Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Saya doakan "Anda Kaya Dan Berjaya".

Kes Penceraian Di Malaysia Agak Tinggi

Saya sekadar berkongsi dengan anda, di Malaysia kes penceraian agak tinggi.

Kalau dilihat pada artis, kita boleh kira dengan jari artis mana yang bertahan perkahwinannya terutama jika berkahwin sesama artis.

Bukan kita nak doakan yang tidak baik kepada artis, tetapi saya bercakap mengenai fakta yang berlaku di Malaysia ini.

Walau apa pun, kita sentiasa mendoakan yang baik baik kepada semua pasangan di Malaysia ini.


Banyak pasangan mengalami masalah ini selepas 5 tahun hidup bersama.

Apa Yang Setiap Pasangan Perlukan Untuk Bahagia?

Semasa saya di United Kingdom, waktu itu saya masih belajar dan belum berkahwin pun lagi.

Dalam satu kuliah yang saya hadir, saya tertarik dengan apa yang disampaikan oleh Ustaz Hasrizal.

"Jika kita nak bahagia, kita perlu fikir apa yang kita boleh beri kepada pasangan kita. Jangan fikir apa yang kita akan dapat. Tapi sentiasa fikir apa yang aku boleh beri..."

Jika kedua dua pasangan itu berfikir macam ini, Insya Allah. Terpaksa hidup bahagia.

Apa yang Ustaz Hasrizal katakan ini tak lari jauh dengan apa yang dikongsikan oleh Prof Muhaya.

"Bahagiakan orang lain, nanti kita akan bahagia"
"Gembirakan orang lain, nanti kita akan gembira"

Konsep utama yang kita perlu faham adalah, untuk bahagia kita kena sentiasa berfikir untuk memberi dan berkorban.

Para pembaca yang dikasihi Allah, jom kita jadi seorang yang sentiasa berfikir untuk membahagiakan pasangan kita hari ini.

Kalau setiap hari kita buat macam ni, pasti dan pasti rumah tangga kita akan bahagia. 

Insya Allah dunia dan akhirat.

Gambar Di Bawah Sekadar Perkongsian


Seorang suami sanggup angkat isterinya walaupun muka terpaksa duduk di dalam kain.


Isteri sanggup buat apa sahaja untuk suaminya.


Lagi gambar pengorbanan seorang isteri terhadap suaminya.... Amcam?


Jika anda seorang isteri...


Jika anda seorang suami

Share artikel ini jika anda mahu membantu untuk membahagiakan rakan rakan anda yang lain.

Saya doakan, mereka yang share akan kaya dan bahagia. Amin.

Wassalam

Maria Firdaus
Founder Of Maria Firdaus Empire

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top