Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang membaca blog ini sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Soalan Menarik :

"Encik Firdaus still ternak ayam lagi ke sekarang ni? Saya tengok blog En Firdaus dah tak ada posting pasal ayam...."

Bukan sedikit yang bertanya, tetapi ramai.

Ini Jawapan Ikhlas Saya :

1. Saya masih menternak ayam. Dari dulu sehingga sekarang. Dan Insya Allah, saya tidak akan berhenti. Akan terus memperjuangkan industri ternakan ayam. Once I'm in, Insya Allah I Won't Go Out.

2. Saya kurang berkongsi pengalaman mengenai menternak ayam di blog kerana saya nak kurangkan orang yang menghubungi saya dan bertanya pasal ayam.

Sejujurnya, dahulu hampir setiap minggu akan ada yang hubungi saya dan nak berjumpa dengan saya dan bertanya pasal ayam. Bukan sorang dua, tetapi dua ke tiga orang seminggu.

Kalau anda di tempat saya, apa yang anda akan buat?

Ya... Dahulu saya terpaksa 'melayan' semua orang yang menghubungi saya. Adakalanya saya terpaksa spend 2-3 jam setiap orang yang datang berjumpa saya.

Mereka datang nak bertanya pasal ayam. Dan saya pula bercerita panjang lebar. Tapi bila mereka balik, ramai antara mereka tak buat pun bisnes ayam. 

Sampai satu tahap, saya rasa saya buat kerja yang sia sia. Saya berkongsi dengan ratusan orang tetapi hasilnya hampir zero.

Semua yang datang jumpa saya sekadar nak bertanya dan nak tahu. Mereka tak serius pun. 

Sedangkan di blog saya ini, sejak tahun 2009 saya dah tulis dengan jelas semua kisah bagaimana saya memulakan ternakan ayam daging sejak ini dahulu. Anda boleh baca semuanya secara PERCUMA di sini : TERNAKAN AYAM (sila click)

Tapi masalahnya, ramai yang TAK NAK BACA, tetapi nak jalan mudah. Terus hubungi dan nak jumpa saya.

3. Akhirnya, saya buat Personal Consultation. Saya kenakan bayaran kepada sesiapa yang nak berjumpa dengan saya dan bertanya pasal ayam. Tak murah pulak tu, dalam RM500 untuk saya guide mereka. Mereka boleh jumpa saya dalam 4-6 jam. Saya akan terangkan secara detail bagaimana nak memulakan ternakan ayam dan menjawab persoalan yang mereka ingin tahu.

Tahu tak apa jadi lepas tu?

Orang 'kutuk' saya pulak. Ngumpat kat orang lain cakap saya 'kedekut' ilmu. Tak nak bantu orang lain.

Adoyai..... 

Saya tak kisah sangat pun.

Sebab saya tahu apa yang saya buat. Saya terpaksa menghargai masa saya. Dari saya 'entertain' semua orang, lebih baik saya spend my quality time dengan mereka yang serius sahaja.

So, siapa yang betul betul SERIUS. Mereka pasti akan boleh bayar RM500 tu.

Dan mereka yang rasa RM500 tu mahal. Saya dah boleh 'filter' siap siap. Sebab kalau RM500 tu pun mahal buat mereka untuk dapatkan ILMU, ini bermaksud mereka tak boleh ternak ayam. 

Sebab modal ternak ayam memang sangat-sangat besar sehingga mencecah ratusan ribu ringgit. Dan kerugian akibat TIADA ILMU juga boleh mencecah puluhan ribu ringgit sebulan. 

So, awal awal lagi saya dah 'filter' mereka yang SERIUS dan MAMPU, dengan mereka yang TAK SERIUS dan TAK MAMPU.

Alhamdulillah, selepas buat macam ni saya hanya bertemu dengan mereka yang 'BERKUALITI'.

Dan andai kata lepas mereka jumpa saya mereka tak jadi buat bisnes ayam, saya pun tak kisah sebab mereka dah bayar 'masa' saya semasa mereka berjumpa dengan saya.

That's the story.

Heheh... So, harap ia sedikit sebanyak menjawab persoalan mereka yang bertanya saya ni ada bela ayam lagi ke tak...

Ok... That's all...

Wassalam

Mohd Firdaus
Penternak Ayam Daging
Parit Buntar, Perak


Ayam di reban. 

2 ulasan:

  1. Betul tndakan awak 2. Kami di jabatan pun utk khidmat nasihat ada keluarkan warta kerajaan pda siapa nak khidmat apa2 nasihat akan di kenakan charge RM20.00 tapi saya lakukan atas budi bicara sahaja. Kang charge takut x percaya n viralkan cakap penjawat awam minta duit air tapi hakikatnya memang dah di keluarkan warta untuk bayaran perkhidmatan tsebut tapi sya masih charge free mana yang betul2 minat saya x charge pun siap bagi risalah n buku sbagai panduan janji betul2 minat,ada potensi ke arah penternakkan. Mana yang saja2 nak tanya n tahu saya juz ceritakan basic je. kang cerita tapi x buat lepas 2 charge bising pula kan haha. Tapi apa yang awak charge memang patut pun sebab bukan sebab kedekut ilmu tapi sebagai bayaran khidmat nasihat,tunjuk ajar,masa lagi saya rasa bagi yang ada modal n betul2 nak mulakan perniagaan bagi mereka murah RM500.00 tu tapi biasalah kalau penternak bangsa kita bab ini lokek sikit nak semua free tapi x nak usaha hanya harapkan bantuan kerajaan semata mata untuk bantu mereka dari A-Z. Tahniah saya ucapkan pada puan & suami.

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top