Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang membaca blog ini sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Saya doakan anda kaya dan berjaya, dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.

Kisah Seorang Sahabat

Saya ada seorang sahabat baik ketika kami sama sama belajar di MRSM Taiping dahulu.

Al kisahnya, sejak sekian lama beliau bekerja sebagai Engineer dalam bahagian System Development. Pendek kata, dalam bahagian IT.

Beliau baca ebook yang saya tulis dalam Rahsia Pelajar Cemerlang dan tiba tiba beliau belajar sesuatu dari ebook yang saya tulis iaitu konsep hidup luar biasa.

Beliau hubungi saya dan kami berbincang mengenai perancangan masa depan kami bersama.

Beliau nak buat bisnes tapi tak tahu nak  buat bisnes apa.

Saya pun berbincang dengan beliau kepakaran yang beliau ada. 

Dan akhirnya, beliau mula buat bisnes online secara 'geli-geli'. Bulan pertama beliau dah berjaya jana RM3k. 

Beliau kagum seketika. Terkejut. Maklumlah, orang yang biasa kerja makan gaji tiba tiba dapat extra RM3k sebulan.

Keadaan ini 'berlarutan' pada bulan bulan seterusnya.

Akhirnya, beliau buat keputusan untuk berhenti kerja. Nak buat bisnes dari rumah. Sama macam saya.

Alhamdulillah, kini sudah hampir 1 tahun beliau berhenti kerja.

Beliau fokus dalam bahagian IT, menolong orang ramai menyediakan blog yang berkualiti tinggi untuk membantu para usahawan menjalankan perniagaan secara online.

Disebabkan salah satu kepakaran beliau adalah dalam bahagian pembinaan blog, khususnya blogspot dan wordpress saya cadangkan kepada beliau untuk ajar orang lain buat blog.

Akhirnya, Alhamdulillah beliau bersedia untuk berkongsi rahsia dan ilmu yang selama ini beliau simpan.

Untuk pengetahuan anda, beliau sudah pun membuat ratusan blog milik orang lain bagi membantu mereka mempromosikan produk produk mereka secara online.

Ayat beliau kepada saya.
Firdaus, hang tau tak.... Buat blog ni senang sangat. Cuma orang saja yang tak tahu. Kalaulah depa tau cara buat bisnes dengan mudah, confirm semua orang boleh cari makan geli geli ambil upah buat blog.
So, hari ini dengan rasa rendah diri beliau ingin buat tawaran.

Jika ada sesiapa yang nak belajar, bagaimana cara untuk buat blog yang basic dan juga blog yang premium dengan cara yang mudah, anda boleh menghadiri ke workshop yang beliau anjurkan ini.


Workshop Pakar Blog. Jika anda berminat untuk melihat blog personal beliau, sila KLIK DI SINI

Tarikh: 15 Nov 2014
Jam : 9.30 pagi - 5 petang
Tempat : Wangsa Melawati, KL
Keperluan : Laptop masing-masing
Harga: RM100 sahaja.

Apa Yang Anda Dapat Dengan Menghadiri Seminar Ini?

1. Anda akan buat latihan Hands On dalam seminar satu hari ini. Maksudnya, anda perlu bawa laptop dan buat terus blog anda di dalam seminar ini.

2. Anda akan didedahkan rahsia, trick dan short cut macam mana nak menghasilkan blog yang nampak premium tetapi PERCUMA.

3. Anda akan mempelajari selok belok dan kesilapan yang ramai orang biasa biasa buat dalam menghasilkan blog.

4. Beliau akan berkongsi pengalaman bagaimana berjaya menghasilkan 8-10 blog dalam tempoh sehari dan memperoleh pendapatan sekitar RM400-RM500 sehari hanya dengan mengambil upah membantu para usahawan membina blog mereka.

5. Pendeka kata, selepas habis workshop ini. Anda dijamin mampu bina blog anda sendiri. Dan anda juga boleh mula ambil job dari rakan rakan anda yang lain untuk bina blog mereka. Anda boleh mula dapat duit geli geli setiap bulan dengan membina blog orang lain.

6. Selepas habis workshop ini, akan ada support group yang akan bantu anda jika anda menghadapi masalah dalam blogspot.

7. Jaminan wang dikembalikan jika lepas habis workshop anda masih tak mampu nak buat blog anda sendiri.

Pendek Kata

Ini pendek la yang kata, panjang tak kata apa apa ok...

Pendek kata, jika anda free... Anda pergilah ke workshop yang dibuat oleh sahabat saya ini. Bayaran kalau tak silap saya adalah RM100 sahaja.

Untuk full package 1 hari penuh Workshop Pakar Blog

Tempat ini TERHAD untuk 20 orang sahaja, tak boleh ramai-ramai sebab beliau nak fokus kepada bilangan peserta yang kecil. Maklumlah, ini bukannya seminar atau kursus. ini adalah Workshop.
So, jika anda berminat, sila PM pihak penganjur untuk Daftar: www.facebook.com/messages/

Saya doakan semoga Allah dipermudahkan segala urusan.

Semoga ia dapat membantu anda yang bercadang untuk buat duit geli geli melalui blog.

Wassalam

Mohd Firdaus Mat Saad
"Motivating And Inspiring Others"

Feel Free To SHARE. Mungkin ada sahabat anda yang berminat dengan Workshop ini.

4 comments:

  1. Terima kasih atas informasi yang sangat bermanfaat ini. InsaaAllah sya akan ikut kelas blog juga nanti. Teringin sangat nak korek ilmu lebih.

    ReplyDelete
  2. Nak join jugak la ....:) dah pm utk tempah seat.

    ReplyDelete
  3. its a good sharing. tq master :)

    szcorner.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. saya kenal En. Arham dari UTMKL. very nice person. kalau la ada kelapangan...

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top