Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Saya doakan, "Anda Kaya Dan Berjaya".

Projek Meruntuhkan Bangunan Surau Bermula

Untuk pengetahuan anda, surau ini terletak di hadapan rumah saya.

Sejak saya lahir lagi, surau ini dah pun ada. Saya memang sudah biasa dengan tempat ini.

Namun, bagi memberi laluan kepada projek pelebaran jalan di hadapan surau ini oleh pihak kerajaan, banyak rumah yang terlibat. Tidak ketinggalan surau ini turut bakal diruntuhkan dan diganti dengan surau baru yang lain.


Ini bangunan surau asal.


Ini adalah stor surau dan pejabat. Sudah mula dibuka bumbungnya.


Dalam 2 jam. Bumbung siap di buka.


Ini pejabat.


Nak buat susah. Nak runtuhkan kejap jer. Haha...


 Kayu kayu ini dijual. Duitnya akan dimasukkan ke dalam tabung surau untuk pembinaan surau baru nanti.


Bahagian dalam stor.


Ini pula kelas KAFA. Kelas Asas Fardhu Ain untuk anak anak berusia 7 sehingga 11 tahun.


Kayu yang dibuka dipindahkan ke tempat lain. 


Ini kelas KAFA yang dah dibuka. Para pelajar ini dipindahkan ke masjid berhampiran sementara menunggu kelas baru mereka di bina.


Gone. Cepat juga mereka ni buat kerja. Dalam 4 hari, dah nak setel semua kayu kayu ni.

Bangunan asas surau masih belum di buka. Hanya akan dibuka selepas semua kerja kerja pembinaan surau sementara siap dibina.

Doakan, semoga semua urusan ini dipermudahkan Allah.

Wassalam.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top