Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Saya doakan, Allah permudahkan segala urusan anda dunia dan akhirat.

Mengapa Ramai Rakyat Malaysia Mudah Jadi Gemuk

Inilah topik yang ingin saya bincangkan dengan anda hari ni.

Sebentar tadi, saya ada menghadiri satu majlis open house di satu tempat yang tak ingin saya nyatakan.

Cumanya, saya nak kongsi dengan anda semua jenis makanan yang dihidangkan dalam majlis ini.

Saya ambil gambar secara close up supaya anda nampak dengan jelas semua jenis makanan ini. Dan anda nilai, ini lah makanan kegemaran rakyat Malaysia dan inilah yang biasanya menyebabkan ramai orang mudah menjadi GEMUK.


Ayam masak merah berminyak, dan daging masak hitam serta nasi tomato.


Sate. Seorang diberikan 5 cucuk. Tapi biasanya orang akan ambil 10 cucuk seorang.


Mesti nak kena rasa bihun sup pulak.


Jangan dilupakan, lemang dan nasi impit berserta daging dan kuah kacang.


Mee goreng dan kuew teow goreng.


Tidak dilupakan, rojak.


Air disediakan air sirap dan oren


Serta Teh Tarik yang banyak gula


Cendol yang bersantan dan dicampur dengan gula hitam sebagai pemanis.


Jangan lupa untuk cuci mulut pulak. Ais krim.

Cuba anda perhatikan, setiap satu ini merupakan dari golongan makanan yang tidak sihat.

Hampir kesemuanya.

Ok, meh saya fahamkan anda balik.

Kalau kita sebagai orang yang ada ilmu, kita tahu makanan ini kebanyakkannya tidak sihat. Maka kita jangan makan kesemuanya sekaligus pada hari yang sama.

Tapi.... Mana boleh..

Inikan open house.

Makankan free....

Maka tadi saya menyaksikan sendiri hampir kesemua orang makan sate 10 cucuk untuk setiap orang. 

Ramai orang berulang alik dari meja makan ke gerai tempat hidangan disediakan.

Selepas habis satu, ambil yang lain pula. Dah habis, then ambil yang lain pula. Begitulah seterusnya sehinggalah perut tu dah sendat. Barulah nak berhenti.

Rasanya, kalau sekali hadap semua ni, nilai kalori boleh mencecah 1500kCal sekali harung.

Sedangkan, secara puratanya wanita hanya boleh makan 1600kcal sehari dan lelaki boleh makan 2000kcal setiap hari.

Kalau sekali makan 1500kcal, bagaimana dengan sarapan pagi tadi? Bagaimana pula dengan minuman petang dan makan malam? Berapa jumlah kalori yang diambil sehari?

Kesannya.... Maka ramailah rakyat Malaysia yang ada masalah kesihatan. 

Sakit jantung, kolestrol, darah tinggi, kencing manis, lemah jantung dan macam macam sakit lagi.

Agak agak anda, mereka ini bersenam tak hari ini?

Cakap kat orang sebelah, "Memang tak lah kannnnnnn".

Ingat yer, sangat penting untuk kita rakyat Malaysia untuk jaga kesihatan kita.

Jaga pemakanan. Bersenam dan amalkan gaya hidup yang sihat.

Saya doakan anda yang baca blog ini dapat sedikit pengajaran dari kisah ini.

Kalau nak makan pun, berhati hati. Jangan belasah semua nak makan. Kalau sampai semua nak makan, dah jadi lain cerita pulak.

Oklah... Itu saja nak story.

Take care.

Wassalam.

Mohd Firdaus
"Motivating and Inspiring Others"


Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah. 

Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!



Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Maria untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

MASTER KAM MARIA
Founder of Maria Firdaus' Millionaires in Shaklee (MFMS) Empire
Shaklee ID : 881455
come_maria@yahoo.com
019-259 2731 (Call, SMS, WhatsApp) 


Feel Free To SHARE Jika Anda Rasa Entri Ini Bermanfaat Untuk Rakan Rakan Anda Yang Lain

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top