By : Kam Maria Abdul Mutalib

Assalamulaikum,

Terima kasih kerana sudi melawat blog kami. Maria doakan semua pembaca blog ini sentiasa sihat dan bahagia dan dalam rahmat Allah.

Baru-baru ni, Maria ada terima Whatsapp message dari seorang customer.

Beliau bertanya beberapa soalan tentang produk Shaklee. Ini adalah message pertama beliau kepada Maria:-



Alhamdulillah, selepas tu Maria pun berusaha jawab semua persoalan beliau tentang produk Shaklee dengan cara yang terbaik. Selepas dah selesai jawab, di bawah ini response beliau.



Beliau mengucapkan terima kasih sebab sudi bagi info kepada beliau. Alhamdulillah. Maria seronok dapat share ilmu dengan beliau. Walaupun masa tu beliau belum jadi customer Maria lagi.

Esok harinya, beliau ada bertanya beberapa soalan lagi kepada Maria. So Maria macam biasa jawab juga based on semua ilmu yang Maria ada.

 Sebenarnya banyak juga soalan yang beliau tanya pada Maria.


Bila dah selesai, beliau sekali lagi ucap terima kasih. Beliau kata, dah beberapa orang Shaklee Independent Distributor (SID) yang beliau hubungi. Tapi Maria sorang je yang sudi layan macam-macam soalan beliau. Yang lain ada yang MARAH sebab customer banyak sangat tanya.

Kesiannya dekat SID tu, sampai sanggup marah customer. Hehe. Macam Maria memang tak kisah customer nak tanya banyak-banyak. Sebab niat Maria memang nak bantu semua customer untuk dapat produk terbaik yang boleh selesaikan masalah mereka.


BETULKAN NIAT BERBISNES

Maria nak nasihatkan kepada para usahawan. Bila kita nak buat bisnes, kita betulkan lah niat sebenar kita.

Jangan buat bisnes semata-mata sebab nak keuntungan dan jadi kaya. Kalau kita buat bisnes sebab nak kaya, kita akan rasa letih. Bila orang reject, kita akan cepat marah dan give up.

Tapi, buatlah bisnes sebab nak BANTU SELESAIKAN MASALAH orang lain dan PERMUDAHKAN URUSAN orang lain. Ikhlaskan hati dan berusaha beri LAYANAN TERBAIK kepada semua customer.

Kalau kita buat sebab semua ni, jangan risau, InsyaAllah kita akan TERPAKSA JADI KAYA.

Sebabnya, kita sentiasa pastikan customer tu dapat apa yang mereka PERLUKAN, bukan hanya apa yang mereka MAHUKAN.

Nak tahu apa yang customer kita perlukan, kita perlulah berusaha untuk fahami betul-betul apa masalah setiap customer tu. 

Maria sendiri rasa seronok  sebab setiap hari Maria dapat belajar benda baru berdasarkan soalan-soalan customer.  Jadi Maria dapat bagi info dan cadangan kepada bakal customer, apa produk yang boleh bantu SELESAIKAN MASALAH mereka.

Bila kita niat ikhlas untuk membantu, InsyaAllah kita tak akan jemu MEMBERI.

Sejak dari Maria mula-mula start buat bisnes pun. Maria dah hadapi macam-macam ragam customer.

Ada banyak kes customer yang tanya macam-macam tapi lepas tu tak jadi beli. Awal-awal dulu memang lah ada perasaan sedih.

Tapi Maria selalu muhasabah diri balik. Kita sebagai customer pun mesti pernah buat kan. Masuk kedai dan tanya macam-macam. Tengok dan pegang barang macam-macam.

Tapi lepas tu kita tak jadi beli. Sama ada sebab kita tak puas hati dengan quality barang tu, ataupun harganya tak sesuai dengan kemampuan kita.

So bila kita buat bisnes, kita pun kena faham. Setiap customer ada kemampuan dan citarasa berbeza.

TREAT PEOPLE THE WAY YOU WANT TO BE TREATED


Jadi jika kita letakkan diri sendiri sebagai seorang CUSTOMER, kita mesti nak peniaga layan kita dengan terbaik kan.

Maka bila kita sebagai PENIAGA, layanlah customer kita dengan sebaik-baiknya.

Dan jika diri kita sebagai seorang CUSTOMER juga, janganlah dari awal lagi memang takde niat langsung nak beli dari peniaga tu, tapi kita masih nak tanya macam-macam yer.

Hargailah masa orang lain, barulah kita akan rasa masa kita juga dihargai. Jom sama-sama hormat-menghormati...

Respect is EARNED, not GIVEN!! :)

Thanks for reading!!
  
Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah. 

Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!



Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Maria untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

MASTER KAM MARIA
Founder of Maria Firdaus' Millionaires in Shaklee (MFMS) Empire
Shaklee ID : 881455
come_maria@yahoo.com

019-259 2731 (Call, SMS, WhatsApp) 

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top