Assalamualaikum,

Saya doakan anda semua sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang oleh Allah, diberikan yang terbaik di dunia dan di akhirat.

Semoga satu hari nanti kita semua akan dimasukkan ke dalam syurga Allah tanpa dihisab. Amin. Amin. Amin.

Hari ini saya nak berkongsi dengan anda mengenai majlis berbuka puasa di Surau An Najah Simpang 4, Kg Kedah. Surau yang terletak di hadapan rumah saya.

Kutipan Dana

Untuk makluman anda, sebelum menjelang Ramadhan. Saya ada membuat pelancaran kutipan dana untuk menampung perbelanjaan majlis berbuka puasa di surau saya sepanjang Ramadhan.

Jumlah yang diperlukan adalah RM15,000. Sepanjang 30 hari, surau akan menggunakan peruntukan sekitar RM500 sehari.

Walau bagaimana pun, jumlah kutipan terkumpul dari Maria Firdaus adalah sekitar RM7,500 sahaja. Dan kutipan dari orang kampung saya sekitar RM2,000 sahaja. Menjadikan jumlah keseluruhan sekitar RM9,500 sahaja. Alhamdulillah.

Memandangkan jumlah wang masih tidak cukup, maka ada hari hari tertentu di surau ini yang pihak surau minta tajaan dari orang perseorangan.

Alhamdulillah, secara keseluruhannya majlis berjalan lancar dengan sambutan yang diberikan oleh penduduk kampung sangat baik.

Saya sangat suka membuat kutipan dana majlis berbuka puasa ini. Bagi saya mudah, ganjarannya sangat sangat besar.

Sesiapa yang memberi makan orang yang berpuasa, dia akan diberikan pahala sama seperti orang yang berpuasa itu. Tidak terkurang walau sedikitpun. Kalau yang makan seramai 80 orang, maka dia akan dapat 80 pahala orang yang berpuasa. Subhanallah.

Oklah.. Jom kita tengok gambar gambar yang sempat saya anbil di surau saya. 


Setiap hari, sekitar 60 ke 80 orang akan hadir untuk berbuka puasa di surau ini. 


Para jemaah sedang menunggu waktu untuk berbuka selepas selesai tahlil dan bacaan doa.


Antara lauk yang dihidangkan. Cop, saya tulis antara ok. Gambar yang saya ambil ni adalah gambar untuk tray saya. Saya memang tak makan banyak. Dan bila saya makan, saya akan ambil satu lauk sahaja. So, ada lauk lain yang ada tetapi saya tidak ambil.



Makanan orang diet. Hehe..Tak makan nasi. Makan bubur lambuk aja.... ( Hehe... Padahal beras juga dalam tu )

Anda jangan risau. Bukan ini yang orang di surau saya makan. Mereka makan makanan yang sedap. Cuma saya yang tak biasa ambil makan banyak lauk. Memang jenis makan sikit sikit saja.

Walau apa pun, saya mewakili AJK Surau An Najah Simpang 4, mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan pembaca blog Maria Firdaus yang telah sudi untuk menyumbang kepada program ini.

Semoga, apa yang dikongsikan ini sedikit sebanyak memberi inspirasi kepada kita untuk terus mencari pahala, mencari pencen kubur agar kita mendapat pahala yang berterusan bila kita berada di sana nanti.

Saya doakan, kita semua berusaha sehabis baik untuk melipat gandakan amalan di sepanjang 10 malam yang terakhir ini.

Tahun ini kita bertemu Ramadhan, tahun depan belum tentu ia milik kita.

Wassalam.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top