Assalamualaikum,
Saya doakan anda yang menziarahi blog Mariafirdaus.com.my ini sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.
Saya doakan, Allah memasukkan kita semua ke dalam syurga tanpa dihisab.
Saya nak share sedikit perkara baik dengan anda. Boleh ke boleh?
Topik yang ingin saya kongsikan adalah - Doakan Rakan Anda 
Saya nak share sedikit dengan anda, bila ada birthday kawan, bila saya jumpa kawan atau ternampak seseorang yang perlu saya doakan.
Saya selalu berdoa begini.
"Ya Allah, masukkan sahabat ku ini ke dalam syurga Mu tanpa dihisab".
Adakalanya, saya berdoa saya bagi sahabat saya dengar.
Adakalanya, saya berdoa dalam hati tanpa dia tahu saya doakan.
Anda tahu tak?
Bila saya doa macam tu, ramai yang 'terharu' dan ramai yang bagi feedback.
"Itulah doa yang paling power orang doakan aku setakat hari ini."
Tuan tuan, puan puan.
Apa lagi yang lebih baik kita nak doakan sahabat kita melainkan masuk ke dalam syurga tanpa dihisab.
Sebab itulah impian bagi semua orang.
Kita semua nak masuk syurga, tapi biarlah masuk tanpa dihisab.
Kita tak nak 'parking' kat neraka walaupun sesaat.
So, kalau kita nak berdoa untuk diri sendiri atau pun untuk orang lain.
Always doa, "Masukkan kami ke dalam syurga Mu TANPA DIHISAB dengan Rahmat Mu."
Percayalah, doa ini lagi power daripada sekadar berdoa "Masukkan kami ke dalam syurga Mu."
Sekadar berkongsi.
Wassalam
Mohd Firdaus
"Hamba Yang Hina"
SHARE lah kalau anda rasa apa saya tulis ni bagus. Tak perlu SHARE kalau rasa tak bagus.

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top