Assalamualaikum,

Saya doakan Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah. 

Saya doakan, anda semua kaya dan berjaya.

Bahang Ekonomi Makin Terasa

Sedar atau tidak, ekonomi di Malaysia sekarang sangat tidak baik. 

Salah satu petandanya adalah bila kejatuhan nilai matawang negara berbanding US.


Anda boleh tengok graf ini. Nilai mata wang Malaysia semakin menurun pada tahun 2015. Kalau tengok trending, macam nak menurun lagi. Sampai bila, wallahualam.

RM1 = 0.28 USD 

atau 1USD = RM3.57


Kesan berangkai dengan keadaan ekonomi dunia dan negara adalah terhadap perniagaan. Syarikat yang besar macam Petronas sekarang pun dah goyang. Anda boleh baca apa yang dikatakan oleh CEO Petronas, Tan Sri Shamsul, Petronas sedang dalam proses memberhentikan kerja kepada division yang kurang mendatangkan hasil.

Sebelum ini pihak kerajaan selalu mewar-warkan, kenaikan harga minyak dunia membebankan negara. Sebenarnya, kejatuhan harga minyak lebih membebankan negara.

Ia satu fakta yang tidak boleh dinafikan. 

Apabila harga minyak naik, kerajaan mendapat untung yang berlipat ganda melalui jualan minyak di luar negara.

Tetapi, bila harga minyak turun, pendapatan negara semakin terjejas kerana pendapatan semakin berkurang.


Saya tak tahu apa yang anda rasa, tapi ini hakikat yang kita rakyat Malaysia kena terima. 

Anda masih ingat tahun 2013 dan 2014, kadar tarif elektrik dinaikkan.  Kononnya, berikutan harga minyak yang meningkat. TNB tak boleh nak tanggung kos. 

Bila tengok laporan kewangan, tahun 2014 TNB untung RM4.39 bilion. 

Saya pun tak faham, sebuah syarikat yang monopoli satu Malaysia boleh kaut untung setinggi ini. Sepatutnya, TNB kalau nak untung pun sekitar RM1 bilion sudah lah. Ini kaut keuntungan dan semua duit ini dari rakyat.

Satu perkara yang lebih menyedihkan sekarang ini, harga minyak dunia dah turun ke tahap yang terendah. Tarif letrik tak nak diturunkan ker?

Kalau harga minyak tinggi mereka untung RM4.39 bilion, kalau harga minya kdah turun ni berapa banyak mereka akan untung lepas ni?

Apa Yang Ingin Dikongsikan

Tuan tuan dan puan puan, dalam kehidupan kita hari ini sejujurnya tak ada siapa yang nak tolong kita.

Semua pihak pun macam nak 'makan' kita. 


Sekarang ini, Ops Motosikal pula dijalankan.

Tujuannya, mencari kesalahan yang dilakukan oleh penunggang motosikal. Melalui denda yang dikeluarkan akan dapat meningkatkan pendapatan kepada pihak kerajaan.

Saya tak tahu sama ada anda dalam keadaan terdesak atau tidak sekarang ini. 

Saya berjumpa ramai orang yang kerja makan gaji terutama penjawat awam mengatakan gaji yang mereka dapat sekarang 'ngam-ngam' sahaja untuk buat belanja. 

Kalau ada kecemasan, dah bernafas dalam lumpur.

Ini Bukan Isu Politik, Ini Isu Kita

Apa yang saya tulis ini bukan berkaitan politik. Cuma saya nak sedarkan kita semua, jangan terlalu selesa dengan apa yang kita ada sekarang ini.

Kita tak boleh ubah ekonomi dunia, kita tak boleh ubah ekonomi negara, tetapi kita pasti boleh ubah ekonomi diri kita.

Kita perlu bersedia untuk menghadapi 1001 kemungkinan pada tahun 2015 ini.

Persoalannya, sudahkah kita bersedia?

Sebab itulah, saya selalu tekankan untuk anda semua buat bisnes. 

Buat bisnes. Buat bisnes. Buat bisnes.

Walaupun kita dah ada income yang besar, tapi kita tetap kena buat bisnes.

Buatlah apa saja bisnes yang anda rasa anda boleh buat. Tapi ingat, prinsip asas bisnes adalah ilmu.

Dengan ilmu, tanpa modal kita boleh jadi kaya.

Tanpa ilmu, modal RM1 juta pun boleh habis.

Ingat yer tuan tuan, kita perlu kaya bukan untuk kita. Kita perlu kaya untuk kita bantu lebih ramai orang lain di luar sana yang memerlukan pertolongan dan bantuan daripada kita.


Semoga apa yang saya kongsikan ini sedikit sebanyak dapat membantu menyedarkan masyarakat hari ini, jangan terlalu selesa dengan apa yang kita ada hari ini.

Semoga apa yang saya sampaikan ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada kita semua.

Wassalam

Mohd Firdaus
Founder of Maria Firdaus Empire

Feel Free To Share Jika Anda Rasa Entri Ini Bermanfaat. Mungkin 1 SHARE Dari Anda Dapat Memberi Sinar Harapan Kepada Sahabat Sahabat Anda.

1 comments:

  1. Betul tu, semua pihak nak 'makan'.

    Haritu masa minyak naik, beria-ia kedai makan naikkan harga katanya sebab minyak naik.

    Minyak dah turun, semua senyap jer.

    Paling suka part last artikel tu. :D

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top