Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi  blog mariafirdaus.com.my ini sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Semoga Allah menjadikan kita semua seorang jutawan yang bertakwa. Bahagia di dunia dan di akhirat.

Jom Baca Part 2: Now Everyone Can Kurus - Mengapa Dia Kurus :- Klik Di Sini

Program Now Everyone Can Kurus

Saya sekadar berkongsi dengan anda mengenai program yang sedang dijalankan ini, hari ini adalah hari ke 7 para peserta berada dalam program ini.

Sepanjang tempoh 7 hari ini, macam macam yang berlaku. Saya dapat melihat sendiri perubahan hidup mereka dalam mengejar impian untuk menurunkan berat badan.

Mereka yang dulu main bantai apa saja yang mereka nak makan, kini dah mula 'memilih' untuk makan makanan yang sihat.

Sejujurnya, kami beri kebebasan kepada peserta untuk makan apa yang mereka inginkan. Cuma kami minta mereka untuk memastikan pengambilan kalori yang mereka ambil bersesuaian dengan apa yang mereka perlukan.

Buat anda yang belum menyertai pertandingan ini, nasihat saya simple. Kalau anda nak turunkan berat badan, cuba elakkan pengambilan makanan yang :

1. Berminyak
2. Bergoreng
3. Bersantan
4. Bergaram
5. Bergula

Bila saya kata elakkan, maksud saya cuba kurangkan atau jauhkan. Sebab 5 makanan ini punca kenapa ramai orang gemuk.

Antara perkara yang menggembirakan hati saya adalah walaupun program ini baru berlangsung seminggu sudah ada peserta yang bagi feedback sekarang mereka rasa badan mereka lebih fit, rasa lebih ringan dan makin mudah untuk melakukan senaman.

Tak kurang, ada yang dah ditegur oleh orang lain yang nampak mereka macam dah kurus sikit. Ini menambahkan lagi semangat mereka untuk menurunkan berat badan.

Kesilapan Yang Dilakukan Oleh Peserta Program NECK

Saya sekadar berkongsi dengan anda beberapa kesilapan asas yang para peserta lakukan sepanjang proses mereka untuk mula mengamalkan cara hidup yang sihat.

1. Tidak memakai pakaian sukan yang betul untuk bersenam.

Kebanyakkan peserta yang join adalah mereka yang berbadan besar. Bagi saya simple, salah satu sebab badan mereka jadi besar sebab mereka dahulunya tidak bersenam.

Bila mereka tidak bersenam, mereka tidak tahu cara yang betul.

Antara kesilapan asas yang mereka lakukan adalah tidak memakai pakaian sukan yang betul ketika nak bersenam.

Contohnya, kita galakkan mereka untuk berjogging. Ada yang berjogging atas treadmill di rumah. Malangnya, mereka tidak memakai kasut sukan ketika berlari di atas treadmill.

Tindakan sebegini sebenarnya berbahaya dan boleh mendatangkan kemudaratan kepada mereka.

Kesilapan ini terus ditegur oleh Abang Ketak yang merupakan mentor kepada program penurunan berat badan ini.

Abang Ketak pesan, "Pastikan semua orang memakain pakaian sukan  yang betul walaupun nak bersenam hanya di dalam rumah."

Antara yang dipesan oleh Abang Ketak lagi adalah untuk para peserta memakai knee support.

Seperti yang saya kongsikan, kebanyakan peserta adalah mereka yang berbadan besar. Selama ini mereka sangat kurang bersenam. So, mereka digalakkan untuk menggunakan knee support untuk support lutut mereka semasa bersenam.


Knee Support - Bagus untuk mereka yang berbadan besar nak bersenam untuk jangka masa yang lama.

Yang buat silap sorang dua, tapi bila ditegur dalam satu kumpulan besar, semua orang dapat belajar. Bagi saya inilah kelebihan bila kita buat dalam berjemaah.

2. Tidak buat warming up

Ini kesilapan asas yang ramai orang buat. Mereka dah lama tak bersenam, so bila nak bersenam tu semangat dah tinggi, sheikh sudah mari so bila nak bersenam terus aja bersenam.

Mereka lupa nak buat warming up.

Kesannya, bila mereka bersenam tiba tiba ada peserta yang kaki mereka cramp.

Sebenarnya, kalau sebelum kita bersenam kita WAJIB buat warming up.

Kalau warming up tak penting, takkan para pemain bola sepak buat warming up sebelum mereka bermain. Semua atlet wajib buat warming up sebelum mereka bermain.

So, jangan ambil mudah perkara ini.

Selama ini, otot otot dalam badan kita 'berehat'. Tiba tiba ia 'dikerjakan'. Otot pun boleh jadi terkejut. Sebab itu kita perlu buat warming up untuk otot otot ini bersedia untuk dikerjakan.

Saya rasa cukup dulu perkongsian saya dengan anda untuk hari ini. Semoga lebih banyak tips dan perkongsian yang dapat saya kongsikan bersama anda nanti.

Jom kita amalkan gaya hidup yang sihat.

Sertai Program Now Everyone Can Kurus Batch Kedua

Anda berminat untuk menyertai program Now Everyone Can Kurus untuk batch kedua?

Kita akan mula ambil pada 1 Mac 2015. Program ini akan berlangsung selama 100 hari.

Sepanjang program ini, kita akan bantu anda untuk belajar cara pengambilan makanan dengan betul, cara bersenam dengan betul, suplemen yang boleh diambil untuk bantu turunkan berat badan dan kita bantu untuk anda kekal bermotivasi sepanjang 100 hari untuk menurunkan berat badan.

Ini respon salah seorang peserta dalam Group Telegram Now Everyone Can Kurus :






Anda nampak sendiri, luahan hati peserta yang join program ini. Kita ajar mereka untuk mengambil kalori yang betul mengikut kesesuaian mereka. Ilmu ini yang mahal ini. Ilmu ini lah yang saya katakan FORMULA MUDAH MESTI KURUS. 

Peserta ini dah bayar RM1000 untuk beli XXXXX product. Tapi tak diberitahu pun formula ini dengan beliau. 

Ini bukan formula main main, ia adalah hasil kajian secara saintifik macam mana nak turunkan berat badan oleh para saintis.


Sebahagian dari peserta kongsi apa yang mereka belajar dari group ini.


Antara discussion dalam group telegram Now Everyone Can Kurus

Best ke best?

Jika selama 100 hari ini, anda akan dipantau pemakanan, senaman dan juga emosi anda untuk memastikan berat badan turun dengan cara yang sangat mudah dan berkesan.

Jika anda nak tahu sedikit sebanyak mengenai program ini, sila baca Ebook Now Everyone Can Kurus yang saya tulis ini. Saya juga ada berikan 7 Tips dalam bentuk video bagaimana anda boleh turunkan berat badan dengan cara yang mudah.

Sila download di sini : www.noweveryonecankurus.com/lengkap

Saya doakan anda kurus dan sihat.

Wassalam

Mohd Firdaus
"Now Everyone Can Kurus"
"Jom Kurus Dari Rumah"

Sila Tekan Button Share Jika Anda Rasa Posting Ini Mungkin Dapat Membantu Rakan Rakan Anda Yang Lain Untuk Menurunkan Berat Badan Mereka.

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top