Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Saya doakan semoga Allah mudahkan urusan kita di dunia dan di akhirat.

Kisah Mencari Nombor Plat


'Lembu' dah beli, 'tali' belum ada.

Kalau saya cerita kat anda pasal nak cari nombor plat kereta ni. Menangis anda nanti.... Memang bukan mudah saya nak dapat nombor plat yang saya nak.

Kalau tanya saya, nombor apa yang saya nak. Sudah tentu ini pilihan utama. MF 8281 - Maria Firdaus dan tahun lahir kami.

Ku mencari cari... akhirnya ku temui...


Saya nak beli, tuan dia tak nak jual. Tak dapat den nak nolong...


Bila kat highway, sekali ternampak nombor plat ni. Wowww.... Sangat cantik. Ku berkenan. Tapi takkan owner tu nak jual pulak kan.... Memang tak lah kan...

Tiada Pilihan, Ku Cari Nombor KAM8281

Dah tak ada nombor yang cun, saya bertekad nak cari nombor KAM8281. Sempena nama KAM MARIA. 

Senang... ku nampak wajah biniku di kereta ni nanti.. Haha...

Owner duduk di Pendang, Kedah.


Awal pagi saya ke Pendang, tempat Paya Kelubi.


Memandangkan rumah kampung, alamat yang diberikan tak ada dalam Waze. Terpaksa guna teknik lama. Tanya orang...


Tanya di kedai makan...


Masuk ke jalan ni.. Salah jalan daaa....


Taraaa..... Rumah dikesan. Tapi kereta tak ada. Jiran sebelah rumah cakap, dia ada di Pasar Kemboja, Pendang.


Jom kita ke sana.... Terus saya sampai ke sini. Kawasan sini sangat luas... Nak kena cari Van Rusa dengan Plat KAM8281.


Pusing pusing... Pusing pusing.. Belum ku temui.. Tapi ku pasti dia ada di sini.


Tara.... Plat KAM8281 dapat di kesan.

Saya terus bincang dengan owner. Saya bagi tahu dia saya nak beli nombor plat kereta dia dengan harga RM XXXX.

Terus owner setuju. Saya beritahu apa procedure yang dia nak kena buat. Dia faham. Dan setuju.

Saya nak bayar deposit. Tapi dia tak nak. Dia cakap, dia percayakan saya.

Nantikan perkongsian dari saya... Macam mana saya buat nak dapatkan plat KAM 8281 tu. It's not easy. Itu saja yang boleh saya katakan kepada anda.

Wassalam.

Mohd Firdaus

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top