Assalamualaikum,

Hari ini adalah hari bersejarah buat sedara saya, Nur Helmi dan Citra. 

Mereka berkahwin pada hari ini di Kuala Lumpur.

Malangnya, saya tak dapat nak menghadiri majlis perkahwinan ini.

So, wakilkan keluarga mertua saya untuk hadir.

So, anda tengok wajah wajah ceria mereka yang hadir.

Sangat happening "Eric". 
 Wajah wajah ceria pengantin.
Wajah wajah ceria merka yang hadir.

Nasihat Ringkas Saya Kepada Helmi Dan Citra

1. Ingat yer Helmi, bermula saat ini, Helmi dan bertanggung jawab atas segala dosa yang dilakukan oleh Citra. Maka, Helmi perlu bimbing citra untuk mengikut ajaran Islam yang sebenar. 

Tanggung jawab Helmi untuk memastikan Citra faham semua perkara perkara asas tentang agama. Ingat yer, jika dia tidak tahu, Helmi yang akan bertanggung jawab nanti.

2. Sebagai suami isteri, kita kena banyak berfikir. "Apa yang aku boleh beri kepada pasangan aku?"

Jangan asyik berfikir, "Apa yang aku boleh dapat dari pasangan aku?"

Jika kita banyak berfikir untuk memberi, jangan risau banyak yang kita akan terima nanti.

3. Sebagai suami isteri, kena sangat sangat menghormati keluarga mertua. Anggaplah mereka sebagai keluarga kita sendiri. 

Sentiasa berfikir, "Macam mana aku nak bahagiakan keluarga mertua aku?"

4. Citra kena faham, sekarang tanggung jawab Citra yang utama adalah kepada suami. Kepada ibu bapa jatuh nombor 2. Citra juga kena faham, tanggung jawab Helmi kepada ibunya adalah nombor satu, kepada Citra adalah nombor 2. 

Jangan takut untuk melihat Helmi membahagiakan emak dia. Jangan rasa cemburu jika Helmi melebihkan emak dia. 

Insya Allah, satu hari nanti bila dah ada anak dan bila mereka dah kahwin, mereka akan buat perkara yang sama kepada Citra.

5. Semasa nak buat majlis perkahwinan, banyak duit yang sudah digunakan. 

Mulai saat ini, Helmi dan Citra perlu bijak merancang perbelanjaan keluarga. Mana yang boleh dijimatkan, jimatkan.

Mana yang perlu dibelanjakan, jangan kedekut. Sebab sebaik baik belanja oleh seorang suami adalah untuk isteri dan keluarganya.

6. Untuk Helmi, selepas ini, jangan takut untuk berbelanja untuk isteri. Utamakan isteri berbanding kawan kawan. Ingat yer, kita dah ada isteri. Bukan bujang lagi.

7. Pada peringkat awal perkahwinan, enjoy this moment. Seriously, ini moment untuk korang hidup tanpa gangguan dari anak anak. Sebab dah ada anak nanti, banyak cabarannya. 

So, just feel this moment.

8. Bila berdua, perbelanjaan sangat kurang. Bila ada anak, perbelanjaan akan meningkat. 

Nasihat Pak Tih, buatlah bisnes dari sekarang untuk merancang masa depan yang lebih baik. Jangan bergantung hidup sepenuhnya kepada kerja makan gaji.

Gaji RM5,000 hidup di KL, apalah sangat.

9. Sentiasa berdoa agar berbahagia sehingga ke syurga. Solat jemaah bersama. Helmi perlu rajin rajin bawa Citra ke masjid dan ke surau.

10. Selepas berkahwin, jangan lupakan keluarga kita. Ingat, selama ini merekalah yang menyokong kita. Merekalah yang bantu kita. 

So, what ever it is. Bahagiakan kesemuanya.

Bahagiakan mereka, insya Allah kita akan bahagia.

Jom Doakan Mereka

Jom kita semua, sama sama doakan agar Allah melimpahkan rahmat dan kasih sayang buat kedua mempelai. 

Semoga Allah memberi kebahagiaan kepada mereka sehingga ke syurga.

Amin

Wassalam

Salam Sayang Dari Kejauhan,

Pak Tih Dan Mak Tih
Founder Of Maria Firdaus Empire,
"Suka Melihat Orang Lain Bahagia"

Feel Free To SHARE Jika Anda Rasa Entri Ini Bagus

1 comments:

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top