By : Kam Maria Abdul Mutalib

Assalamualaikum,

Terima kasih kerana sudi melawat blog kami ini.

Maria doakan anda semua sihat sejahtera dan dilimpahkan rahmat oleh Allah, kaya dan berjaya di dunia dan akhirat.

Sempena hari Jumaat yang penuh berkat, penghulu segala hari ini, Maria nak share satu ilmu tentang kelebihan membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat.

Sebenarnya, ini ilmu baru juga bagi Maria. Sebelum ni, sejak kecik lagi Maria dah biasa dengar yang kita elok baca Surah Yaasin malam Jumaat kan.

Tapi rupa-rupanya, ada Surah lain yang juga afdhal di baca hari Jumaat iaitu Surah Al-Kahfi.

Hadith Kelebihan Membaca Surah Al-Kahfi




Jom kita tengok beberapa hadith berkaitan Surah Al-Kahfi (info dari iluvislam.com)

1. Daripada Umar berkata: Nabi SAW telah bersabda : ”Sesiapa yg membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya dihari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat.”
 [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]

2. Imam Ahmad berkata :”Daripada Abi Darda’ daripada Nabi SAW, baginda telah bersabda: “Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripadanya permulaan surah al-Kahfi,maka terhindar daripada Al-Dajjal.”
 [ Riwayat Muslim,Abu Daud,Al-Nasa'i,Al-Tarmizi daripada Qatadah ]

3. Imam Ahmad berkata : ”Daripada Abi Al-Darda’i, Nabi SAW bersabda : “Sesiapa membaca sepuluh ayat akhir daripada surah Al-Kahfi, maka terhindar daripada fitnah Al-Dajjal.”
 [ Hadis Riwayat Muslim dan Al-Nasa'i ]

4. Daripada Muaz Ibnu Anas Al Juhani daripada bapanya daripada Nabi SAW bersabda : ”Sesiapa membaca awal dari surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yg membaca keseluruhannya,maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi.”
 [ Hadis Riwayat Ahmad ]

5. Daripada Abi Said Al Khudri berkata:”Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dihamparkan utknya daripada cahaya antara dia dan bait Al Atiqa.”
 [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]

Subhanallah, besar sungguh fadhilat membaca surah Al-Kahfi ni rupanya!!

Ada banyak lagi kelebihan lain, anda boleh Google sendiri yer :)


Sudah TAHU, MAHU Buat, Tapi MAMPU Kah Kita Buat? 

Sebenarnya, sejak Maria tahu ilmu ni, Maria memang bercita-cita nak sangat buat, tapi menghadapi masalah nak konsisten amalan ni setiap hari Jumaat.

Dah TAHU, dan MAHU buat, tapi belum MAMPU konsisten!! Geram dengan diri sendiri tau!!

Yelah, surah ni memang panjang! Ada 110 AYAT!!


Dalam Quran ada 11 setengah muka surat


Tapi Maria biasa baca Quran guna Application di handphone saja. Senang kat mana-mana boleh baca.



Bagi pengguna Android, anda boleh install Application Quran ini yer. 

Sebelum ni Maria selalu start baca surah Al-Kahfi pada pagi Jumaat, dan lepas tu tak sempat nak habiskan. Sibuk dengan urusan seharian, tengok-tengok dah berakhir dah hari Jumaat.

Bila dah stop, nak start balik selalunya memang susah. Biasalah, tengah-tengah baca tu ada je macam-macam gangguan, dengan urusan anak-anak lagi kan.

Ada ke antara anda yang ada masalah macam Maria?

Takpe, kat sini Maria nak share simple tip yang Maria buat untuk mengatasi masalah ni.

Baca Sikit-Sikit, Lama-lama Pasti Habis!!

Yang Maria perasan, kalau Maria start baca Al-Kahfi pagi Jumaat, selalunya memang tak sempat nak habiskan semua.

Sekarang Maria start baca sikit-sikit, target habiskan dalam 20-30 ayat (dalam 5-10 minit) setiap kali :-
1. Lepas Maghrib
2. Lepas Isyak
3. Lepas Subuh
4. Lepas Dhuha

Alhamdulillah!! Kini Maria mampu habiskan surah Al-Kahfi, sebelum waktu solat Jumaat.

Kesimpulannya, kalau anda ada masalah macam Maria, jangan expect untuk habiskan baca semua pada masa yang sama. Nanti kita rasa STRESS dan susah nak konsisten!!

Tapi kita boleh mulakan dari malam Jumaat dan sambung baca sikit-sikit. InsyaAllah, lama-lama pasti habis.

Maria harap tip simple ini dapat dimanfaatkan oleh anda yang menghadapi masalah macam Maria, terutama ibu-ibu yang sangat sibuk dengan urusan seharian dan anak-anak.

Maria sendiri pun masih banyak perlu belajar dalam memperbaiki amalan diri sendiri.

Jom sama-sama kita berdoa agar Allah bantu kita semua untuk konsisten dengan amalan ini sehingga ke akhir hayat. Amin.

www.mariafirdaus.com.my

Jika anda rasa ilmu ini berguna, mohon anda SHARE bersama rakan-rakan anda. Semoga ia menjadi pencen kubur buat kita bersama. Amin.

8 comments:

  1. Alhamdulillah.. Terima kasih, Master Maria :-)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas tips nya..kuncinya,buat sikit2 dengn konsisten..insyaAllah

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah atas perkongsian. Mga Allah beri ganjaran kpd puan

    ReplyDelete
  4. Thank you....May Allah bless you and your family...

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..dulu x tau pasal suragh ni..bile dh berada dikalangan mereka2 yg sentiass ingat mengingatkan mkanye nk usaha jugak istiqomah..wlupn masih x dpt nk konsisten 1surah habis..insyaa Allah pasti gunakn tips ni utk bahgikan supaya dpt baca habis setiap kali Jumaat. trima kasih sharing ye ni Pn Maria.😊

    ReplyDelete
  6. terima kasih...tips yg sgt berguna.

    ReplyDelete
  7. tip berguna. saya selalu tak abis baca.boleh try ni. tq

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top