Assalamualaikum,

Saya doakan, anda yang sentiasa mengjengok ke blog mariafirdaus.com.my ini sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Semoga Allah mempermudahkan segala urusan, diberi kebahagiaan hidup kepada kita semua di dunia dan di akhirat.

Erti Hidup Pada Memberi

Dalam hidup, ramai orang sangka mereka tak mampu nak memberi kerana mereka 'miskin'.

Mereka tak mampu nak memberi kerana mereka sendiri merasakan mereka serba kekurangan.

Sedangkan, nak memberi tidak perlu nak tunggu kaya.

Sebenarnya, hanya yang Allah pilih untuk rajin 'memberi' akan banyak memberi.

Ia adalah pilihan daripada Allah.

Jika kita suka menderma, kita suka memberi percayalah ia adalah pilihan daripada Allah. Bersyukurlah.

Suka saya ingatkan, jangan tunggu kita kaya baru nak memberi.

Jangan tunggu kita kaya baru nak bersedekah.

Jangan tunggu kita kaya baru nak bantu orang lain.

Tetapi, kita perlu memberi apa yang kita mampu beri.

Yakinlah, bila kita banyak memberi, banyak lagi yang Allah akan bagi kepada kita.

Saya minta 3 minit dari hidup anda untuk tonton video ini.

Video ini ringkas.

Tapi ada 1001 maksud yang tersirat yang hendak disampaikan kepada kita.



Berbuatlah baik kepada sesiapa sahaja. Kerana kita tidak tahu siapa pula yang akan bantu kita pada masa akan datang.

Always do our best to other people.

Jangan membenci orang lain. Sayangilah mereka.

Dalam hidup, berilah apa sahaja yang kita mampu beri. Kalau kita tak mampu nak beri dengan wang ringgit, kita beri dengan bantuan dalam bentuk idea dan cadangan.

Kalau kita tak mampu, kita berilah bantuan dalam bentuk masa dan tenaga.

Teruska membantu orang lain. Kerana ada kisah zaman dahulu orang yang membantu anjing kehausan untuk minum pun diampunkan dosanya oleh Allah.

Kalau ada sahabat sahabat kita yang memerlukan pertolongan, bantulah mereka.

Semoga entri ringkas ini dapat memberi motivasi kepada kita untuk hidup dengan lebih banyak memberi.

Master Maria Firdaus
Founder Of Maria Firdaus Empire
"Memberi, Memberi Dan Terus Memberi"

Anda mungkin tak ada masa untuk menulis, anda mungkin tak ada ruang untuk berkarya.... Tetapi, anda masih boleh memberi.

Tekan SHARE Di Bawah. Mungkin Satu Klik Dari Anda Akan Memberi Satu Erti Kehidupan Buat Sahabat Kita Yang Lain.

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top