Makan Bersama Keluarga Di Restoran Pen Mutiara, Penang

Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang membaca blog ini sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang oleh Allah.

Saya doakan anda semua kaya dan berjaya. Dipermudahkan urusan dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.

Ini gambar saya dan keluarga.  

Tengah hari tadi, kami pergi lunch di Pen Mutiara Penang.


Saya pergi ke sana bersama keluarga abang saya. So, in total kami 10 orang ke sana.


Inilah semua menu yang kami order. 


Ini gambar Kari Kepala Ikan. Specialitiy di situ. Semangkuk RM65. 


Tomyam ayam. Semangkuk RM25.


Ini pula kerabu pelan. Sepinggan RM12. Banyak lagi lauk lain yang kami ambil, tapi lupa nak ambil gambar satu-satu yang lain.



Alhamdulillah..sedap sangat maka licinnn.. Gambar kami masa tengah makan takde dalam ni. Sebab masing-masing muka tak fotogenik masa tengah menikmati makanan. Haha..

* Jika anda ke Penang, saya cadangkan anda pergi makan di Pen Mutiara Pulau Pinang. Terletak di Batu Maung.

Turun Jambatan Pulau Pinang Kedua, menghala ke Batu Maung. Jumpa trafik light yang pertama, belok kiri. Pen Mutiara terletak di situ.

That's the update for today.

Simple. Yet soo meaningfull.

Terima kasih kerana sudi membaca. Till then.

Wassalam

Master Maria Firdaus
Founder Empayar Maria Firdaus
"Life Is To Short... Let's Appreciate it"

Catat Ulasan

Ni memang confirm betul2 sedap ni sbb licinnnn....

[blogger]

MKRdezign

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget