Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog mariafirdaus.com.my ini sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Saya doakan "Kita semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab".

Pencarian Tadika Untuk Anak Di Parit Buntar

Dua tahun lepas, anak saya mula berumur 4 tahun. Memandangkan Farees suka sangat main game di rumah, saya rasa saya perlu hantar dia ke sekolah tadika.

Sekurang kurangnya, dia boleh belajar sesuatu di sekolah.

Saya ingin mencari satu sekolah yang menekankan pendekatan agama, akhlak, kreativiti kanak kanak dan juga kokurikulum.

Saya suka kalau anak saya bijak dalam pelajaran, tapi bagi saya pada usia 4-5 tahun ini, anak saya perlu belajar dengan cara yang enjoy. 

Saya lebih suka kalau sekolah tadika tu ada macam macam aktiviti untuk tujuan perkembangan mental kanak kanak. Selaras dengan perkembangan usia mereka.

Yang penting, saya suka kalau tadika tu tekankan bab agama. Saya nak anak saya boleh bersolat, membaca surah surah penting, boleh berwudhuk sendiri dan semua perkara perkara asas dalam agama.

Bagi saya, asas pendidikan agama sangat penting.

Sehinggalah saya bertemu dengan Tadika My Little Genius Khalifah Kindergarden.

Tadika ini terletak di Taman Transkrian. Berhampiran dengan Pejabat JKR Parit Buntar dan tidak jauh dari rumah DO Parit Buntar.

2 Tahun Berlalu

Alhamdulillah, kini anak saya sudah bersekolah di situ selama dua tahun

Jika anda tanya saya, apa pendapat saya mengenai sekolah ini. Hanya satu perkataan saya boleh ucapkan.

"SUPERBBBBBB"

Pada usia 5 tahun, anak saya Farees kini sudah menghafal banyak surah surah penting dalam Al Quran. Dan boleh membaca semua bacaan dalam solat dan yang lebih best, dah pandai jadi imam untuk solat.

Macam macam la perkembangan anak saya... 

Jom kita tengok aktiviti aktiviti di tadika ini.

Pendidikan Agama


Hafazan... Surah Al Maun. Alhamdulillah, dah banyak surah yang Farees hafal sekarang ni.


Nak makan mesti baca doa...


 Belajar iqra pada sebelah petang...


Setiap hari mereka akan menunaikan Solat Zuhur secara berjemaah.


Farees yang menjadi imam. Pelajar perempuan yang lengkap bertudung.

Setiap hari, orang yang azan dan serta iqamah akan ditukar mengikut giliran. Begitu juga dengan imam. Semua pelajar diberi peluang untuk menjadi imam.


Ada ujian Amali. Azan, Iqamat dan Solat. Alhamdulillah, hari ini Farees dah boleh solat dengan betul. 


Ragam kanak kanak ketika bersolat. Hehe.. Ada hari terpakai seluar pendek... Boleh jadi imam lak tu.


Ini gambar masa mula mula dulu. Sekarang Alhamdulillah, dah bertambah baik sebab semua pelajar dah pakai pakaian yang lebih sempurna untuk bersolat.


Khusyuk sungguh adik ni solat...


Kan nampak best kalau anak anak kita diajar untuk bersolat sejak dari kecil... Kalau hantar tadika biasa biasa, tak tahu lah dia ada ajar tak sola macam ni...


Siap boleh baca doa lepas solat lagi... Amcam?

Pendidikan Akademik

Syukur Alhamdulillah, pada usia 5 tahun sekarang. Farees sudah boleh membaca dalam bahasa Melayu dengan baik. 

Boleh membaca dalam Bahasa Inggeris dan juga sudah membaca Iqra' Buku 3. 

Dari segi matematik, Farees dah boleh tambah dan tolak dengan baik.

Dalam Subjek Sains pun, Farees dah boleh beza perkara perkara asas dalam kehidupan kita.

Syukur, semua ini dia belajar di sekolah.


Pembelajaran dalam kelas yang sangat selesa


Belajar huruf Vokal


Belajar menulis dalam English 


Belajar mengira dalam matematik sampai tak cukup jari. Haha


Belajar mengenai cuaca


Subjek Sains


Fokus adik fokus... Nak peace peace pulak... Ok.. Peace yoo.


Pendidikan Seni. Saya suka melihat kreativiti kanak kanak yang dapat buat macam macam di sini.


Hasil kerja tangan anak saya Farees


Belajar membaca....


Story telling oleh Teacher Farah


Adik ni umur 4 tahun. Baru belajar menulis...


Mewarna


Warna Bendera Malaysia


Melukis. Kenapalah belon anakku menangis... Oh Farees....


Belajar menggunakan duit. Jual beli barang.


Selepas jual dan beli, mesti kira duit. Duit ni rasanya duit photostate kot.. Bukan duit real... Hehe..


Menulis surah surah penting dalam Al Quran.


Belajar berfikir


Cantik pulak bebudak ni buat. Gunting dan tampal...


Farees lukis wajah saya.. Aduh... Bila masa lah rambuat Abi tajam ni Farees...


Exam.... 


Dapat hadiah.. Alhamdulillah.. Farees dapat nombor 1.


Ibu bapa akan dijemput hadir ke sekolah untuk dikongsikan perkembangan anak anak mereka.

Aktiviti Permaian Di Tadika

Ini yang saya sangat suka. Pihak sekolah sangat kreatif dalam mendidik para pelajar di sini.

Setiap hari di sekolah, pendidikan tidak tertumpu kepada akademik sahaja, tetapi turut dalam perkembangan minda kanak kanak.

Ya lah, budak budak ni baru umur 4-6 tahun. Takkan lah nak 'pressure' mereka dengan sukatan pelajaran yang melampau.



Saya tak tahu dia orang ni main apa, but they enjoy themselve.


Para pelajar akan bermain air pada hari Rabu pagi.


Macam comel ajer.. Macam cantik ajer..... Macam cute ajer... Anak sapa la ni... Hehe..


Kerusi beracun


 Semakin berkurang orang yang tinggal


Bermain kulit kerang


Belajar memasak


Mereka belajar cara mengopek kulit telur


Ditanam perasaan kasih sayang dan bersimpati terhadap orang lain.


Diajar nilai kasih sayang terhadap ibu. Mereka buat sendiri hadiah untuk ibu mereka sempena Mother's Day....


Kecil kecil dah pandai buat pakaian dari kertas. Tapi of course la dengan bantuan dari guru mereka.


Beginilah hasil kerja mereka... Hehe...


Anakku rumah ungu...


Rasanya ini mereka guna pelepah pisang. Farees buat corak aper, saya pun tak tahu....


Farees buat ikan guna kertas. Then lukis serta warna... Macam best ajer tengok bebudak ni belajar. Sangat happening.


Belajar gunting dan tampal


Belajar cara berus gigi dengan betul


Berus sampai bersih yer gigi tu...


Sambutan hari jadi di sekolah...


Buat topeng sendiri..... Jadi badut or princess


Balik rumah, Farees terus nak tunjuk.. "Abi tengok, saya jadi clown".


Ibu bapa yang kirimkan hadiah kepada guru sempena hari guru.

 Bersukan Di Sekolah


Bersukan di sekolah..


Main Jan Jan Jala Itik Jala Ayam


Kalau tadika ada aktiviti macam ni, barulah budak budak tak boring.


Belajar main waterfall


Sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos 


Ini Farees dengan mainan yang dia buat sendiri.

Aktiviti Di Luar Tadika

Sekadar perkongsian, saya suka tengok di Facebook bila gambar anak saya di upload oleh guru guru tadika tersebut. 

Bila tengok aktiviti yang mereka jalankan, saya terasa macam syukur sangat sebab hantar anak saya ke  tadika ni.

Banyak yang dia dapat belajar.


Belajar menanam.


Seorang pelajar tanam satu pokok...


Selepas 2 minggu. Para pelajar diminta untuk menyiram pokok ini setiap hari.


Perkembangan pokok yang ditanam


Pokok yang sudah membesar.


Buah labu yang sudah besar. Siap dipetik dan dimasak untuk dimakan ramai ramai di sekolah.

Makan Di Sekolah

Di tadika ini, para pelajar di beri makan 3 kali sehari. Jam 9 pagi, jam 12 tengah hari dan jam 4 petang. Semua ini dah termasuk dalam bayaran yuran kepada pihak sekolah.


Para pelajar sedang makan.


Semuanya ceria dan gembira...

Aktiviti Di Luar Sekolah


Jalan jalan melihat alam. 


They really enjoy the outing session


Belajar mengenali binatang dan serangga


Soalan untuk ibu bapa... Ini ulat apa?


Ini rama rama...


Hari Rabu pagi, dua minggu sekali mereka akan ke taman. 


Macam happy saja budak budak ni.. Mau nyer tak.. Dapat main taman mainan...


Main papan lungsur


The kids really enjoy


Terapi kaki.....

Lawatan Sambil Belajar Ke Zoo Taiping
 

Makan tengah hari di tepi taman tasik Taiping.


Mula bergerak menuju ke Zoo Taiping


Di depan pintu masuk Zoo Taiping


Menaiki keretapi dalam zoo.


Suka sangat mereka ni dapat tengok pelbagai binatang hari tu..


Melihat ular dan rangka dinosour


 Melawat Muzium di Taiping 

Tamat Persekolahan 5 Tahun


Cantik cantik baju bebudak ni pakai..... Cari mana Farees....


Di kesempatan ini, saya  dan Maria nak ucapkan jutaan terima kasih buat para guru yang tidak pernah penat mendidik anak kami di sana. Insya Allah tahun hadapan, kita hantar Fateh pula ke sekolah ni.

Buat Warga Parit Buntar

Sekadar mencadangkan, jika anda mahu anak anak anda mendapat pendidikan agama yang baik diperingkat awal, disamping pendidikan akademik yang sangat ditekankan serta anak anak kita enjoy dan happy belajar di tadika.

Saya sangat sarankan anda pi ushar ushar tadika ni dulu.

Ya... di Parit Buntar ada banyak tadika. Tapi pastikan kita buat pilihan yang terbaik.


Jika anda daftar sekarang, rasanya ada diskaun istimewa diberikan oleh pemilik tadika itu sekarang ini.

Sila Hubungi : Teacher Ana  : 012-447 6501 atau 05-717 1455

Saya sebagai bapa yang hantar anak saya ke sini sangat berpuas hati dengan perkembangan anak saya yang belajar di situ selama 2 tahun.

Alhamdulillah.

Semoga My Little Genius Khalifah akan terus maju pada masa akan datang.

Wassalam

Master Maria Firdaus
Founder Of Maria Firdaus Empire
The Most Happening Shaklee Group In Malaysia

Warga Parit Buntar, Sila Tekan SHARE Button Di Bawah. Mungkin Ia Bermanfaat Untuk Rakan Rakan Kita Di Sini.

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top