Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog mariafirdaus.com.my ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Saya doakan, anda kaya dan berjaya.

Seminar Master Your Business (MYB) Bersama Dr Azizan Osman 


Program Platinum, Master Your Business

Pada minggu lepas, saya telah menghadiri satu Seminar Usahawan yang sangat luar biasa iaitu Master Your Business (MYB) bersama Dr. Azizan Osman yang bertempat di Kuala Lumpur.

Ia adalah program Platinum dari University of Life.

Dalam seminar ini, saya diajar bagaimana ingin berjaya dalam perniagaan dengan mudah.

Salah satu daripada sessi pembelajaran itu ialah bagaimana kita berkomunikasi dengan pelanggan dan juga seni berurusan dalam perniagaan.

Pada hari ke 4 program, saya dan rakan-rakan peserta diberikan satu tugasan.

Kami perlu bergerak keluar daripada dewan seminar untuk pergi membeli-belah di sekitar bangunan tersebut.

Kami diberikan kebebasan untuk membeli apa-apa jenis barang kerana tujuan utama adalah untuk belajar deal dengan penjual

Dari pihak kami pula, kami pula perlu berurusan dengan penjual untuk dapatkan harga yang terbaik!

Group MYB Yang Happening 

Sebelum bergerak melaksanakan misi tugasan, kami dibahagikan secara random kepada lima orang ahli untuk setiap kumpulan.


Ini kumpulan saya yang sangat happening. 

Kami jadi buntu tiba-tiba sebab tak tahu nak kemana dan apa yang harus dibeli. Puas berjalan di sepanjang jalan di situ. Tak tahu nak beli apa.

Sejujurnya, saya sendiri memang tak tahu nak membeli apa sebab saya bukannya kaki shopping.

Kalau Maria mungkin, tiada masalah untuk bershopping sakan.

Selepas berbincang, kami bersetuju untuk membelikan sesuatu yang istimewa untuk yang tersayang. 

Saya akan membelikan sesuatu untuk maria. 

Belikan Hadiah Untuk Yang Tersayang 

Destinasi pilihan kami adalah Butik Hijabista yang serba cantik dan moden dengan kelengkapan pakaian dan aksesori wanita. 


Kedai ini terletak di Jalan Tunku Abdul Rahman


Pertama kali saya melangkah ke dalam butik, saya dan rakan-rakan terasa amat seronok dan teruja dengan sambutan yang diberikan oleh tuan butik yang lebih mesra dengan panggilan Iman.

Bagi saya, Iman memberikan servis yang 'Tip Top', peramah, bercakap lemah lembut dan sangat rapat dengan kami serta murah dengan senyuman sepanjang melayan kehendak kami berlima.


Terasa seperti dia sangat memahami dan tahu apa yang kami perlukan ketika itu. Disuruh pekerjanya, mencari barang yang kami perlukan untuk kepuasan pelanggannya. 



Ada banyak jenis tudung dan pakaian yang dijual. Kalau nak beli, beli yang syariah compliance saja tau... 


Kami berlima bergambar dengan tuan kedai, Iman yang sangat sporting melayan karenah kami.


Apa apa pun, selfie dulu sebelum pulang.

Bagusnya Iman Melayan Pelanggan

Saya nak kongsi dengan anda, Iman sangat bagus dalam melayan pelanggan. Dia nampak betapa pentingnya pelanggan dalam perniagaan.

Yes!! Customer is King! Customer is King!

Kalau buat bisnes orang tak datang kedai, pakai la baju tu sendiri, kannn........

Dia sangat mengutamakan kami walaupun kami pelanggan baru.

Apa yang dia buat, sangat-sangat bagus. Pada mulanya, sorang sahaja ingin membeli. Tapi, kerana layanannya yang superb, semua beli di situ tanpa teragak-agak. 

Nampak tak?

Kalau kita nak berjaya dalam perniagaan, kita kena betul-betul jaga hati dan kehendak pelanggan. Kita boleh menarik lagi ramai pelanggan ke kedai kita.

Tak kirahlah kita buat bisnes apa pun.

Nasihat Buat Anda Yang Berniaga

1. Customer Is King.

Berikan servis layanan yang terbaik dan terbaik kepada mereka.

Sebab, kalau kita ada produk yang bagus, tapi tiada customer yang bagus. Tiada guna. Pakailah, gunalah produk itu sorang-sorang. 

2. Fahami Karenah Pelanggan

Customer ni, ada macam-macam kehendak. Jika kita berjaya memenangi hati mereka, dengan mudahnya mereka akan jadi follower kita. Mereka akan setia membeli dengan kita.

Dari situ, mereka akan setia dengan kita dan kesannya berlaku repeatable sales.

Kemudian, kita boleh minta mereka perkenalkan kepada rakan-rakan yang lain kerana servis yang hebat.

Anda Nak Cari Butik Pakaian Moden Di Jalan Tunku Abdul Rahman?

Jika anda mencari tudung pakaian muslimah yang cantik dan moden, anda boleh ke butik Hijabista di Jalan Tunku Abdul Rahman berhadapan dengan Sogo. 



Untuk lebih jelas, boleh tengok video di atas.

Dah jumpa butik nanti,  cari Iman sebagai tuan butik dan tunjukkan video ini. Dia akan bagi special price untuk anda.

Cakapkan dekat dia, Firdaus kirim salam....

Hehe..

Oklah.. Till then..

Wassalam

Master Maria Firdaus
Founder of Maria Firdaus Empire
The Most Happening Shaklee Group In Malaysia

Jika Anda Rasa Entri Ini Bagus, Iman Dari Hijabista Wajar Mendapat Kredit Atas Layanan Yang Superb, Feel Free to SHARE. Tekan Button SHARE Di Bawah.


Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah. 

Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!



Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Maria untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

MASTER KAM MARIA
Founder of Maria Firdaus' Millionaires in Shaklee (MFMS) Empire
Shaklee ID : 881455
come_maria@yahoo.com


019-259 2731 (Call, SMS, WhatsApp) 


0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top