Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang membaca blog ini sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Semalam saya ada kongsikan dengan anda 3 kisah macam mana orang berjaya buat bisnes dengan modal yang sangat kecil. Semoga apa yang saya kongsikan dengan anda itu sedikit sebanyak memberi motivasi dan inspirasi kepada anda semua untuk berjaya.

Seperti yang saya katakan, kejayaan memerlukan perjuangan. Jika nak ubah hidup, anda perlu 'kuat'.

Ada pepatah menyebut, "Untuk mendapatkan sesuatu, kita perlu 'korbankan' sesuatu".

Soalannya, apakah yang kita korbankan untuk kita hidup luar biasa?

Apakah yang kita korbankan untuk kita mengubah hidup kita?

Ramai yang nak berjaya, tetapi tak sanggup nak berkorban.

Pengorbanan, Perjuangan Dalam Perniagaan

Hari ini, saya nak kongsikan dengan anda kisah kisah perjuangan anak didik saya dalam perniagaan. Saya nak anda faham, apa yang telah mereka lakukan untuk mereka menjadi seorang yang luar biasa.

Untuk pengetahuan anda, mereka yang menyertai Empayar Maria Firdaus, The Most Happening Shaklee Group In Malaysia. Kita akan ubah minda mereka.

Kita akan semaikan perasaan kasih sayang antara satu sama lain. Kita semua akan disekelilingi oleh mereka yang sangat sangat positif. Mereka yang sanggup untuk membantu kita dan memberi motivasi kepada kita.

That's why apa yang ingin saya tekankan di sini, "Untuk berjaya, kita perlu disekelilingi oleh mereka yang berjaya. Jika kita berkawan dengan penjual minyak wangi, kita akan 'terpalit' dengan wanginya. Jika kita berkawan dengan pembuat besi, kita akan terkena 'percikan' api darinya"

Dalam Empayar Maria Firdaus ini juga, saya sering memberi motivasi kepada mereka agar mereka faham untuk berjaya mereka perlu berkorban. Mereka perlu berjuang.

Kejayaan tidak akan datang bergolek depan kita. Tetapi, kejayaan akan datang setelah kita berusaha untuk mencapainya, disusuli dengan doa dan tawakkal kepada Allah.

Hayati Perjuangan Untuk Mencapai Kejayaan Dalam Perniagaan

Hari ini saya nak share dengan anda kisah benar. Apa yang berlaku kepada kami semua peniaga peniaga Shaklee dibawah Empayar Maria Firdaus.

Untuk pengetahuan anda, setiap hujung bulan adalah closing buat kami semua. Semalam 30 September, maka kami mesti berjuang untuk 'closing' sales bulan September.

Ada yang dah pun mencapai sasaran yang ditetapkan. Tetapi, ada juga yang pada jam 10 malam tadi, masih 'terkinja-kinja' buat sales.

Perjuangan yang belum selesai. Tetapi tidak berputus asa.

So, saya nak anda baca screenshot yang saya ambil untuk kita sama sama hayati apa yang mereka buat untuk berjaya. Semoga kisah ini memberi motivasi kepada anda semua.


Anda tengok, perbualan ini berlaku pada jam 11.30 malam. Masih ada yang berjuang. Kerana perjuangan mereka hanya akan tamat pada 11.59 malam. Marina Tie Rahim ni salah seorang anak didik saya dalam Shaklee. Menjelang 30 September, sales beliau belum mencapai sasaran. 

Tetapi, beliau masih belum berputus asa.  Anda boleh tengok, dalam tempoh satu hari, beliau boleh buat sales RM3000 + RM1860.


Cuba anda tengok, dalam tempoh satu malam sahaja. Sales beliau mencecah RM4860. Just in one night. Bagi saya, inilah yang kita perlu buat. Berusaha selagi mampu untuk kita berusaha. Dan Allah pasti akan beri kejayaan kepada kita jika kita tidak berputus asa untuk berusaha.


Kata kata motivasi daripada Hafiz kepada yang lain. Nak terapkan kepercayaan bahawa Allah nak bagi kita lebih kalau kita berusaha dan terus berusaha. Dalam group kami, kami sentiasa mengajak orang ramai berfikir. Apa yang kita buat, mesti kita sertakan Allah bersama.


The power of believe. Tugas kita hanya merancang, berusaha, berdoa dan bertawakkal. Selebihnya kita serahkan kepada Allah. Buat sampai impian tercapai.


Perkongisan daripada Marina Tie Rahim. 


Rezeki Allah dah tentukan kepada kita yang berusaha.


Jam 12:07 malam. Baru balik kerja. Terpaksa balik lambat kerana tuntutan kerja. Beliau bekerja dengan sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur. Cuba anda bayangkan, terpaksa berkerja keras. Dalam kerja dan dalam bisnes. Kerja di KL, tinggal di Putrajaya.


Cuba anda tengok, apa rahsia kejayaan Marina? Master Checklist iaitu amalan kerohanian yang diterapkan dalam group kami agar semua orang menjalankan amalan amalan yang mendekatkan diri kita dengan Allah.  Bila jaga hubungan dengan Allah, barulah rezeki kita akan dipermudahkan.


Beli kereta dan Alhamdulillah, Shaklee tolong bayarkan. Kan best....


Perkongsian dari Marina lagi, "Rezeki kita Allah bagi dalam pelbagai bentuk". Yang penting, NEVER GIVE UP. Kena zikir yang baik baik.


Ini pulak kisah Zeta. Dalam tempoh sekejap, dapat sales RM900. Kemudian ada tambahan lagi RM300++. Everything just in one night. 

Inilah yang saya nak kongsikan, kalau kita buat bisnes dan kita tidak berputus asa, insya Allah kita akan berjaya. 


Senyum tawa, tangisan adalah lumrah dalam perniagaan. Ada yang menangis gembira, ada yang menangis bersedih. 


Peringatan dari rerakan yang lain, perjuangan adalah sehingga titisan darah yang terakhir.


Perkongsian dari Affni pulak. Salah seorang yang memperoleh pendapatan bonus 5 angka sebulan di bawah Empayar Maria Firdaus. Bersyukur atas kejayaan. Peningkatan sales berbanding bulan lepas.


Bukan senang nak dapat income 5 angka sebulan. Tengoklah Affni. Buat posting jam 11 malam. Tengoklah, bukan mudah untuk berjaya. 


Kejayaan dan magic adalah bila kita berada di luar Comfort Zone.

Kepada rerakan pembaca blog Mariafirdaus, tak kisahlah apa juga bentuk bisnes yang anda buat. Saya harap sangat, anda jangan berputus asa. Buat dengan terbaik, insya Allah. Allah akan berikan kejayaan buat kita.

Sebab apa?

Kejayaan akan diberikan kepada mereka yang tidak mengenal erti berputus asa. Buat yang terbaik, kita serahkan kepada Allah. Insya Allah yang baik baik akan datang kepada kita.

Kepada pembaca yang masih belum buat bisnes, saya cadangkan. Carilah peluang perniagaan. Anda boleh baca, anda boleh kaji tips yang saya kongsikan dalam blog ini. Insya Allah banyak yang akan anda pelajari.

Belajar, Belajar Dan Terus Belajar.

Master Maria Firdaus
Founder Of Maria Firdaus Empire
The Most Happening Shaklee Group In Malaysia

"Your Trusted Business Mentor"

Jika Anda Rasa Ada Belajar Sesuatu Dari Entri Ini, Mohon Anda Tekan BUTTON SHARE Di Bawah. Sama Sama Kita Kongsikan Benda Baik Dengan Orang Lain.

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top