Assalamualaikum,

Saya mendoakan anda yang mengikuti blog mariafirdaus.com.my akan sentiasa dilimpahi rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Saya doakan anda kaya dan berjaya.

Semoga dengan kekayaan dan kejayaan itu anda dapat membahagiakan insan insan yang anda sayang.

Vellfire.... Impian Maria

Salah satu daripada impian Maria adalah nak beli kereta Vellfire. Gambar kereta Vellfire terpampang jelas di Vision Board Maria.

Beberapa hari lepas saya berpeluang untuk singgah di sebuah kedai kereta. Tujuannya nak pandang pandang, nak pegang pegang, nak rasa rasa, nak duduk duduk dalam kereta yang bernama Vellfire. 


This is Vellfire 


Pandangan belakang. Masa nak boot kereta ni terasa berat sangat. Dalam hati, kereta mahal tapi nak tutup punyalah berat nak kena tarik. Sekali salesman tu cakap, "Bang, kereta ni tak payah tarik. Tekan saja button ni dia tutup sendiri." Aduh.. Sendiri malu...



Dashboard kereta


Dr Azizan cakap, kalau nak beli kereta ni. Jilat stereng dia. Tapi, saya tak leh nak buat, sebab salesman dok follow rapat. Hehe...

Kenapa Maria nak Vellfire?

Maria sekarang, kalau nak beli kereta perlukan kereta yang lebih daripada 3 seat dah. Dah banyak kali kami balik ke KL kereta asyik penuh saja. Itu baru anak dua orang, kalau dah bertiga, usah dikenanglah....


Insya Allah, tahun depan kami akan menerima kehadiran ahli baru dalam keluarga, dengan emak dan bibik lagi. Memang perlu upgrade lah kereta yang lebih selesa dan lebih baik untuk mereka. Tapi, kereta akan jadi second priority. Sebab nak buat rumah dulu lepas ni.



Boleh isi 6 orang dewasa dengan selesa

Pilih Harga Yang Terbaik

Setelah melihat Vellfire, saya bandingkan harga kereta ni dengan di internet. Nampaknya, harga jualan di internet lebih murah berbanding di kedai ni.

Rasanya, di KL lagi banyak pilihan kot... Terasa macam nak plat no MF 8281. Siapa tahu macam mana nak cari owner kereta ni? Tolong saya.... Sebab nak MF = Maria Firdaus . Nombor tu pulak tahun lahir kami.


Saya belum nak beli lagi. Sekarang, survey dulu tengok-tengok yang mana bagus.

Law Universal Attraction (LUA)

Sekadar berkongsi dengan anda, bila kita nak sesuatu benda, kita kena zahirkan dan visual dengan melihat gambar itu lebih kerap.

Tambahan Farees selalu tanya saya:

“Abiii.... bila Abi nak beli Vellfire? Saya nak Vellfire.” 

Mudah mudahan, impian Farees ini akan tercapai.

Kenapa kita kena tulis dan kita share?

Sebab bila ramai yang menyebut dan mengucapkan impian kita, semakin mudah kita nak menarik benda itu supaya ia datang kepada kita. 

Para pembaca tolong doakan mudah-mudahan impian kami untuk membeli Vellfire dipermudahkan dan diberikan yang terbaik oleh Allah.


Wassalam.

Master Maria Firdaus
Founder Of Maria Firdaus Empire
Motivating And Inspiring Others

Mohon Anda Tekan SHARE Button Di Bawah Tanda Sokongan Anda Kepada Saya..... Semoga Kisah Ini Dapat Memberi Motivasi Kepada Rakan Rakan Kita Yang Lain

1 ulasan:

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top