By : Mohd Firdaus Mat Saad

Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang membaca blog ini akan dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah. Semoga diberi kebahagiaan hidup kepada anda semua di dunia dan di akhirat.

Hidup Bermatlamat

Sekadar berkongsi dengan anda, Alhamdulillah dalam hidup saya mempunyai matlamat yang sangat jelas.

Saya tahu apa yang saya mahukan dan saya tahu apa yang saya impikan.

Dan saya tulis dengan jelas setiap matlamat saya ini agar ia 'melekat' masuk dalam minda separa sedar saya.

Nak Buat 1000 Video Motivasi Dan Inspirasi

Sekarang ini, saya bercita cita untuk buat rakaman video.

Apa yang akan saya kongsikan?

Saya rancang untuk kongsikan pengalaman hidup saya dalam video ini agar lebih ramai yang akan mendapat manfaat daripada kisah yang saya kongsikan.

Allah bagi saya terlalu banyak nikmat. Allah bagi saya banyak peluang yang saya tengok Allah tak bagi kepada orang lain. Saya perlu berkongsi semua nikmat dan peluang ini agar Allah akan bagi saya lebih banyak lagi selepas ini.

Salah satu impian saya sekarang adalah nak buat 1000 rakaman video. Allahuakbar. Ia bukan jumlah yang sedikit.

Tetapi saya sangat yakin insya Allah, Allah akan mempermudahkan urusan saya untuk tujuan ini.

Matlamat saya mudah, apa sahaja yang menarik dalam hidup saya pada hari itu yang dapat saya kongsikan dengan orang lain, akan saya kongsikan.

Prinsipnya mudah, "The More You Give, The More You Get."

Video Matlamat Dalam Perniagaan

Jika ada di antara anda yang buat bisnes, saya cadangkan anda tonton video ini.

Saya berkongsi tips macam mana kita nak ubah matlamat kita buat bisnes. Insya Allah, dengan tips simple ini kita terpaksa jadi kaya dan berjaya.



Semoga apa yang saya kongsikan ini sedikit sebanyak dapat memberi motivasi dan inspirasi kepada anda yang membaca.

Tolong doakan saya ya. Anda baca ajer macam ni.

"Ya Allah, Kau permudahkan urusan Firdaus untuk buat 1000 video motivasi dan inspirasi. Semoga banyak yang kami boleh belajar nanti."

Thanks kepada anda yang doakan saya.

Anda kaya dan berjaya.

Wassalam

Mohd Firdaus Mat Saad
Founder Maria Firdaus Empire
Puak Kaya Dan Berjaya

Feel Free To SHARE Jika Anda Rasa Video Ini Bermanfaat Untuk Rerakan Anda Yang Lain

1 comments:

  1. saya nak ucapkan terima kasih pada awak, banyak berkaitan ilmu haji yang saya pelajari disini..

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top