Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang mengikuti blog mariafirdaus.com.my sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang oleh Allah.

Saya doakan anda kaya dan berjaya.

Semoga dengan kekayaan yang Allah kurniakan, anda mampu mengeluarkan zakat yang lebih banyak selepas ini.

Karektor Orang Berjaya Dan Gagal

Dalam hidup, disekeliling kita ada rakan kita yang berjaya dan ada rakan kita yang gagal.

Dalam bisnes pun sama, ada yang berjaya dan ada yang tidak berjaya.

Suka saya kongsikan, salah satu faktor yang menentukan kejayaan seseorang adalah disebabkan KAREKTOR mereka.

Mana mungkin orang yang berjaya mempunyai sikap yang sama seperti orang yang kurang berjaya.

Tak MUNGKIN!!!!

Dan biasanya, orang yang dah biasa berjaya, akan selalu berjaya.

Dan orang yang biasa hidup biasa biasa, akan terus hidup biasa biasa.

Sebab dalam diri mereka sudah ada 'Genetik' nak berjaya dan sudah ada 'Genetik' hidup biasa biasa.

Perkongsian Gambar Dari FB

Baru baru ini, saya terjumpa gambar ini.

Sekeping gambar yang memberi maksud yang sangat besar.

Orang yang mahu berjaya, mereka tidak suka memberi alasan.

Orang yang mahu berjaya, mereka akan berusaha untuk mencari jalan penyelesaian.

Inilah yang boleh saya kongsikan hari ini.

Kisah simple ini insya Allah akan memberi pengajaran kepada kita semua.


Akak ni nak hadiri kelas ilmu dalam bisnes. Tetapi tak ada siapa nak jaga anaknya di rumah. So... apa dia buat? Dia bawa anak dia ke kelas. Allahuakbar. Kagum saya dengan gambar ini.

Siapa Akak Ni?

Sejujurnya saya tak kenal.

Tapi saya kagum dengan karektor dia.

Saya suka dengan sikap dia.

Bagi saya, beliau memiliki sikap untuk berjaya.

Sebab apa saya cakap macam ni?

Saya dah tengok ramai orang yang berjaya.

Orang yang berjaya mereka tak suka bagi alasan.

Tapi orang yang berjaya mereka suka mencari jalan penyelesaian.

Saya suka tengok orang yang mempunyai sikap macam ni dan saya rasa ia wajar dicontohi.

How You Do Anything Is How You Do Everything

Satu perkara yang saya nak share dengan anda, bila kita suka bagi alasan untuk satu satu perkara, kita akan suka bagi alasan untuk banyak perkara.

Kalau kita suka mencari penyelesaian untuk menyelesaikan satu satu perkara, kita akan suka mencari penyelesaian untuk menyelesaikan banyak perkara.

Inilah yang saya maksudkan, macam mana kita buat sesuatu perkara macam tu lah juga kita akan buat perkara perkara yang lain.

Perasan tak, kalau kita jenis yang suka bagi alasan. Kita memang selalu memberi alasan. Dan perasan tak, kita susah mencapai apa yang kita mahukan.

Perasan tak, kalau kita jenis yang suka mencari jalan penyelesaian, kita selalu mencapai apa yang kita mahukan.

Hidup Adalah Pilihan

Dalam hidup, kita perlu membuat pilihan.

Nak hidup biasa biasa, atau nak hidup luar biasa.

Kita nak berubah, tetapi kita selalu memberi alasan. 

Kita nak berjaya, tetapi kita selalu memberi alasan.

Nauzubillah.

Saya doakan anda yang membaca blog ini adalah termasuk orang yang mempunyai aura positif.

Saya doakan kita sama sama belajar untuk mencari jalan penyelesaian dan bukan lagi memberi alasan.

Nak berjaya... Kita kena hidup luar biasa.

Sekian motivasi hari ini.

Wassalam

Master Maria Firdaus
Founder Of Maria Firdaus Empire
Motivating And Inspiring Others

Mohon Anda Tekan SHARE Button Di Bawah. Semoga Kisah Ini Dapat Memberi Motivasi Kepada Rakan Rakan Kita Yang Lain

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top