Assalamualaikum,

Terima kasih kerana setia mengunjungi blog mariafirdaus.com.my

Saya doakan anda yang mengunjungi blog ini sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Semoga Allah mudahkan urusan anda, diberi kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.

Rahsia Kuasa Minda Orang Berjaya

Hari ini, saya nak berkongsi dengan anda satu rahsia macam mana orang berjaya berfikir.

Bila saya tulis macam ni, ini bukan bermaksud saya ni dah terlalu berjaya. Sejujurnya, saya bersyukur dengan segala nikmat yang Allah kurniakan kepada saya.

Saya berjumpa dengan ramai orang yang berjaya. Mereka inilah yang berkongsi rahsia kejayaan mereka dengan saya.

Dari situlah saya belajar.

Kan saya dah kata sebelum ini,
"Kalau kita nak ubah hidup kita, kalau kita nak berjaya... Kita perlu disekelilingi oleh mereka yang berjaya. Sebab apa? Sebab mereka yang berjaya akan 'menarik' kita untuk berjaya seperti mereka."

What You Focus Will Expand

Saya selalu berjumpa dengan mereka yang berjaya.

Tahukah anda, orang yang berjaya ini mereka mempunyai 'Pola Pemikiran' yang sama.

Cara mereka berfikir, cara mereka bertindak, cara mereka bercakap dan cara mereka 'deal' dengan sesuatu perkara hampir sama.

Orang yang berjaya, mereka percaya, "What They Focus Will Expand".

Kalau mereka ada masalah, mereka tidak fokus kepada masalah. Tetapi mereka fokus kepada penyelesaian untuk menyelesaikan masalah itu.

Bagi saya, sebab itulah mereka berjaya - Hakikatnya dengan izin Allah Taala juga.

Masalahnya, ramai orang. Bila ada masalah, mereka terlalu fokus kepada masalah dan akhirnya mereka terlupa untuk berfikir bagaimana nak menyelesaikan masalah tersebut.

Kisah Malam Tadi

Malam tadi, Allah beri saya peluang untuk bertemu dengan seorang sahabat bernama Man, (Bukan Nama Sebenar)

Sejujurnya, saya kesian dengan beliau. Beliau sering mengalami masalah kewangan. Beliau selalu juga menghubungi saya melalui telefon jika ada masalah.Macam macam bisnes yang beliau buat, tapi tak menjadi. Pendek kata, semua barang dia jual, tinggal 'dadah' ajer yang belum jual. Tapi, tak menjadi.

Sayalah yang 'terpaksa' menjadi pendengar setia masalah masalah beliau. Which is saya kurang suka. Sebab bila orang bercerita masalah kepada saya, banyak 'caj-caj' negatif akan 'masuk' ke dalam pemikiran saya.

Namun, apa kan daya. Bila kawan ada masalah, kita bantu sekadar yang kita mampu.

Sahabat saya ini mempunyai masalah kewangan. Dan beliau nak belajar buat bisnes dengan saya. So, beliau join Shaklee dengan saya.

Bila saya jumpa beliau malam tadi, beliau meluahkan masalah kepada saya.

"Firdaus, aku susahlah nak buat Shaklee. Kat tempat kerja aku ada ramai orang dah buat Shaklee."

Saya pun bertanya, "Berapa ramai?"

"Dalam 3 orang dah buat Shaklee"

Saya cakap kepada beliau, "Man, satu benda yang aku nak kongsi dengan hang. What you focus will expand."

Sahabat saya ni macam blur blur katak.

Then saya terangkan kepada beliau.

"Ok. Aku setuju dekat tempat kerja hang dah ada 3 orang yang dah jual Shaklee. Tapi, kenapa yang hang pi fokus dengan 3 orang ni. Kenapa hang tak fokus dengan berapa ramai lagi yang belum guna produk Shaklee."
"Kalau hang fokus dah ada 3 orang yang buat Shaklee di tempat kerja hang, hang akan rasa susah. Actually, yang menjual tu pun bukan depa serius sangat pun. Tapi, sebab otak hang dah set "Dah ramai orang jual Shaklee". Mulut hang dok berzikir "Dah ramai orang jual Shaklee", so secara tidak sedar hang dah block akal hang dari berkongsi Shaklee dengan orang lain."
"Sebelum hang pi share lagi pun hang dah set kat otak hang, "Dah ramai orang jual Shaklee". Hang dah set kat otak hang orang orang ni tak mau beli dengan aku, depa mesti beli dengan orang lain. So, that thing will happen."

Saya beritahu kepada beliau, dalam hidup kita kena berfikiran positif. Orang yang kaya mereka sentiasa berfikir yang baik baik sahaja. Mereka tak suka menarik perkara yang negatif.

Jujur saya katakan, antara masalah terbesar orang Melayu adalah selalu berfikiran negatif. Selalu mengatakan sesuatu itu payah, susah, tak boleh, nanti, esok.

Kesannya.. Banyak perkara yang kita nak buat tak jadi. Then kita terpaksa nak fikir apa alasan nak bagi kepada diri kita untuk mengatakan yang kita ok sebab tak berjaya. Kesian giler, macam sahabat saya ini, dia dah ready dengan alasan yang dah ada 3 orang dok jual Shaklee kat tempat kerja.

Sedangkan, dalam diri sendiri tak berusaha betul betul pun lagi. Tak pi share dengan orang lain lagi pun.

Apa yang saya kongsikan ini mungkin berkaitan dengan Shaklee. Tapi anda yang membaca anda boleh relatekan kisah ini dengan apa yang anda buat dalam kehidupan seharian.

Satu benda yang kita ramai tak tahu, "Mind create reality". Dalam erti kata yang lain.


"Apa yang kita fikir, apa yang kita rasa, apa yang kita cakap, apa yang kita buat, semua itu adalah doa. Dan itulah yang kita akan dapat."


Dalam sebuah hadis ada dinyatakan, "Allah memberi berdasarkan sangkaan hamba Nya."

Kalau kita sangka baik, Allah akan beri yang baik. Kalau kita sangka yang buruk Allah akan beri yang buruk. So, sama samalah kita untuk sentiasa bersangka baik dengan Allah.

Semoga apa yang saya kongsikan ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada kita semua.

Saya doakan, anda kaya dan berjaya.

Allah permudahkan segala urusan anda dalam kehidupan anda di dunia dan di akhirat.

Wassalam

Mohd Firdaus Bin Mat Saad
"Motivating And Inspiring Others"

Sila Tekan Button SHARE Jika Anda Rasa Apa Yang Saya Kongsikan Ini Bermanfaat

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top