[ QUITTERS NEVER WIN - WINNERS NEVER QUIT ]

Assalamualaikum,



Ramai di antara pembaca blog ini tahu Maria menjalankan bisnes Shaklee.

Sekadar berkongsi dengan anda, saya hanyalah membantu Maria dalam bisnes ini. Bisnes Shaklee Bisnes Maria. Bukan bisnes saya.

Semua apa yang berlaku hari ini adalah dengan izin Allah jua. Saya menghadirkan diri ke program Advanced Marketing Power Dr Azizan Osman pada tahun 2012.

Dalam program itu, terlalu banyak ilmu yang saya pelajari. Sehinggalah saya berkata pada diri saya.

"Kalaulah aku boleh bantu Maria buat bisnes, kan best. Dia ni dah la pemalu, tinggal di Pulau Alasan pulak tu. Banyak yang negatif saja. Kalau aku boleh bantu dia buat bisnes, mesti aku boleh bantu ramai orang lagi untuk buat bisnes."

Anda boleh baca kisah Maria di sini : SILA KLIK

Itu kisah macam mana Maria terbuka hati nak buat bisnes. Kalau anda nak baca secara detail jatuh bangun Maria dalam bisnes, anda boleh baca di sini : SILA KLIK

Saya Hanyalah Seorang Advisor Buat Maria

Untuk makluman anda, saya hanyalah sekadar penasihat kepada Maria. Semua marketing strategi, saya yang aturkan untuk Maria.

Maria hanya implement sahaja.

Selepas beberapa bulan, syukur Alhamdulillah. Saya berjaya bantu Maria untuk capai income 5 angka sebulan dalam tempoh kurang dari 10 bulan.

Selepas itu, saya bantu anak didik Maria untuk capai 5 angka income sebulan dalam tempoh 9 bulan.

Entah mengapa, saya memang diciptakan Allah untuk suka menolong orang. Saya suka tengok orang lain berjaya. Syukur Alhamdulillah. Saya ada perasaan macam ni.

Saya suka kongsi dengan orang lain ilmu yang Allah pinjamkan kepada saya. Saya perlu mencari pencen kubur. Mungkin sedikit ilmu yang saya kongsikan dengan mereka akan menjadi pembantu saya di akhirat kelak.

Ramai Anak Bangsa Saya Yang Memerlukan Bantuan Saya

Selepas saya buat bisnes Shaklee, baru saya nampak.

Allahuakbar. Ramai anak bangsa saya yang perlukan bantuan saya.

Dengan keadaan ekonomi sekarang yang sangat mendesak, ramai orang perlu mencari pendapatan tambahan.

Macam mana saya tahu? Sebab saya sering menerima emel dan Facebook PM. Ramai pembaca blog ini yang berkongsi masalah mereka dengan saya.

Bagi saya pula, saya bantu sekadar yang saya mampu. Saya kongsikan ilmu yang saya ada dan saya ajar mereka bagaimana mereka boleh menjana pendapatan melalui Shaklee.

Walau pun ramai yang berjaya, sejujurnya ramai juga yang tak berjaya.

Bagi saya, saya tidak berahsia dengan mereka. Semua ilmu yang saya belajar dari Dr Azizan melalui program AMP, IJI, IMKK, TTT dan segala mak nenek ilmu yang saya ada, saya ajarkan FREE kepada mereka.

Kalau tak salah saya, saya tuliskan TIPS DAN RAHSIA hampir 1,000 muka surat dan saya berikan percuma kepada mereka melalui SECRET GROUP FACEBOOK SAYA.

Malangnya, ramai yang MALAS membaca. Mereka kata, mereka tak ada masa.

Allahuakbar.

Cuba anda fikirkan, berapa banyak masa yang saya laburkan untuk tulis hampir 1,000 muka surat, tips, strategy, planning dan semuanya.

Siap contoh lagi, tinggal nak copy paste, modify ikut lenggok bahasa masing masing.

Kebanyakan yang berjaya adalah mereka yang ambil inisiatif untuk memahamkan apa yang saya kongsikan.

Tugasan Saya Dalam Shaklee

Tugas saya sebenarnya adalah dalam membantu anak didik Maria dalam bisnes Shaklee.

Sejujurnya, saya buat sebab saya nak tengok mereka berjaya. Saya suka melihat anak murid saya berjaya.

Cuba anda bayangkan, apa perasaan seorang guru apabila melihat anak muridnya, yang dulu tak punya side income, tetiba sekarang dah ada side income 4-5 angka sebulan.

Dah terpaksa keluarkan lebih zakat. Dah terpaksa beri lebih duit tu kepada ibu bapa. Dah terpaksa membantu dan menambah nilai hidup lebih ramai orang lain.

"Terpaksa, nak buat macam mana"

Saya suka melihat orang terpaksa berjaya, selepas buat apa yang dikongsikan.

* Jangan salah faham, kejayaan mereka adalah dengan izin Allah jua. Teknik yang saya kongsikan hanyalah asbab kepada mereka untuk berjaya.

Saya sering monitor perkembangan anak didik saya dalam Shaklee. Saya tengok apa yang mereka dah buat. Apa yang mereka belum buat. Dan saya bantu mereka apa yang perlu mereka perbaiki setakat yang saya tahu.

Rebah Terguling Bangkit Kembali

Kali ini, saya nak berkongsi dengan anda satu REAL STORY. What happen kepada salah seorang anak didik saya bulan lepas, Zulaikha ( Ika - Bukan Nama Sebenar ).

Bila saya hubungi anak didik saya, saya selalu pesan kepada mereka.

"Ingat, kita buat bisnes bukan untuk kaya. Kita buat bisnes untuk tambah nilai hidup orang lain. Kita buat bisnes sebab nak mempermudahkan hidup orang lain. Kita buat bisnes sebab nak menyelesaikan masalah orang lain. Dan ingat, kalau kita nak kaya. Kita kena bantu orang lain untuk jadi kaya. Kalau kita buat bisnes dengan cara ini, insya Allah. Jangan risau. Kita terpaksa menjadi kaya."

So, ditakdirkan Allah. Pada 20 Februari 2014. Anak didik saya telah melihat progress bisnes Ika.

Beliau terkejut, Sales Ika sehingga 20 Februari 2014 masih '0'. ( Untuk pengetahuan anda, dalam Shaklee jika nak dapat income 4 angka sebulan. Kena buat sales RM x,xxx. Group sales ok. Bukan personal sales)

Masya Allah. Then, beliau terus memberi sokongan kepada Ika.

Bermula 20 Februari itu, Ika buat perubahan drastik. Bagaikan 'singa' yang baru terjaga dari tidurnya, Ika terus bangkit.

Saya nak kongsi dengan anda beberapa tips yang telah diamalkan oleh Ika dalam tempoh 8 hari tersebut. Apa yang dilakukan oleh Ika adalah sebahagian daripada ilmu yang telah dikongsikan dalam group kami.

Dan memandangkan ini adalah rahsia group, saya saya tak boleh cerita semua. Saya cerita sedikit sahaja. Harap anda tidak berkecil hati.

1. Tidak Berputus Asa

Ini ayat Ika sendiri ok. "Yer la, 20hb sales saya masih kosong lagi. Tapi, saya tak berputus asa sebab saya still ada 8 hari lagi."

2. Berdoa Secara Spesifik

"Bila saya solat, saya berdoa secara spesifik. Saya minta Allah bukakan pintu hati orang yang tak pernah beli dengan saya untuk beli dengan saya supaya saya boleh bantu mereka."

3. Solat Dhuha

"Saya mula solat Sunat Dhuha setiap hari. Dan saya mohon doa agar Allah tunjukkan saya jalan untuk effective dalam tempoh 8 hari ni"

4. Bersedekah

"Saya mula bersedekah kepada mereka yang memerlukan. Kite kene banyak memberi"

5. Minta Mak Doakan Saya

"Saya selalu call mak saya, saya minta dia tolong doakan saya."

6. Buat Masterchecklist

"Yang penting, ini yang paling penting. Buat master checklist"

* Master Checklist adalah amalan amalan sunat untuk murah rezeki yang sangat ditekankan dalam group saya. Kita minta mereka semua buat setakat yang mereka mampu. Dan feedback yang saya dapat, Alhamdulillah. Mereka yang berjaya kebanyakkannya buat Master Checklist ini. Yang kurang berjaya bukan tak buat, tapi Allah masih mahu menguji mereka lagi.

* Anda jangan tanya saya strategy apa yang beliau gunakan. Biarlah rahsia ini dibincangkan dalam group sahaja.

Apa yang saya nak kongsikan dengan anda adalah:

1. Apa yang berlaku kepada Ika sebenarnya adalah perkara yang normal dan sering berlaku dalam bisnes. Adakalanya sales kita tinggi, adakalanya sales kita turun.

2. What ever happen, jangan mengalah. Rebah terguling bangkit kembali, tersungkur jatuh ku pantas berdiri.  Anda kena pantas berdiri. Biar sengsara membakar jiwa, demi sebuah perjuangan apa sahaja ku rela.

3. Jaga hubungan dengan Allah. Yang ini, berbuih mulut saya cakap dekat anak didik saya. Masa saya mula buat bisnes Shaklee. Bila kami nak jumpa mentor mentor kami yang lebih otai. Mereka akan tanya kami, "Dah buat Master Checklist? Kalau belum buat, balik buat dulu. Lepas tu baru datang balik"

Wawww.... tegasnya mereka.

Namun kebiasaannya, selepas kami buat Master Checklist. Kami dah tak perlu jumpa mentor mentor kami ni balik. Sebabnya, sales tiba tiba naik mencanak.

Baru kami sedar, biarlah kami guna teknik dan strategy yang terhebat sekali pun, tapi jika Allah tak buka hati pelanggan untuk membeli dengan kami. Tak ada maknanya.

4. Buat bisnes berkumpulan. Jangan buat sorang sorang. Contoh, dalam kes Ika. Syukur Ika bangkit kembali sebab sokongan daripada rakan rakan seperjuangan. Jika Ika buat bisnes sendiri, buat sorang sorang. Lebih cepat dan pantas Ika akan berputus asa. Tiada siapa yang nak bagi sokongan kepada Ika.

Sebenarnya, sepanjang saya buat bisnes Shaklee ini. Banyak perkara yang berlaku kepada saya yang saya rasa kalau dikongsikan diblog ini yang akan menyebabkan anda rasa semakin teruja.

Mungkin Allah sengaja mempertemukan mereka ini dengan saya supaya saya dapat berkongsi lebih lagi dengan anda.

Rasanya, cukuplah dulu perkongsian saya dengan anda untuk kali ini.

Saya doakan, Allah sentiasa memberikan limpahan rahmat dan kasih sayang buat anda semua. Semoga Redha Allah sentiasa bersama kita.

"Kejar Dunia & Akhirat Bersama Shaklee"

Mohd Firdaus Mat Saad
Mentor Usahawan Online

* Pastikan anda sudah membaca pengalaman saya semasa saya belajar dahulu di www.pelajarcemerlang.com [ PERCUMA ] 

* Jika anda suka dengan entri ini, harap anda dapat tekan LIKE Button di bawah ini. Semoga ia dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai orang selepas ini.

2 ulasan:

  1. Ya Allah sgt la teruja baca entri ni..bila la sy dpt bersua dgn tuan haji..sy nk sgt jd anak didik tuan haji..

    BalasPadam
  2. Ya Allah sgt la teruja baca entri ni..bila la sy dpt bersua dgn tuan haji..sy nk sgt jd anak didik tuan haji..

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top