Assalamualaikum,

Alhamdulillah, baru baru ini kami berpeluang menghadiri Shaklee Master Celebrations di Equatorial Hotel, Penang.

Seperti yang saya kongsikan sebelum ini, Shaklee memperuntukkan RM50,000 bagi setiap orang yang berjaya mencapai tahap Master untuk diraikan dalam majlis Master Celebration.

Yang menariknya, majlis kali adalah DOUBLE MASTER CELEBRATIONS!! Ia sempena meraikan 2 pasangan Masters yang berasal dari Penang, iaitu Master Zati dan Master Herny.

Cuba anda bayangkan, untuk majlis ini akan ada dua Master yang diraikan secara serentak, maka jumlah peruntukan adalah sebanyak RM100,000 bagi meraikan mereka berdua.

Allahuakbar. Ia satu majlis yang sangat hebat.

Jom kita layan gambar-gambar sekitar majlis yang gilang gemilang ini.




Master Celebration khas untuk kami masih belum ada tarikh lagi. InsyaAllah akan diadakan selepas bulan Sept 2014, iaitu selepas kami balik daripada Free Trip ke USA bersama Shaklee nanti.
Tak sabar rasanya.. :)



Kami sampai agak lewat haritu, sebab ada kenduri tahlil di rumah kami pada waktu tengahari. So, sampai-sampai je terus serbu makan dulu.


Masa ni cuma tinggal beberapa orang je yang sedang makan. Yang lain dah masuk ke dalam dewan.


Firdaus bersama President Shaklee Malaysia, Mr Victor Lim.



Firdaus bersama Jutawan Hj Roslan. Beliau telah pun menjadi Master sejak tahun 1999. Hebat kan. Walaupun sudah agak berusia, sekarang ini Haji Roslan sedang 'berpencen'. Beliau sekarang menikmati pencen bulanan 6 angka setiap bulan bersama Shaklee. 


Para Masters sedang menunggu di luar dewan sebelum Masters' Parade.


Menyambut ketibaan para Masters yang diraikan.


Kata-kata aluan daripada Mr Victor Lim, President Shaklee Malaysia.

SHARING FROM MASTER ZATI



Kami sungguh terinspirasi dengan kisah Master Zati. Master Zati sekarang masih seorang pelajar PhD di sebuah university tempatan. Walaupun masih bergelar pelajar, dan sibuk dengan tugas sebagai isteri dan ibu, tetapi beliau tetap berjaya mencapai kejayaan ke puncak Master.
Beliau seorang yang sangat gigih. Sangat komited untuk memajukan perniagaan yang dijalankan secara online ini.


Master Zati berkongsi kisah pengalaman beliau sebelum mengenali Shaklee.

Kenapa ada gambar apam mekar, macaroni bakar ni? Haa..inilah antara bisnes yang pernah beliau jalankan sebelum mengenali Shaklee.
Faktor masalah kewangan menyebabkan beliau berusaha sedaya upaya membantu suami menambah pendapatan keluarga dengan menjalankan bisnes-bisnes ini, disamping menjalankan tugas sebagai ibu, isteri dan pelajar.
Tetapi, bisnes ini terlalu remeh dan banyak benda perlu diuruskan. Kena bangun awal pagi siapkan bahan-bahan kuih dan kemudian berpanas di dapur membakar kuih. Bila dah siap kuih nak kena cuci dan kemas barang-barang dan dapur pula. Lepas tu nak kena keluar hantar kuih ke kedai.
Semua ini menyebabkan beliau jadi terlalu letih dan stress. Akhirnya beliau rasa tak mampu nak teruskan bisnes ini setiap hari. Beliau membuat keputusan untuk berhenti.


Sehinggalah suatu hari beliau mula menggunakan produk Shaklee. Selepas berpuas hati dengan keberkesanan produk Shaklee, beliau pun menjadi ahli, dan mula nampak peluang cerah dalam bisnes Shaklee.
Beliau nampak bisnes Shaklee secara online adalah lebih mudah berbanding bisnes kuih yang beliau lakukan dulu.  Segalanya di hujung jari, dan boleh dilakukan pada bila-bila masa, dan di mana-mana saja.
Syukur Alhamdulillah, berkat ilmu yang diperolehi daripada mentor beliau dalam group Jutawan Shaklee, dan usaha gigih beliau selama ini, beliau berjaya mencapai pangkat Master Coordinator selepas 2 tahun bersama Shaklee.

Melalui bisnes Shaklee juga, Master Zati telah berjaya ke Dubai dan juga Mekah untuk menunaikan Umrah. Semuanya adalah FULLY SPONSORED BY SHAKLEE!!
Beliau sendiri tak sangka yang impian beliau untuk menunaikan umrah boleh tercapai secepat ini. Syukur Alhamdulillah atas nikmat rezeki dari Allah.


Gambar-gambar semasa percutian di Dubai tajaan Shaklee.



 Antara tips berharga dari Master Zati. Orang yang berjaya, mereka akan buat sesuatu kerana mereka SUKA melakukannya, dan bukannya TERPAKSA.


Jangan sesekali takut untuk berimpian besar. Jika orang lain boleh, kita juga boleh!!


Setiap kejayaan bermula dengan LANGKAH PERTAMA. DO IT NOW OR NEVER!!


3 Simple Rules in Life.

KISAH MASTER HERNY


Pasangan Master seterusnya adalah Master Herny dan suami. Mereka adalah 'anak' Shaklee kepada Master Zati.


 Sebelum ini, Master Herny adalah seorang nurse di sebuah hospital di Penang. Beliau pernah terfikir untuk berhijrah ke Saudi untuk bekerja sebagai nurse di sana. Ini kerana gaji nurse di Saudi sekurang-kurangnya 5 angka sebulan.

Beliau asalnya hanyalah seorang pengguna produk dan tidak pernah terfikir untuk serius dalam bisnes Shaklee. Beliau hanya berkongsi tentang keberkesanan produk yang beliau sendiri gunakan. Dan sejak itu, semakin ramai yang mula membeli produk Shaklee daripada beliau.

Sehinggalah beliau berjaya mendapat income 4 angka sebulan daripada Shaklee, beliau mula nampak masa depan yang cerah bersama Shaklee.


Selepas beberapa bulan serius dalam Shaklee, beliau berjaya mendapat bonus 5-angka sebulan, dan akhirnya 'terpaksa' berhenti kerja. Syukur, beliau dah tak perlu berhijrah ke Saudi untuk mendapat income 5 angka sebulan.

Sekarang, beliau dah dapat kehidupan yang lebih baik bersama Shaklee. Settle hutang PTPTN, dan dapat bawa ayah ke umrah. Kini bonus Shaklee beliau dah pun hampir mencecah 6 angka sebulan.


Perkara paling 'mahal' yang kita mampu capai dengan mempunyai bisnes sendiri adalah FREEDOM OF CHOICE!! Syukur Alhamdulillah, kami juga dah merasai kebebasan ini.
Dah tak perlu apply cuti dari boss kalau nak balik kampung atau nak bercuti ke mana-mana. Dah tak perlu punch card dan bekerja 8am-5pm setiap hari. Sekarang kami boleh berkerja di mana-mana dan pada bila-bila masa!! THE JOY OF BEING OUR OWN BOSS!! :)


Inilah barisan Master Coordinators dalam group besar kami iaitu JUTAWAN SHAKLEE!!


Akhir sekali, Master Herny memberikan kata-kata semangat kepada semua yang sedang berjuang dalam bisnes Shaklee.
Kita WAJIB tahu jawapan kepada semua persoalan ini.
WHY, WHAT, HOW, WHERE, WHO, WHEN?


Barisan Masters bergambar bersama Masters yang diraikan. 


Alhamdulillah, tamat sudah majlis yang sungguh memberi inspirasi kepada semua para hadirin. Bergambar bersama President Shaklee Malaysia, Victor Lim dan anak-anak didik kami.  

 Bersama my mentor, Master Ira, dan anak-anak didik kami, Kak Mimi Rohana dari Langkawi, dan Aqmariah dari Perlis.


 Pasangan Supervisor Aqmariah dan suaminya Firdaus. Nama Firdaus pun dah sama, InsyaAllah mereka juga bakal Master in 2015. Amin.

Syukur Alhamdulillah diberi peluang untuk meraikan dan mendengar kisah inspirasi dari mereka yang telah berjaya. Semoga coretan kami tentang kisah kejayaan 2 insan luar biasa ini, turut memberikan inspirasi kepada anda semua dan kepada mereka di luar sana yang masih mencari-cari peluang untuk mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik.

Thanks for reading!! :) 

Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah. 

Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!



Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Maria untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

MASTER KAM MARIA
Founder of Maria Firdaus' Millionaires in Shaklee (MFMS) Empire
Shaklee ID : 881455
come_maria@yahoo.com


019-259 2731 (Call, SMS, WhatsApp) 


Jika anda rasa entry ini dapat memberi manfaat kepada orang lain yang membacanya, mohon click LIKE button di bawah. Terima kasih.

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top