Assalamualaikum,

Saya doakan Allah limpahkan rahmat dan kasih sayang buat kita semua.

Penipuan Di Internet

Izinkan saya berkongsi dengan anda satu kaedah penipuan yang dilakukan di internet. Nampak macam halus. Tapi masih ramai orang Melayu yang tertipu.

Satu masalah orang Melayu ni. Nak kerja yang mudah. Lepas tu nak senang dan untung cepat.

Saya nak kongsi dengan anda salah satu taktik penipuan yang banyak ada di internet.




Contoh Posting. Anda nampak tak, bilangan PM tu. Dah mencecah 87 orang.

Mereka yang komen PM tu semua nak tahu apa kerja sambilan yang boleh dibuat di rumah. Kononnya, masukkan kertas ke dalam sampul surat.

Memang itu kerjanya pun.

TAPI...

Sebelum itu, anda wajib membayar yuran penyertaan sekitar RM50 yang konon kononnya untuk hantar barang kepada anda.

So, anda pun bayar RM50 kepada orang itu.

Lepas itu, anda akan dihantar kertas yang diphotostate. Dalam kertas itu, anda disuruh untuk photocopy dan hantar kepada rakan rakan anda yang lain pula.

Kalau 'kawan' anda itu nak buat kerja part time juga, anda akan suruh dia bank in RM50 pula kepada anda.

Anda akan pos kepada dia kertas untuk dia photocopy dan sebarkan kepada orang lain.

End of the day, lagi banyak anda berjaya tipu orang lain untuk dapatkan kerja sambilan. Lipat kertas masuk dalam sampul ni. Lagi banyak income anda.

Cuba tengok, dari 87 orang tu takkan tak ada sorang dua yang nak terkena. Mesti ada punya.

Saya dah cek FB orang tu. Nampak macam SCAM. FB tipu.

Ish ish.. 

Kesian.

Beginilah modus operandi yang digunakan untuk tipu orang Melayu. Siapa tipu? Wallahualam.

Saya dah kongsikan kisah ini kepada anda.

So, tanggung jawab anda untuk kongsikan kisah ini dengan rakan rakan anda yang lain.

Mohd Firdaus
"Jom Selamatkan Bangsa Kita Dari Ditipu"

Anda WAJIB SHARE Status Ini. Selamatkan Kawan Kawan Kita.

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top