Assalamualaikum,

Saya doakan anda kaya dan berjaya. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan anda di dunia dan di akhirat.

Sekadar berkongsi dengan anda, walaupun berat badan saya dah turun 12kg berbanding sebelum ini, salah satu masalah utama saya adalah STAMINA.

Stamina saya tak cukup tinggi.

Baru baru ni, masa di Kuala Lumpur member-member yang join program Now Everyone Can Kurus ajak kami untuk jogging sekali.

Wowww.. Hari Sabtu sebelum tu, mereka dah ajak saya buat Circuit Training Exercise sampai saya termuntah. 

            

Layan la video ni. Setiap pusingan ambil masa 10 minit. Video ini di ambil untuk pusingan ketiga. Terus saya rasa nak pitam dan terus termuntah. Haha.. Ambik ko....

Anda mungkin nampak senaman ni simple. Cer try buat. Dah buat baru korang tahu. Sediakan plastik di tepi yer, bersedia untuk muntah bagi mereka yang sebelum ini jarang bersenanam.

Larian 10 KM Di Kuala Lumpur

Ini cabaran utama buat saya. 

Mereka ajak saya, "Fidot, jom lari 10km hari Ahad ni di Bukit Tunku"

"What !!!!!! 10km. Setakat ni kalau jogging yang saya buat pun 5km saja. Itu pun banyak berjalan, bukannya berjogging."

Saya macam musykil aja. Boleh ke aku nak lari sampai 10km ni. Nama tempat tu pulak BUKIT TUNKU.

Mesti berbukit ni....

Tapi disebabkan yang ajak ni pun para peserta program Now Everyone Can Kurus. Saya rasa macam, "Oklah... Jom lari".

Deal kami, kalau tak larat kita jalan yer ok. Haha..... 

Disudut hati saya, saya rasa macam boleh buat 10km ni. Insya Allah, saya boleh habiskan, cuma berjogging atau berjalan. Itu saya tak pasti.

Hehe... 


Di belakang saya, Izham. Berat beliau 71kg. Nak turunkan ke 60kg. Kami bermula di Bukit Tunku. Parking kereta berhampiran Tugu Negara.


Berlari melintasi Bank Negara. Sori yer, memula ni saya banyak layan ambil gambar. Hehe. Maklumlah, mana ku pernah nak joggin 10km di bandar Kuala Lumpur ni.


Dari depan bank negara, naik bukit turun bukit, tetiba lalu belakang bank negara pula. 


Di belakang sana tu Din. Beliau masa start program NECK ni berat 123kg. Bercadang nak turunkan 23kg kepada 100kg. Sama sama kita doakan.


Tukar mode di telefon. Ambil gambar macam ni pula. Ni gambar para peserta yang sertai Larian KL 10km. Hehe.. Akhirnya, kami follow saja track yang dia orang lari. Kereta pun tak ada.


Naik bukit, ni bukan lari dah. Ini jalan ajer. Yang depan ni Eddie, dia tak nak turunkan berat dah. Dia nak naikkan lagi ada. 







Anda boleh tengok para peserta larian 10km tu. Ramai giler, rasanya adalah dalam 2000 orang. Ini tempat naik bukit, so memang ramai la yang berjalan.


Lalu jalan jalan utama di KL.


Minuman disediakan buat para peserta. Tapi kami tak peserta, so saya tak minum la air ni. Sebab dah bawa bekal air sendiri.


The last 3km, saya ajak Izham lari. Jom kita jogging konsisten jangan berhenti. Sebenarnya masa tu dah penat pun, tapi cuba tipu otak cakap boleh lari lagi. Alhamdulillah kami boleh berlari. 

Rupa rupanya, nak kene belajar tipu otak lah kita ni. Kena selalu cakap, boleh boleh boleh.. Kalau asyik cakap tak boleh, memang tak boleh. 


Hampir sampai ke garisan penamat. 10km.


Alhamdulillah, get the job done. Boleh rupanya aku ni nak lari 10km.


Warming down. Nak rilekskan badan.


Ambil gambar sekitar kawasan Tugu Negara.


In total 10.3km, sebanyak 12,256 langkah dan berjaya bakar 624kCal. Alhamdulillah.

Kepada anda di luar sana, jom kita amalkan gaya hidup yang sihat.

Ingat yer, nak lari 10km. Tipsnya mudah. "TIPU OTAK KITA CAKAP KITA BOLEH." 

Insya Allah, terpaksa boleh. 

Jom baca Buku Now Everyone Can Kurus yang saya tulis. Saya kongsikan Formula Mudah MESTI Kurus. Kisah pengalaman saya turunkan berat 12kg dalam tempoh 100 hari.

Nak baca free? 

Sila download di sini : www.noweveryonecankurus.com/maria

Sertai program Now Everyone Can Kurus. Jom kita sama sama turunkan berat badan dan mencapai berat ideal yang kita impikan.

Saya doakan, anda kurus dan sihat.

Wassalam.

Mohd Firdaus
Founder Now Everyone Can Kurus
"Jom Kurus Dari Rumah"

Sila Tekan Button SHARE Di Bawah Jika Anda Rasa Entri Ini Bermanfaat.

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top