

Wassalam

Mohd Firdaus Mat Saad
Motivating And Inspiring Others
Jom Jadi Ibu Bapa Yang Soleh

Feel Free To LIKE And SHARE.




0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top