Assalamualaikum,

Saya doakan mereka yang membaca blog ini sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah. 

Dipermudahkan segala urusan dan diberi yang terbaik dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.

Kisah Pada Bulan September 2014

Mak saya berkata kepada saya.

"Daus, jom pi jalan Jakarta. Bulan 12 nanti dah la hang nak pi umrah tinggal Farees dengan Fateh. Bawa la depa pi jalan dulu. Kalau tak, kesian depa. Boleh kita pi jalan rumah Abang Jan sekali kat sana. Tahun depan dia dah nak balik Malaysia"

Memandangkan yang ajak saya ni mak saya, saya sebaik mungkin cuba untuk memenuhi permintaan dia.

Bagi saya, saya sudah tiada ayah. Ayah saya sudah meninggal dunia. Saya hanya tinggal seorang sahaja 'keramat' hidup.

Saya perlu beri yang terbaik kepada mak saya ni. Jika beliau berhajatkan sesuatu, cepat cepat saya kena usahakan.

Saya takut saya tak sempat nak buat yang terbaik semasa kami masih hidup. Saya tak tahu bila Allah akan menjemput salah seorang dari kami untuk pergi bertemu dengan Nya.

Saya tak nak, suatu hari nanti saya menyesal kerana saya tak buat yang terbaik satu ketika dulu.

Lagi pun, tanggung jawab saya untuk membahagiakan mak saya ini.

Memandangkan mak saya sangat suka 'travel', saya sebaik mungkin akan cuba mengatur yang terbaik untuk kami sekeluarga bercuti.

Alang alang dah nak bawa mak saya, saya pun bawa sekali mak mertua saya.

Bila saya tanya mak mertua saya,

"Mak nak pergi tak bercuti di Jakarta? Semua saya sponsor."

Apa lagi, senyum lebarlah mak mertua saya.

Sebelum ini, saya dah mengiringi mak mertua saya untuk membawa beliau menunaikan umrah pada tahun 2010 dan menunaikan haji pada tahun 2011.

Mak saya ni kurang berpeluang untuk melancong di luar negara sebelum ini. So, saya mesti guna peluang ini untuk beri yang terbaik kepada beliau.

Insya Allah, tahun depan kita akan bercuti ke Itali pula yer mak.

Memulakan Percutian Ke Jakarta

Untuk pengetahuan anda, abang saya bekerja di Jakarta. 

So, saya tak ada masalah dari segi penginapan. Saya cuma perlu sedia duit untuk cover kos pengangkutan, kos membeli belah dan sebagainya.

Jom ikuti gambar percutian yang membahagiakan kami sekeluarga.


Kami menyewa teksi dari Keramat ke KLIA2. Harga sewa untuk sebuah Exora dari Keramat ke KLIA2 adalah RM120 untuk trip yang bermula pada jam 4 pagi. Kalau untuk trip siang, mungkin murah lagi.
Kalau anda tercari cari nak sewa teksi Exora pada harga yang terbaik, dari KL ke KLIA/KLIA2 anda boleh hubungi En Izan di talian = 012-3377081.


Tepat jam 5 pagi, Alhamdulillah kami tiba di KLIA2.


Kami tiba di tempat untuk Check In beg. Memandangkan kami naik Air Asia, kami perlu bayar RM55 untuk setiap beg yang beratnya 20kg kalau nak check in. So, kami bawa 3 beg besar sahaja untuk check in.


Saya di kaunter check in.


 Syukur dapat beg besar ni masa dapat Free trip Shaklee ke USA bulan Ogos dahulu. Beg ini sangat besar, sangat berkualiti dan sangat ringan.


Alhamdulillah. Selesai urusan check in.


Kami terus ke balai berlepas. Nak kena lalu Imigresen dahulu.


Farees dan Fateh teruja nak naik kapal terbang. This will be the second time for Farees dan first time for Fateh.


Untuk pengetahuan anda, selepas kaunter imigresen, akan ada satu kereta kecil macam ni tunggu. Dari kaunter imigresen nak ke gate berlepas, hanya satu yang saya boleh katakan. Ia super duper jauh. So, pihak airport sediakan kereta macam ni untuk membawa mereka yang tidak boleh berjalan jauh. Memandangkan kedua dua mak kami dah kategori warga emas, so kami semua naik kereta ini untuk ke balai berlepas.



Lenggang kankung nampak Farees ni. Happy la tu nak naik kapal terbang.


Sudah masuk waktu Subuh di Kuala Lumpur. Kami semua menunaikan solat terlebih dahulu.


Bersiap untuk menaiki kapal terbang.


Menyerahkan boarding pass.


Alhamdulillah, selamat menaiki kapal terbang Air Asia.


Fateh di atas kapal terbang. Amboi amboi, study panduan keselamatan dan kecemasan ketika berada di atas kapal terbang.


Fateh teruja melihat banyak kapal terbang ada di luar tingkap. Dia tak sedar yang dia pun berada dalam kapal terbang.


Kapal terbang bersiap sedia untuk berlepas.


Boarding pass.


Di atas kapal terbang, kami diberikan borang untuk diisi sebab nak kena apply visa on arrival.


Selfie dulu dalam kapal terbang.


Entah mengapa, setiap kali saya naik kapal terbang mesti duduk di bahagian sayap. Mudah mudahan, lain kali naik boleh duduk seat yang di belakang pilot pulak. Amin.


Memandangkan kami travel waktu pagi dan tak sempat untuk beli breakfast, kami dah tempah siap siap makanan di atas kapal terbang.

Harga untuk setiap pek jika beli awal adalah RM12. Jika nak beli atas kapal terbang adalah RM15.


Beginilah ghupanya nasi lemak atas kapal terbang Air Asia. Sama macam dalam gambar. Maria makan nasi lemak. 


Saya pula order Bukhara Chicken Briyani


Gambar nasi yang sebenar. Kalau ditanya sedap tak? Saya akan jawab Alhamdulillah. Sedap.  


 Untuk pengetahuan anda, tempoh perjalanan adalah 2 jam di atas kapal terbang. Kami tiba di Jakarta pada jam 8 pagi jam Indonesia dan jam 9 pagi waktu Malaysia. Malaysia lewat 1 jam berbanding Jakarta.


Menaiki bas dari kapal terbang menunju ke terminal ketibaan.


Bersedia untuk masuk kaunter imigresen. Untuk pengetahuan anda, bibik saya pun ikut sekali trip ini.


Beratur ke kaunter Imigresen. 


Selesai di kaunter imigresen, kami menuju ke tempat mengambil bagasi.


Ini yang best. Tiba tiba, semasa dah nak keluar airpot. Ada sekumpulan pelajar dari Malaysia jumpa saya dan tegur.

"Encik, encik ke yang buat video 3 Nasihat Dari Jutawan Cina? Yang viral tu satu Malaysia tu." 
KLIK SINI UNTUK TONTON

Saya pun jawab, "Ha ah. Saya lah".

"Dari KLIA tadi kami dok perasan, tapi tak berani nak tegur. Kami nak ambil gambar sekali boleh?"

Aduyai... Perasan jadi retis la pulak.

Sebenarnya, sebelum ini ramai juga yang tegur saya bila jumpa. "Encik ke yang tulis blog mariafirdaus?"

Kali ni advance sket, tak baca blog saya tapi terjumpa video saya pulak.



Kami tiba di bandar Jakarta.


Disinilah kami tinggal sepanjang berada di Jakarta. FYI , abang saya tinggal di sini. Syarikat dia bagi dia tinggal di sini.


Kami tiba di hotel ini jam 10 pagi. Then abang saya kata, pi la turun breakfast dulu kat bawah. Walaupun masih kenyang, kami pi juga makan. Sebab senang juga kalau dah makan jam 10 pagi. Tak perlu kami nak pergi cari lunch di luar pulak.


Selesai makan, kami bergambar di luar hotel.


Farees suka sangat nak tengok air pancut di kolam ini.


Bergambar bersama keluarga.


Perasan jadi 'jutawan' kejap. Saya memegang duit 9 juta rupiah.


Pada sebelah petang, kami mula aktiviti yang pertama iaitu bershopping. Memandangkan hotel Ascort terletak di pekan Jakarta, di sebelah kiri dan kanan hotel ada shopping complex. Di sebelah kiri ada Thamrin City, ala ala GM Plaza kalau di Malaysia. Di sebelah kanan pula ada Grand Indonesia. Ala ala KLCC gitu. So, shopping sakan la Maria kan.....


Antara yang murah di Jakarta. Kami masuk ke kedai menjual telekung wanita.


Pilih Maria pilih.


Jam 4 petang, kami dah rasa lapar balik. Apa lagi, saya order la Mee Sedap. Satu pinggan ni 12 ribu rupiah. Bersamaan RM3. Siap ada bakso 5 ketul.

Ini dulu intro untuk gambar kami bercuti di Jakarta pada hari pertama.

Insya Allah, banyak lagi yang akan kami kongsikan dalam entri entri berikutnya.

Please stay tune. 

Wassalam

Maria Firdaus,
Founder Of Maria Firdaus Empire
The Most Happening Shaklee Group In Malaysia
"Berjalan Untuk Membahagiakan Keluarga Dan Melihat Kebesaran Allah"

Feel Free To SHARE This Entri. Mungkin Ia Memberi Panduan Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain Jika Mereka Mahu Bercuti Ke Jakarta.

2 comments:

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top