Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Saya doakan "Anda Kaya Dan Berjaya".

Pengalaman Saya Pergi Cuci Mata Nak Beli Kereta

Untuk pengetahuan anda, insya Allah bulan 6 nanti Maria akan melahirkan anak kami yang ketiga. Doa doakan kami yer.

Since ahli keluarga yang semakin bertambah, dengan rezeki yang Allah berikan kami bercadang untuk upgrade kereta kami.


Kereta Honda CRV sudah banyak berjasa kepada kami. Membawa kami kemana mana sahaja selama 4 tahun tanpa memberi masalah kepada kami. Syukur Alhamdulillah.

Untuk membeli kereta baru, saya sudah pergi survey di beberapa tempat.

Tempat Pertama : - Naza Kg Baru


Sekali ushar. Terus berkenan. Maria dah teruja. 


Pergi bersama Kak Lang. Kakak Maria. Dia pun asalnya nak cuci mata saja.

Tempat Kedua : - Naza Juru

Tempat kedua yang saya pergi adalah di Naza Juru. Pada waktu ini mereka buat 3 hari promosi secara besar besaran satu Malaysia.


So bad.... Semua kereta Toyota Vellfire dah Sold Out. Spec yang saya nak hanya ada sebiji lagi di Naza Petaling Jaya.

Tanpa berlengah lagi, saya terus bayar booking RM1000. Saya bagi tahu salesman. Sila lock kereta ni dan saya nak pergi ke PJ sekarang.

Wahhh... Semangat gitu. Dari Juru Pulau Pinang terus nak pergi ke Petaling Jaya.


Pada sebelah malam. Saya tiba di Naza PJ. Dan terus tengok kereta yang saya booking. Kata salesman di situ, "Nasib baik abang booking dari Penang. Kalau tak, memang dah jalan la kereta ni."


Macam cantik jer kan... Lampu warna biru la pulak.. Aduh.. Lepas ke tak ni JPJ nanti.


Hehe... Tak nak mengaku kalah... Kak ipar saya rembat kereta ni jugak... Anyway.. Family mereka juga semakin membesar, perlukan kereta yang lebih selesa untuk keluarga.

Semasa nak bayar booking fees. Sekali mereka dapat berita sedih.

"Sorry bang.. Kereta ni dah kena booking la...."

Menangis tak berlagu la mereka berdua...

"Kalau abang nak juga, ada lagi 4 biji. Tapi semuanya warna hitam. Ada di Naza Kampung Baru. Kalau nak abang kena pergi jam 8.00 pagi esok. Kalau lambat mesti habis...." kata salesman tersebut.

Jam 8.15 pagi kami tiba di Naza Kampung Baru.

Sekali lagi, bila berjumpa dengan salesman. Mereka dapat berita sedih lagi.

"Bang.. Kalau malam tadi ada 4 biji. Sekarang tinggal dua ajer lagi bang. Orang dah booking 2 biji malam tadi... Ini yang dua pun kalau lambat, kejap lagi habis la..."


Mereka dalam dilema. Minat warna putih. Tapi dah tak ada. Yang ada warna hitam atau dark purple sahaja. Ini gambar mereka dalam kereta dark purple. Interior yang ni lagi cantik. 


Kalau exterior yang ni lagi cantik. Maklumlah.. Warna hitam.


Akhirnya... Mereka TERPAKSA pilih satu antara dua... 

Untuk pengetahuan anda, memang anda nampak kami beli kereta. Tapi Alhamdulillah. Kami tak perlu bayar duit kereta tersebut.

Sebabnya, setiap bulan Shaklee akan tolong bayar untuk kami.

Alhamdulillah. Best ke best....?

Memang lah best...

Actually, sebelum ni saya guna duit tu untuk bayar kereta Honda CRV. Kak ipar saya pula guna duit bonus kereta Shaklee untuk bayar kereta Honda City beliau.

So, lepas ni boleh guna untuk bayar kereta Toyota Vellfire pulak.

Sekarang kereta dalam proses permohonan loan. Insya Allah, jika tiada sebarang masalah kereta ini boleh dimiliki dalam tempoh 2 minggu.

Sama sama kita doakan.

Semoga kisah saya ini sedikit sebanyak memberi motivasi dan inspirasi kepada anda semua untuk terus berjaya dalam kehidupan.

Berjaya di dunia dan di akhirat.

Wassalam

Maria Firdaus
Founder Empayar Maria Firdaus
The Most Happening Shaklee Group In Malaysia

Feel Free To Share Jika Anda Rasa Kisah Ini Memberi Motivasi Dan Inspirasi Kepada Anda.

3 ulasan:

  1. Alhamdulillah....murah rezeki tuan sekeluarga..

    BalasPadam
  2. Macam pisang goreng Vellfire ni.. selamat berkereta baru..




    Saya pon jurujual kereta :)

    BalasPadam
  3. Confuse aku beli kereta ke beli baju ni? Haha

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top