Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog mariafirdaus.com.my ini dipermudahkan Allah.

Diberi segala kebaikan dalam kehidupan anda di dunia dan di akhirat.

Saya doakan, anda kaya dan berjaya.


Blog Mariafirdaus.com.my 

"Sumber Motivasi Dan Inspirasi Para Pembaca"

Nak Buat Bisnes, Carilah Mentor Yang Betul

Masa saya memulakan perniagaan ternakan ayam daging 9 tahun lepas, saya telah melakukan kesilapan yang sangat besat dalam bisnes.

Saya buat bisnes ayam. Tapi saya tak ada mentor yang betul. Saya main redah aja buat bisnes ayam.

Kesannya, dua tahun pertama saya dalam perniagaan ayam ibarat retak menanti belah.

Saya hampir 'tertiarap' dalam perniagaan. 

Syukur Alhamdulillah, selepas dua tahun bernafas dalam lumpur, Allah temukan saya dengan seorang mentor yang hebat dalam ternakan ayam.

Saya bertemu dengan beliau selama 3 jam sahaja. Tetapi ilmu yang saya belajar dari beliau selama 3 jam itu banyak mengubah hidup saya dalam perniagaan.

Subhanallah.

Itulah pentingnya untuk kita mempunyai mentor yang betul dalam perniagaan.

Dan perkara yang sama ingin saya tekankan kepada anda. jika anda nak berjaya dalam bisnes. Carilah mentor yang betul.

Kisah Pagi Tadi

Pagi tadi, saya dihubungi oleh salah seorang yang tidak saya kenali.

Beliau buat bisnes Shaklee.

Beliau hubungi saya kerana beliau nak belajar dari saya cara buat bisnes dengan cara yang betul.

Anda boleh baca apa yang beliau kongsikan dengan saya.

Kesian sangat saya rasa.


PM yang saya terima dari seseorang yang tidak saya kenali.

Beliau nak minta tips daripada saya macam mana nak jadi blogger yang hebat.

Soalan pertama yang saya tanya beliau, siapa mentor beliau dalam blog?

Saya beritahu, kalau kita nak berjaya dalam sesuatu perkara, kita mesti ada mentor yang boleh bantu kita untuk berjaya dalam bidang tu.

Dan mentor itu pula mesti telah terbukti berjaya dan beliau sanggup untuk tolong kita untuk berjaya seperti beliau.

Isunya, beliau nak belajar macam mana nak tingkatkan SEO blog beliau di blogger. Dah setahun beliau buat Shaklee, tetapi beliau rasa orang tak tertarik dengan beliau.

Saya buka dan baca blog beliau. 

Saya nampak satu kesilapan 'besar' yang beliau buat. ada banyak entri yang 'terlalu' menjual.

Satu tips yang saya amalkan adalah,"Saya jual produk Shaklee. Tetapi, saya tak tulis selalu pun pasal Shaklee. Tetapi, ramai orang nak beli Shaklee dengan saya. Ramai orang nak join Shaklee dengan saya."

Coaching Orang Dari Group Lain

Beliau minta tolong saya untuk coaching beliau.

Jujur saya katakan, di bawah saya sendiri ada ribuan orang yang mendaftar join Shaklee dibawah Empayar Maria Firdaus.

Dan saya 'bertanggung jawab' untuk membantu mereka berjaya.

Saya rasa 'berdosa' kalau tak dapat nak bantu mereka yang nak ubah hidup mereka dari segi kesihatan, kewangan dan sahsiah diri.

Disebabkan beliau bukan dari susur galur Empayar Maria Firdaus, dan beliau nak minta coaching dari saya, saya terpaksa mengenakan bayaran kepada beliau.

Insya Allah, saya hanya perlukan 4 jam dari masa beliau untuk saya kongsikan rahsia macam mana beliau boleh berjaya dengan mudah.

Dan ia TIDAK PERCUMA.

Selepas berbincang, beliau bersetuju untuk membayar kepada saya.

Kongsi Semua Rahsia Dan Tips Dengan Empayar Maria Firdaus

Buat mereka yang menyertai Empayar Maria Firdaus, once mereka daftar perkara pertama yang pasti buat mereka terkejut adalah di sini terdapat LAUTAN ILMU dalam perniagaan.

Jujur saya katakan, saya telah membukukan banyak ilmu ilmu saya dalam bisnes dalam bentuk ebook.

Jika hendak dijumlahkan, bilangan muka suratnya mencecah ribuan muka surat.

Semua tips itu saya tulis sendiri.

Amcam? Banyak tak.

Memang banyak la.

Jujur saya katakan, saya dah belanja lebih RM30k untuk belajar ilmu marketing. Dan saya kongsikan ilmu ilmu itu dalam ebook ebook yang saya tulis khusus untuk mereka yang nak buat bisnes Shaklee.

Ramai mereka yang tidak menyertai Empayar Maria Firdaus rasa 'jeleous' dengan anak didik saya.



Antara luahan hati orang lain yang tidak menyertai Empayar Maria Firdaus.

Cuci Mencuci

Selepas itu, saya share kisah ini di salah satu group dalam Telegram. Antara yang saya kongsikan adalah saya mahu mereka bersyukur kerana berada di bawah Empayar Maria Firdaus.

Sebab saya sendiri yang guide mereka.

Saya 'tegur' mereka kerana ada sebahagian yang berada dalam group saya tak beri full komitmen, kemudian tertanya tanya kenapa mereka belum berjaya.

Dan ramai yang ada dalam group ni menyatakan kesyukuran mereka menyertai Empayar Maria Firdaus.

Jom baca luahan hati mereka.


Mereka rasa 'bangga' kerana memilih group yang betul.


Group saya antara yang popular dikalangan peserta Dr Azizan.


Kami dalam group saling memberi motivasi antara satu sama lain. Dalam group, kita ada banyak tips, the only thing that make people different is TINDAKAN.


Ada yang nak berjaya, tetapi tindakan 'ciput'. 

Then saya sedarkan mereka, untuk mereka dapat gaji RM3k-RM5k sekarang ini mereka terpaksa belajar selama hampir 15 tahun.

Yes, dari darjah satu sehingga tamat Universiti.

Belajar untuk kejar RM3k-RM5k sebulan.

Then, dalam bisnes Shaklee ia boleh tawarkan income 4-5-6 angka sebulan. Tetapi, mereka rasa 'malas' untuk belajar macam mana nak berniaga dengan cara yang betul.

Bila tanya dah baca semua tips yang dikongsikan, mereka jawab "Tak ada masa".

Bila mereka kata tak ada masa, cuba bayangkan saya yang menulis ebook tu. 

'Banyaklah sangat' masa yang saya adakan...... 

Masa sebenarnya memang sentiasa tak ada... Kita yang perlu adakan masa itu.


Ada yang terkesan di hati


Ada yang meminta maaf dari saya.

Mereka sebenarnya tak perlu minta maaf dari saya. Mereka sebenarnya perlu minta maaf dengan diri mereka sendiri. 

Minta maaf dengan anak anak mereka sebab tak mampu nak berikan yang terbaik buat anak anak disebabkan kekangan kewangan.

Minta maaf dengan ibu bapa mereka sebab tak mampu nak balas dan beri yang terbaik buat ibu bapa disebabkan tak cukup duit.

Jujur saya katakan, saya tak pernah berkecil hati kepada mereka yang tidak berusaha bersungguh sungguh.

Tetapi, saya rasa kesian. Kesian gila...

Hidup saya Alhamdulillah ok. Cuma hidup mereka yang masih sama. Tidak berubah. Masih memilih untuk hidup biasa biasa.

Jika Nak Buat Bisnes Apa Sekali Pun

Buat anda yang nak buat bisnes, bisnes apa sekali pun nasihat saya carilah mentor yang betul.

Carilah orang yang boleh bimbing kita untuk berjaya seperti mereka.

Insya Allah kita terpaksa berjaya seperti mereka.


Empayar Maria Firdaus. The Most Happening Shaklee Group In Malaysia

Sekian sharing saya hari ini.

Wassalam

Master Maria Firdaus
Founder Of Maria Firdaus Empire
The Most Happening Shaklee Group In Malaysia

Feel Free To SHARE Jika Anda Rasa Entri Ini Bermanfaat.


Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah. 

Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!



Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Maria untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

MASTER KAM MARIA
Founder of Maria Firdaus' Millionaires in Shaklee (MFMS) Empire
Shaklee ID : 881455
come_maria@yahoo.com


019-259 2731 (Call, SMS, WhatsApp) 

3 comments:

  1. Tahniah diatas kejayaan saudara Firdaus....saya respect kejayaan tuan berkat usaha, doa dan pengorbanan dalam menuju kejayaan.

    ReplyDelete
  2. Thanks Master.. Master memang terbaik!! Betul, rakan-rakan.. Memang kecian, sape yang ada dlm group MFMS tapi tak gunakan kelebihan yang ada sebaik-baiknya (peringatan utk diri juga) :-)

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah....saya berada dalam group yang saya impikan..maka saya takkan sia2kan

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top