Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang membaca blog ini sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Mudah mudahan, kita semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab.

Jemputan Ceramah Motivasi Keusahawanan

Baru baru ini, saya menerima jemputan daripada MRSM Kepala Batas.

Pihak maktab minta saya berkongsi dengan para pelajar di MRSM Kepala Batas khususnya untuk pelajar Tingkatan 3 yang baru habis peperiksaan PT3 baru baru ini.

Mereka minta saya kongsikan topik yang berkaitan dengan keusahawanan dengan para pelajar.

Bagi saya, saya tidak boleh menolak permintaan cikgu ini. Ini kerana bagi saya para pelajar di sini sangat special.

Mereka semua menghafal Al Quran. Yang bestnya, ada di antara mereka yang sudah pun menghafal dalam tempoh kurang dari 3 tahun. Subhanallah.

Selain dari hafalan, mereka juga termasuk dalam golongan pelajar yang cemerlang di maktab mereka. Tahu tak, MRSM Kepala Batas dapat ranking No 1 untuk peperiksaan PMR pada tahun lepas dikalangan MRSM se Malaysia.

Apa apa pun, jom kita layan gambar gambar yang sempat saya ambil disana.


Pintu masuk MRSM Kepala Batas.


Pihak maktab buat program ini di Surau MRSM 

Sebelum start, kita buat sessi urut mengurut dulu. Maklumlah, para pelajar ni semua bangun awal nak mengulang kaji hafalan Al Quran mereka.


Sejuk mata memandang. Di sini semuanya memakai tudung labuh. Alhamdulillah.


Salah seorang pelajar yang khusyuk menyalin nota.


Ustazah Che Som. Beliau merupakan bekas guru saya di MRSM Taiping dulu.


Tayangan Video "Mengapa Melayu Perlu Kaya"


Sementara mereka khusyuk menonton, saya ambil gambar dulu. 


Sebelum balik, pihak maktab memberikan sedikit cendera hati buat saya. Terima kasih cikgu.



Sebelum balik, saya bagi tahu mereka nak selfie. Habis semua melompat lompat nak masuk gambar. Haha.... Syukur Alhamdulillah. Semoga satu hari nanti akan ada dikalangan mereka yang buat bisnes dan jadi jutawan yang bertakwa.


Sebelum balik, saya sempat bersembang dengan Pn Hajjah Normah. Beliau merupakan Penolong Kanan Akademik di situ. Beliau merupakan guru BM saya dahulu ketika saya berada di MRSM Taiping. 

Dan beliau bertanya saya: 

"Boleh tak Firdaus buat sharing dengan para guru di sini macam mana nak jadi seorang guru yang boleh berinteraksi dengan para pelajar dengan baik. Sebabnya, kalau cikgu happening, para pelajar akan suka nak belajar."


Jawapan saya, "Insya Allah. Nanti kita aturkan masa yang bersesuaian."

Sebelum saya balik, saya ada buat satu rakaman video di sana. Saya kongsikan beberapa perkara menarik yang saya kongsikan dengan para pelajar di situ.

Actually, banyak perkara yang saya kongsikan selama 2 jam saya disitu, ini adalah beberapa perkara asas yang saya kongsikan dengan mereka.

Anda boleh tonton, semoga anda juga dapat sedikit sebanyak pengajaran daripada apa yang saya kongsikan.


Kongsikan 3 tips mudah ini dengan anak anak anda. Semoga satu hari nanti anak anda juga akan menjadi seorang usahawan yang berjaya, dunia dan akhirat.

Wassalam

Mohd Firdaus Mat Saad
Pakar Motivasi Keusahawanan
"Motivating & Inspiring Others"

Memberi, Memberi Dan Terus Memberi Sehingga Di Jemput Pergi......

Sila Tekan SHARE Button Jika Anda Rasa Apa Yang Saya Kongsikan Ini Memberi Manfaat Kepada Anda. Terima Kasih Kepada Mereka Yang Share.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top