Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang membaca blog mariafirdaus.com.my sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang buat Allah.

Hari ini, saya nak berkongsi dengan anda satu kisah yang sangat simple. Semoga apa yang saya kongsikan ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada kita semua.

Balik Menziarahi Mertua Di Kuala Lumpur

Baru baru ini, saya pulang menziarahi mertua saya di Keramat. 

Sekadar berkongsi dengan anda, emak mertua saya sangat ramah tamah. Mesra rakyat. Nasib baik tak jadi calon politik, kalau tak boleh menang dah pilihan raya. Hehe...

Semasa kami makan, mak mertua memberi tahu saya.

"Susah la Firdaus, kat dapur ni pakai kipas stand. Kadang kadang ada orang ubah kipas tu pi ke depan, nak makan kat sini dah panas."

Saya terus cakap kat mak mertua saya.

"Tak per lah mak, kejap lagi kita pergi beli kipas tu. Saya belanja."

Tersenyum mak mertua saya.


Di Aeon Big, Jaya Jusco Taman Keramat. Saya suruh mak saya pilih mana kipas yang dia berkenan. Akhirnya, dia pilih yang brand Panasonic. Harga pun murah, dalam RM180 sahaja untuk sebuah kipas dinding. 

Bila balik dari Jaya Jusco, jam dah pukul 1 lebih. Kami makan tengah hari. Sepatutnya saya akan balik ke Parit Buntar selepas Zuhur.

Tapi, dihati saya ingin membahagiakan mak mertua saya. Saya cakap kat mak mertua saya, "Tak per lah mak, lepas saya siap pasang kipas ni, baru saya balik."

Apa lagi, bertambah senyum mak mertua saya.


Saya ambil masa sekitar 30 minit untuk siap pasang kipas ni. 


Lihatlah senyum mak mertua saya. Gembira rasa. Saya tak plan pun nak ambil gambar ni. Tapi tetiba Maria suruh mak masuk dalam gambar. Siap suruh mak angkat tangan tanda 'Best' lagi. 

* Alhamdulillah, mak saya ni awet muda. Syukur anak anak sponsor mak makan Shaklee setiap bulan secara percuma. Ini mungkin salah satu asbab mak kekal cergas dan bertenaga walaupun dah usia 64 tahun.

Kita sebagai anak akan rasa bahagia kalau kita mampu membahagiakan ibu bapa kita.

Ada beberapa pengajaran dari kisah simple ini :

1. Saya sudah kehilangan ayah saya. Ayah saya sudah meninggal bulan dua yang lepas. Saya sangat merindui dia. Alhamdulillah, sepanjang hayat saya cuba buat yang terbaik untuk dia. Syukur Allah berikan saya seorang ayah yang hebat.
Masalahnya, saya rindu untuk buat baik kepada ayah saya. Tapi ayah saya sudah tiada. So, that's the time untuk saya buat yang terbaik untuk emak saya dan mertua saya.

For me it's simple. Saya tak tahu berapa lama lagi Allah akan beri peluang kepada saya untuk berbakti kepada ibu dan mertua saya.

So, bila ada kesempatan dan peluang. Saya akan 'berikan' yang terbaik buat mereka.

2. Saya nak share dengan anda, bila mak kita cakap dengan kita. Mereka selalu maksud double meaning.

Contoh :

"Eiii.... panas nyer makan kat dapur ni bila kipas stand tu dia orang bawa pi depan"

Maksudnya :

i. Tolong pi ambil kipas dan bawa balik ke dapur.
ii. Kan best kalau ada kipas baru yang permanent kat dapur ni.

So, sebagai anak kita kena perlu faham. Bukan buat buat tak faham.

"Man.... Afiq, cucu mak sihat? Lama tak jumpa dia.."

Maksudnya :

i. Bila nak balik. Dah lama kau tak balik.
ii. Tak nak ajak mak pergi rumah kau ker.

"Hang sibuk ka Daus?"

i. Maksudnya, dia ada nak minta sesuatu daripada kita. Nak minta tolong kita. Kalau kita sibuk pun, cubalah selit selitkan masa untuk memenuhi hajat mereka.

3. Hargai ibu bapa kita semasa kita masih berpeluang untuk melakukannya.

Percayalah, berapa ramai orang di luar sana yang jika boleh nak minta dekat Allah berilah peluang kepada mereka walau seminit pun untuk bertemu dengan arwah ibu bapa mereka.

Kalau boleh, mereka nak peluk puas puas. 

Tapi, apa kan daya... Allah dah ambil kembali apa yang dipinjamkan kepada mereka.

So, kita yang masih ada ibu bapa. Jangan sesekali mensia siakan ibu bapa kita. Mereka adalah KERAMAT hidup kita.

4. Anda tonton video ini. Ia adalah perkongsian rahsia kejayaan dan kekayaan dari seorang jutawan Cina kepada saya. Ia berkaitan dengan topik yang saya kongsikan di atas.



5. Jom bertindak sekarang. Call ibu bapa kita hari ini. Kita azam untuk mula ambil berat dengan mereka.

Semoga, sedikit yang kita buat banyak yang Allah akan ganjarkan.

Inilah sahaja yang dapat saya kongsikan hari ini.

Semoga, kisah yang saya kongsikan ini sedikit sebanyak memberi motivasi dan inspirasi kepada kita semua untuk terus berbuat baik kepada ibu bapa kita.

Jika anda rasa apa yang saya kongsikan ini bagus, mohon anda tekan button SHARE di bawah. Semoga lebih ramai yang akan mendapat manfaat daripada kisah simple ini.

Wassalam

Master Maria Firdaus
Founder Of Maria Firdaus Empire,
"Memberi, Memberi Dan Terus Memberi"

* Jangan Lupa Tekan Button SHARE. Semoga Anda Dapat Pencen Kubur.

3 ulasan:

  1. Seronok & bahagia rasa bila dapat gembirakan orang tua kita....harap2 saya diberi kesempatan untuk membahagiakan kedua orang tua saya sehingga akhir hayatnya...in shaa allah.

    BalasPadam
  2. Betul tu master. Bila kedua orang tua bahagia, ia mengalir sampai pada kita. Rindu pula kat mak ayah di kampung.

    BalasPadam
  3. Betul, bila kedua ibu bapa gembira dan bahagia, kita pun turut sama rasa kebahagiaannya. Insya Allah mahu bahagiakan kedua ibu bapa saya dengan umrah percuma hasil titik peluh dalam bisnes. Mohon doa dari semua :)

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top