TESTIMONY PESERTA PROGRAM NOW EVERYONE CAN KURUS (NECK)



BATCH 1 : FEBRUARY 2015 INTAKE

Assalamualaikum,

Nama saya Shiemz. Saya berusia 31 tahun.

Berat badan tertinggi yang pernah saya capai ialah 85kg. Ya, 85kg.  Nak kata gemuk sangat tu tak lah, tapi saya sangat tembam.

Seumur hidup saya dari dahulu saya tak pernah kurus. Saya memang seorang yang jenis bambam sejak dari sekolah lagi.

Ketika kawan kawan di sekolah masih lagi slim melim, saya sudah mula 'membina lemak' dalam badan saya.


Saya sebelah kiri sekali. Kawan kawan masih slim, saya dah pun bambam.

Ada kawan tanya, ada tak gambar saya masa kurus yang dulu dulu. Mereka nak tengok.

Jawapan saya, "Memang tak ada".

Saya memang termasuk dalam golongan mereka yang obesiti. Sentiasa memiliki masalah berat lemak yang berlebihan.

Saya pernah cuba untuk turunkan berat badan. Tapi tak berjaya.

Yang turunnya sedikit tapi kemudian berat naik kembali.

Saya sangat tertekan. In fact, saya makan lebih banyak dan berat badan semakin meningkat.


Tahun 2005 saya mendirikan rumah tangga bersama suami saya. Inilah wajah saya pada hari perkahwinan saya. Bambam dan ceria. 


Selepas berkahwin, saya cuba untuk mengawal berat badan saya. Saya tengok ramai kawan kawan yang kahwin dan berat badan mereka meningkat dengan pantas. Saya sering bersukan sebab nak turunkan berat badan.


That's me.


Bersama kawan


Orang selalu tanya saya, "Mengandung ker?" Alahai.. Sentapnya.

Selepas melahirkan anak yang pertama, berat badan saya meningkat dengan jayanya.

Selepas beberapa tahun, saya dan suami merancang untuk mendapatkan anak yang kedua.

Kami cuba beberapa kali tetapi gagal.

Selepas itu saya dan suami pergi mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor pakar. Katanya, hormon saya tak stabil.

Doktor memberikan saya ubat untuk membetulkan hormon saya. Malangnya, ubat itu ada kesan sampingan.

Berat badan saya semakin meningkat.


Perut dan badan saya yang membesar dengan jaya.


Beginilah keadaan saya ketika itu.

Makin lama, saya semakin gemuk. Berat semakin meningkat. Saya rasa kalau saya semakin gemuk, semakin sukar untuk saya hamil.

Saya cuba untuk menurunkan berat badan. Saya rasa, kalau berat badan saya menurun peluang untuk hamil akan semakin tinggi.

Alhamdulillah, berat saya turun sedikit dan kemudian saya berjaya hamil. Syukur Alhamdulillah.


Saya dah suami bersama 2 orang anak. Selepas ada dua anak, tak kurus kurus pulak.


Mengapa Saya Nak Turunkan Berat Badan?

Ada 3 sebab utama mengapa saya MESTI turunkan berat badan:

1. Sekarang saya dah berumur 30-an. Anak dah ada dua orang. Saya tengok ramai akak akak di office yang bambam. Dan mereka ini sangat sukar nak turunkan berat badan. Saya tak nak jadi macam mereka. Kalau boleh saya nak slim dan sihat.

2. Sebab kesihatan. Anak anak saya masih kecil. Saya pun masih muda. Saya tak nak mengidap penyakit diabetes, darah tinggi, sakit jantung yang biasanya lebih mudah menyerang mereka yang berbadan besar. Saya WAJIB jaga kesihatan diri saya.

Saya juga seorang isteri. Saya WAJIB jaga kesihatan saya untuk memberi yang terbaik kepada suami saya. Itu tanggung jawab saya.

Untuk berkhidmat yang terbaik kepada suami, saya mesti SIHAT.


Nampak macam mengandung tak? Takkkkk... Saya tak mengandung waktu ni... Inilah saya yang sebenar.

3. Badan saya terasa semakin berat. Saya selalu penat dan malas untuk bergerak. Saya sangat sentap bila kawan-kawan atau saudara mara tanya saya, "Ada isi ker?", "Mengandung ker?" Saya rasa saya mesti buat sesuatu sebelum keadaan semakin parah.


Ternampak Sahabat Lama Yang Bambam Berjaya Turunkan Berat Badan

Saya ada seorang sahabat dari sekolah lama. Nama Din. Saya bersahabat dengan beliau di FB.

Sekenal saya, beliau sejak azali memang gemuk. Gemuk yang tahap melampau. Berat beliau pernah mencecah 138kg.


Ini sahabat saya Din.


Din yang tersangat bambam.


Satu hari, Din upload gambar beliau di FB. Beliau cakap, berat badan beliau dah turun banyak selepas mengikuti program Now Everyone Can Kurus.

Ini tak boleh jadi. Saya mesti jumpa Din.

Since Din kawan lama saya, saya PM Din dan jumpa beliau. Saya nak tahu apa rahsia beliau berjaya turunkan berat badan?

Saya nak kurus juga.

Pada waktu itu, Din menerangkan kepada saya.

"Kita mesti kurus bukan sebab kita nak kurus. Tapi kita mesti kurus sebab kita perlu hidup dengan lebih sihat. Kata kunci kalau nak kurus, mesti ada kekuatan nak hidup dengan lebih sihat".

Pada peringkat awal, saya terdorong untuk berubah sebab saya takut dan geram. Tapi setelah diberitahu oleh Din, baru saya sedar. Saya mesti kurus untuk hidup lebih sihat.

Jangan nak kurus sebab geram dengan sindirin orang lain. Tapi kuatkan keazaman untuk hidup dengan lebih sihat.

Sertai Program Now Everyone Can Kurus

Tanggal 1 Februari 2015 saya sertai program Now Everyone Can Kurus. Ia program penurunan berat badan yang dijalankan 100% pemantauan secara online.

Semua ilmu yang diajar diberikan melalui Telegram Group yang dibimbing oleh seorang Personal Trainer yang dah berpengalaman luas membantu ramai orang untuk turunkan berat badan.

Bila saya join saja program ini, perkara pertama yang mereka ajar adalah  cara kira kalori untuk turunkan berat badan.

Lepas dah belajar kira kalori ni, barulah saya tahu rupa rupanya semua orang boleh turunkan berat badan kalau faham konsep kalori ini.

Konsepnya mudah sangat. Nak turunkan berat badan, mesti defisit kalori dari apa yang badan kita perlukan.

Nak kurus mesti jaga pemakanan dan buat senaman. Itu dua perkara asas yang perlu difahami.


Paksa Suami Join

Hehe... Kalau nak tahu, masa saya join program ni saya daftarkan nama suami saya sekali.

Haha.. Since dah daftar terpaksalah dia join.


Selepas ini, dua dua orang mesti slim yer.

Perubahan Selepas Menyertai NECK

Dalam NECK, saya diajar kalau nak kurus kena elakkan 5 makanan ini. Bergoreng, berminyak, bersantan, bergula dan bergaram.

Maksudnya, kalau boleh dijauhkan. Tapi, kalau terpaksa ambil, kawal pemakanan itu.

Jadi saya dan suami mula sedar. Banyak makanan kami biasa ambil dahulu banyak yang tak sihat.

Antara makanan kegemaran kami sebelum ini.

1. Nasi Goreng Telur Mata Kerbau
2. Nasi Lemak
3. Roti Canai
4. Burger
5. KFC
6. Kuih Muih Yang Mansi
7. Air Minuman Bergas

Dan macam macam lagi. Jangan sebut lah restauran makanan segera macam KFC, Pizza Hut, Secret Recipes dan lain lain lagi. Semuanya menjadi tempat kunjungan kami dulu.

Semua ni bukan tak boleh makan, tapi perlu di KAWAL.

Terutama semasa proses nak turunkan berat badan di mana kami perlu defisit kalori. Memang kalau boleh dijauhkanlah semua ni.

Jika dulu kami tidak suka bersenam, sekarang dah mula berubah.

Suami saya rajin bermain futsal.

Saya pula sekarang dah mula bersenam dari rumah.


Best kan bila nak turunkan berat ada mentor. Abang Ketak selalu bagi tips kurus kepada kami semua melalui Telegram Group


Selang 2 minggu menyertai NECK, dah ada yang tegur saya mula susut dan ramping. Mereka juga tegur kulit muka makin cantik. Wah... Makin bersemangat saya.


Ini pencapaian terbaik suami saya. Dalam tempoh 22 hari. Berjaya tukar seluar dari saiz 36 kepada 33. Memang tak percaya dalam tempoh 22 hari terpaksa tukar seluar 3 inchi. 


Sharing saya dalam group bersama peserta lain.


Perubahan dalam hidup selepas menyertai NECK.


Suami saya berjaya turunkan 6.5kg dalam tempoh 28 hari selepas menyertai NECK. 


Muka saya yang dah tak bulat lagi. Dah membujur. Sebujur sirih gitu...


Alhamdulillah, semakin slim dan sihat sekarang.


Saya bersama Din dan Azma. Din pun dah semakin kurus sekarang.

Untuk tempoh 70 hari bersama NECK, suami saya dah berjaya turunkan berat sebanyak 12kg. Saya dah berjaya turunkan 9kg.


Alhamdulillah. Ini gambar saya yang terkini selepas 70 hari bersama Program NECK.

Saya masih ada lagi 30 hari untuk menamatkan program NECK ini.

Semoga pada hari ke 100 nanti, saya akan lebih slim, lebih cantik dan lebih sihat.

Terima kasih ya Allah. Kerana menemukan aku dengan Program Now Everyone Can Kurus. It's really an amazing programme.

Amat amat menyentuh hati dan perasaan saya. Betul betul memberi keazaman dan kekuatan untuk saya turunkan berat badan.


This is the year. 

Nasihat Kepada Sahabat Sahabat Di Luar Sana

Siapalah saya nak menasihatkan anda. Uhukss..

Saya sekadar berkongsi dengan anda. Jika anda ada masalah berat badan. Carilah jalan penyelesaian. Jangan biarkan badan anda terus memberat.

Ingatlah, turunkan berat badan sekarang jauh lagi senang berbanding nak turunkan berat bila dah betul betul gemuk nanti.

Carilah mentor. Jangan turunkan berat badan secara 'mengkhinzhir' buta.

Bila ada mentor, kita akan jumpa jalan 'short cut' macam mana nak turunkan berat badan.

Berilah masa kepada diri kita untuk turunkan berat badan.

Kalau kita boleh beri masa untuk gemuk, mengapa kita tak boleh beri masa untuk kita kurus.

Jika anda tak tahu cara nak turunkan berat badan dengan mudah, sertailah Program Now Everyone Can Kurus.

Insya Allah anda terpaksa kurus.

Sekian dahulu perkongsian daripada saya. Semoga Allah mempermudahkan urusan anda semua untuk turunkan berat badan.

Wassalam

Sheimz.


Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah. 

Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!



Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Maria untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

MASTER KAM MARIA
Founder of Maria Firdaus' Millionaires in Shaklee (MFMS) Empire
Shaklee ID : 881455
come_maria@yahoo.com
019-259 2731 (Call, SMS, WhatsApp) 

Jika Anda Rasa Entri Ini Memberi Motivasi Kepada Anda. Sila Tekan Button Share Di Bawah Ini. Kita Bagi Motivasi Kepada Rerakan Kita Yang Lain Pula Ok.


1 comments:

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top