Assalamualaikum,

Malam semalam, saya dikejutkan dengan berita di Telegram group.

Seorang sahabat saya, Pn Tasnim telah kehilangan ayahandanya yang tersayang di hari raya.

"Innalillahiwainnailahirajiun. Sesungguhnya dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali."

Ayahanda beliau terlibat dalam kemalangan baru baru ini namun tidak terlalu serius. Walau bagaimana pun, beliau dimasukkan ke dalam wad untuk pemerhatian doktor.

Di pagi raya, sahabat saya dan semua adik beradik mereka berhari raya di Hospital Specialist Center (SALAM) untuk bersama ayahanda yang tercinta.

Namun, takdir Allah mengatasi segalanya.

Pada sebelah petang, Allah menjemput ayahandanya mengadap Ilahi.

Dan semua ini berlaku diluar jangkaan semua orang. Tiada siapa yang sangka ayah mereka akan meninggal dunia.

Saya dapat memahami apa yang beliau sekeluarga rasakan sebab saya juga baru kehilangan ayahanda saya yang tersayang 5 bulan yang lepas.

Ayuh, kita warga Maria Firdaus, kita sedekahkan Al Fatihah buat ayahanda beliau. Semoga roh beliau ditempatkan bersama hamba hamba Nya yang soleh, dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab bersama para nabi.


Gambar kenangan, Tasnim dan ayahandanya di pagi raya.

Buat Tasnim sekeluarga, kami doakan agar anda semua tabah menghadapi saat yang mencabar ini. Semoga Allah memberi kekuatan buat anda sekeluarga pada waktu ini.

Buat anda yang mahu membaca kisah penuh cerita ini, sila klik link di bawah: 

Semoga kisah ini memberi 1001 pengajaran buat kita semua. Ingat dan sedarlah, ajal maut ditangan tuhan.

Ia tidak dipercepat atau dilewat walaupun sesaat. Bersedialah kita untuk bertemu dengan Nya.

Wassalam

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top