Assalamualaikum,

Saya doakan, "Anda Kurus Dan Sihat".

Semoga para pembaca blog mariafirdaus.com.my sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Cakap dekat orang sebelah, 'Saya Kurus Dan Sihat'.

Syarat Untuk Turunkan Berat Badan

Saya selalu bertanya kepara mereka yang nak turunkan berat badan,

"Apakah syarat utama yang wajib untuk mereka yang nak turunkan berat badan?"

Sehingga hari ini, tiada siapa pun yang dapat memberikan jawapan yang tepat kepada saya.

Kebanyakannya jawab,

"Perlu ada semangat, keyakinan nak turunkan berat badan."

"Mesti ada mentor..."

"Mesti ada ilmu..."

Bagi saya, jawapan mereka betul. Tapi itu bukan syarat utama nak turunkan berat badan. Itu syarat nombor 2 ke tiga....

Syarat utama nak turunkan berat badan adalah orang itu mestilah berjaya menggemukkan badan mereka terlebih dahulu.

Hehe.. Ala nak gurau pun tak boleh.

Yer la.. betul la kan. Kalau nak kurus... Mesti lah kene gemuk dulu. Takkan orang kurus nak kuruskan badan lagi.

Mengapa Ramai Orang Gemuk Nak Kurus Tapi Tak Kurus

Para pembaca yang dikasihi sekalian, sejak setahun lepas saya bertemu dengan ramai orang yang cuba nak turunkan berat badan.

Tapi ramai yang gagal.

Persamaan bagi mereka ini adalah mereka kurang 3 perkara ini.

MAHU, TAHU dan MAMPU

Ya.. Inilah 3 perkara yang mereka kurang.

Tapi hari ini saya nak ulas dari segi MAHU sahaja.

Ramai orang MAHU kurus.

Ramai orang MAHU turunkan berat badan.

Yang menjadi persoalan utama buat mereka adalah, sekuat mana perasaan MAHU menurunkan berat badan itu?

Ada orang yang nak turunkan berat badan sekadar suka suka.
 Ada orang nak turunkan berat badan sebab ikut kawan.
Ada orang nak turunkan berat badan sebab suami suruh.
Ada orang nak turunkan berat badan sebab isteri suruh.

Bila kita tak ada sebab yang jelas mengapa kita mahu turunkan berat badan, kita akan GAGAL.

Percayalah, saya bercakap berdasarkan pengalaman saya melihat ramai orang gagal.

Bila kemahuan mereka sekadar suka suka, resultnya pun suka suka.

Bila kemahuan mereka berada di tahap EXTREME, barulah resultnya akan jadi EXTREME.


Haa.. Ini Kevin bergurau sket. Dia share kenapa ramai orang gagal turunkan berat badan. 

Apa puncanya? 

Hot Hot Chicken Shit.....

Apa Yang Anda Perlu Faham?

Bagi anda yang nak turunkan berat badan, antara perkara penting yang anda perlu jelas adalah untuk kurus dan sihat anda perlu mengubah hidup anda daripada hidup biasa biasa kepada hidup yang luar biasa.

Anda perlu menjalani satu 'Proses'

Proses untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat.

Dan proses menurunkan berat badan ini bukan berlaku dalam tempoh yang singkat.

Masalah Ramai Orang

Ramai orang gemuk tak sedar, mereka ambil tempoh berbulan bulan bahkan bertahun tahun untuk menternak diri mereka menjadi gemuk.

Mereka boleh bersabar untuk gemuk.

Tetapi, mereka tak sabar untuk jadi kurus.

Kalau boleh hari ni mereka mula berdiet minggu depan mereka dah nak kurus.

Cakap kat orang sebelah, "Memang tak lah kan......"

Para pembaca yang dikasihi sekalian, sejujurnya kalau kita nak turunkan berat badan kita perlu beri masa untuk berat kita turun.

Berapa lama?

Bergantung kepada usaha dan komitmen kita.

Ada orang boleh turunkan 10kg dalam tempoh 100 hari. Ada orang boleh turunkan 15kg dalam tempoh yang sama.

Tetapi, sekiranya kita konsisten mengamalkan cara hidup yang sihat, kita fokus untuk sihat. 

Percayalah, "Sooner or sooner kita terpaksa kurus dan sihat."

Ada Perkara Yang Lebih Penting Dari Kurus

Kesilapan ramai orang, mereka fokus nak kurus. Mereka tak fokus untuk hidup sihat.

Inilah pesan pertama mentor saya bila saya nak turunkan berat badan. 

Beliau pesan, "Firdaus, kau kene fokus untuk sihat, bukan fokus nak kurus. Bila kau fokus nak sihat. Nanti kau terpaksa kurus."

Penekanan Dalam Program Now Everyone Can Kurus

Bagi para peserta program Now Everyone Can Kurus, bila mereka join sahaja perkara utama yang saya akan tekankan adalah untuk mereka semak kembali level kemahuan mereka untuk kurus.

Adakah level kemahuan mereka biasa biasa atau level kemahuan mereka luar biasa. 

Mereka perlu ada sebab yang jelas mengapa mereka yang turunkan berat badan.

Jika asbab mereka jelas, barulah mereka akan berjaya menempuh pelbagai cabaran selepas itu.

Nak turunkan berat badan memerlukan 'jihad' yang besar untuk melawan nafsu. Pada waktu ini, ramai orang terpaksa berlawan dengan kehendak nafsu mereka. Nafsu nak makan macam macam. Tapi akal terpaksa bertarung dengan nafsu.

Mana yang lebih kuat itulah yang akan menang.

Saya harap apa yang dikongsikan ini sedikit sebanyak membantu anda untuk turunkan berat badan.

Saya doakan, anda kurus dan sihat.

Wassalam

Mohd Firdaus
Founder Now Everyone Can Kurus


Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah. 

Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!



Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Maria untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

MASTER KAM MARIA
Founder of Maria Firdaus' Millionaires in Shaklee (MFMS) Empire
Shaklee ID : 881455
come_maria@yahoo.com
019-259 2731 (Call, SMS, WhatsApp) 


"Jika Anda Rasa Entri Ini Bermanfaat, Sila Tekan Butang SHARE Di Bawah. Semoga Ia Dapat Membantu Sahabat Sahabat Anda Yang Nak Turunkan Berat Badan."



0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top