Assalamualaikum,

Dr Azizan Osman, saya doakan Dr dan keluarga sentiasa dilimpahi dengan rahmat dan kasih sayang daripada Allah. Semoga Allah sentiasa mempermudahkan segala urusan Dr di dunia dan di akhirat.

Dr Azizan, tujuan saya menulis warkah ini adalah untuk mengucapkan jutaan terima kasih saya kepada Dr atas segala ilmu yang telah diberikan kepada saya selama ini.

Kisah Perkenalan Dengan Dr Azizan Osman

Sebagai pengenalan, saya mula mengenali Dr pada bulan 5 tahun 2012. Ada seorang sahabat saya menyarankan saya untuk hadir ke kelas Advanced Marketing Power.


Pada waktu itu, saya kata kepada sahabat saya.

"Hang gila!!! Nak suruh aku bayar RM997 nak pergi Kelas Dr Azizan. Mahal tu. Dia tu sapa?"

Atas nasihat sahabat saya yang seakan akan mendesak saya untuk pergi ke kelas Dr, saya cuba untuk pergi ke Seminar Marketing Power 2012 di Sunway Carnival. Itulah kali pertama saya berjumpa dengan insan bernama Dr Azizan Osman.

Selepas menghadiri Seminar Marketing Power secara percuma itu, saya rasa ada kelainan. Inilah kali pertama bertemu dengan seorang mentor yang saya rasa boleh membawa saya ke arah yang lebih baik. Saya rasa saya bertemu mentor yang boleh mengubah kehidupan saya menjadi luar biasa.

Tanpa berlengah lagi, saya beri peluang kepada diri saya untuk menghadiri kelas Advanced Marketing Power di Wisma MCA pada 6 Julai 2012.

Saya Yang Dahulu

Untuk makluman Dr, sebelum ini saya berkerja sebagai seorang engineer. Selepas dua tahun berkerja makan gaji, saya mengambil keputusan untuk buat bisnes.

Saya menceburi industri ternakan ayam daging.


Pada waktu itu, mentality saya kalau nak buat bisnes mesti ada modal besar. Kalau nak buat bisnes mesti ada kedai atau kilang yang besar. Baru nampak macam buat bisnes.

Sepanjang buat bisnes ternakan ayam ini, pelbagai pengalaman telah saya lalui. Ada yang manis. Ada yang pahit. Saya pernah mengalami kerugian hamper RM30,000 pada usia saya ketika itu baru 24 tahun. Allahuakbar. Pada waktu itu, saya rasa macam nak berjalan pun tak boleh.

Saya pernah ditipu oleh pekerja saya sendiri. Mereka 'tolong' jual ayam saya. Mereka 'tolong' jual dedak ayam saya. Akibatnya, saya rugi sekali lagi.

Inilah akibat yang terpaksa saya tanggung bila saya buat bisnes tanpa ada mentor yang betul. Saya terpaksa melanggar dinding banyak kali.

Disebabkan kesusahan inilah, saya rasa saya perlu belajar. Belajar untuk buat bisnes dengan cara yang betul. Sebab itulah, saya beri peluang kepada diri saya untuk hadir ke seminar Advanced Marketing Power 2012.

Pengalaman Menghadiri Seminar Advanced Marketing Power 2012

Setiba di Wisma MCA, buat pertama kalinya saya melihat lautan manusia yang saya tak tahu mereka ini datang dari mana. Mereka semua berebut rebut nak masuk ke dalam dewan. Saya rasa mereka ini 'gila'.

Kenapa mereka nak berebut rebut masuk ke dalam dewan? Tempat duduk dah disediakan secukupnya. Jadi, tak perlulah nak berebut rebut.



Pada waktu ini, 'biawak' agak banyak dalam diri saya. Suara suara kecil masih kedengaran dalam diri saya .

"Alah, rileks la. Kenapa nak berebut."
"Aku datang lambat pun, boleh masuk jugak"

Biasalah, otak saya masih berkarat pada waktu itu.

Namun, sebelum saya masuk ke kelas AMP, sempat juga saya berdoa kepada Allah.

"Ya Allah, jadikanlah kedatangan aku ke sini sebagai titik perubahan dalam hidup aku. Aku mahu mengubah hidup aku ke arah yang lebih baik. Lapangkanlah dadaku. Aku mohon kepada Mu, Kau bukalah hatiku agar aku dapat apa yang ingin di sampaikan oleh Dr Azizan nanti."

Saya masuk ke dalam kelas dan mula mempelajari ilmu daripada Dr.

Dr Azizan,

Pada hari pertama, Dr mengambil masa 4 jam untuk nak 'samak' otak kami dengan motivasi. Pada waktu itu, saya mula dengan pertama kalinya. "Fast Action Fast Result".

Saya masih ingat sehingga hari ini. Untuk berjaya dengan mudah. Kena ada TFA.

Think   - Berfikir Secara Luar Biasa
Feeling -Emosi Untuk Berjaya Yang Luar Biasa
Action  - Tindakan Yang Luar Biasa

Ya, ia tersangat betul. Pada waktu itu, saya mula mendapat semangat baru. Rasa seperti baru dilahirkan semula di dalam dunia perniagaan.

Dah lama saya buat bisnes, tetapi saya tidak berfiikir secara luar biasa. Emosi saya tak cukup kuat untuk berjaya dan tindakan saya pun tersangat biasa biasa.

Sebab itulah saya rasa mengapa bisnes saya terhegeh hegeh sebelum ini.

Sepanjang program AMP inilah saya mula belajar dari Dr mengenai beberapa konsep asas untuk berjaya dalam bisnes.

Antara yang saya masih ingat.

"Kita buat bisnes bukan sebab kita nak kaya, tetapi kita buat bisnes sebab nak bantu orang lain, nak permudahkan hidup orang lain, nak selesaikan masalah orang lain, nak tambah nilai hidup orang lain. Kalau kita boleh buat bisnes sebab benda ini. Jangan risau, kita terpaksa jadi kaya."

"Kalau kita nak kaya, bantu orang lain untuk jadi kaya. Lagi ramai yang kita bantu, lagi cepat kita jadi kaya."

Kata kata Dr ini umpama menyalakan satu lilin buat saya yang berada dalam kegelapan. Bermula saat itu, saya baru sedar saya perlu perbetulkan niat saya buat bisnes.

Dr, saya ucapkan terima kasih sangat sangat dengan 423 tips marketing strategy yang Dr ajarkan kepada saya semasa AMP itu. Sejujurnya saya katakan, ia terlalu banyak. Tak sempat rasanya kalau sesiapa amalkan semua tips tu.

Dr, saya juga nak ucapkan jutaan terima kasih kepada Dr sebab Dr beri peluang kepada kami, para peserta yang ambil pakej VIP untuk menghadiri sessi Hot Seat. Dr awalnya menjanjikan untuk bawa 10 pelajar Dr yang terdahulu yang telah berjaya untuk berkongsi dengan kami kisah kejayaan mereka.

Tetapi, Dr tipu. Dr tak bawa 10 orang pun. Sebabnya Dr bawa 15 orang.

Subhanallah. Perkongsian daripada 15 peserta ini sangat sangat membuka minda saya. Saya rasa sangat sangat gembira.

Dr Azizan,

Sejujurnya, terlalu banyak ilmu dan pengajaran yang saya dapat kutip sepanjang 3 hari bersama Dr dalam kelas AMP.

Sepanjang seminar ini, saya bertemu dengan terlalu ramai usahawan Melayu. Ramai dikalangan mereka yang sudahpun berjaya. Seronok rasanya.

Antara yang menyebabkan saya rasa teruja adalah bila saya berjumpa dengan seorang anak muda yang buat bisnes online, tapi memperoleh pendapatan RM10,000 sebulan. Itupun buat part time. Tersentap saya Dr.

3 hari bersama DAO sepanjang AMP, benar benar membuka minda saya. Memberi satu persepsi baru kepada saya mengenai perniagaan.

Selepas Pulang Dari Seminar AMP

Selepas pulang dari AMP, saya sakit kepala. Terlalu banyak ilmu yang saya pelajari dari DAO pada waktu itu, tapi saya tak tahu nak buat apa.

Sebelum ini, saya menghadapi kesukaran untuk menjual baja tahi ayam. Saya apply teknik banner untuk mencari pelanggan.

Tiba tiba, tanpa disangka. Permintaan melebihi pengeluaran. Terlalu ramai yang order baja tahi ayam daripada saya sehingga saya tak mampu nak supply. Akhirnya, saya terpaksa mencabut balik beberapa banner untuk mengurangkan masalah saya yang tidak mampu supply.

Pada waktu itu, saya terfikir.

"Aku nak testlah ilmu ilmu DAO yang lain dalam bisnes lain. Kalau aku guna satu strategy ni dah berkesan. Kalau aku guna banyak strategy, mesti lagi berkesan."

Saya nak cuba buat bisnes lain pada waktu itu. Saya teringat pesan DAO di dalam AMP.

"Sekarang ni, kalau nak buat bisnes. Dah boleh mula buat bisnes dengan modal yang kecil melalui Online. Kalau anda tak ada produk, anda boleh mula menjual produk orang lain."

Kata kata DAO ini memberi satu idea kepada saya.

Saya nak cuba buat bisnes secara online. Saya tahu, kalau saya buat bisnes online, saya tak perlu buka kedai. Saya tak perlu ada pekerja. Saya tak perlu ada kos operasi yang tinggi. Saya tak perlu ada produk sendiri, saya boleh jual produk orang lain.

Yes, that's a good way to start a new business. Saya memang nak cari bisnes yang tak ada modal.

Pada waktu itu, tersemat di dalam hati saya. "Aku nak buat bisnes online betul betul. Aku nak apply betul betul apa yang DAO ajar aku dalam kelas. Aku nak tengok, betul tak ilmu yang DAO ajarkan ni."

Saya yakin, kalau saya boleh buat bisnes ni. Ramai lagi orang lain yang dapat saya bantu. Saya tahu, ramai orang di luar sana yang nak buat bisnes. Tetapi, mereka tak tahu nak buat bisnes apa. Mereka nak buat bisnes, tetapi mereka tak ada modal. Saya rasa sangat bertanggung jawab untuk menyelesaikan masalah mereka ini.

Menghadiri Intensif Jutawan Industri

Oktober 2012, saya menghadiri Seminar Intensif Jutawan Industri. Sejujurnya, banyak ilmu baru yang saya pelajar di situ.

Saya nampak jalan pintas untuk saya berjaya dalam bisnes. Kombinasi ilmu dari AMP dan IJI, jika digabungkan pasti dan pasti akan meletupkan sesuatu perniagaan.

Memulakan Bisnes Online

Dr Azizan Osman,

Disebabkan saya sibuk menguruskan ternakan ayam saya. Saya meminta isteri saya yang menjalankan perniagaan secara online ini.

Tetapi, disebabkan beliau belum menghadiri seminar DAO lagi. 'Biawaks-biawaks' terlalu banyak dalam diri beliau.

"Malula...."
"Tak pernah berniagalah.."
"Nanti kalau orang tak beli macam mana?"
"Susahlah..."
"Sibuklah..."
"Mana ada masa..."

Apa lagi alasan dia tak bagi. Semua beliau bagi. Memberi 1001 alasan untuk tidak berniaga.

Tetapi, setelah di'clorox'kan otak isteri saya. Beliau setuju untuk memulakan perniagaan secara online pada November 2012. Suka saya kongsikan DAO, isteri saya memang tak minat buat bisnes sebelum itu. Bahkan, beliau langsung tak pernah menjual hatta sebatang pen sekali pun.

Memilih Jenis Perniagaan

Isteri saya mula bersetuju untuk nak buat bisnes online. Persoalannya, kami nak buat bisnes apa?

DAO jua ada berpesan. "Kalau nak menjual, jangan menjual. Tapi berkongsi. Kongsi apa yang kita guna"

Pada waktu itu, isteri saya sedang menggunakan produk Shaklee semasa hamil, bersalin dan juga menyusu. Jadi, beliau berhasrat untuk memulakan perniagaan ini secara online.

Setelah dikaji kaji, saya rasa Shaklee satu peluang yang baik untuk dicuba. Ia memenuhi 'syarat' yang saya mahukan

Saya nak cari bisnes dengan modal yang kecil.

Saya nak isteri saya buat secara part time.

Saya nak isteri saya buat dari rumah sahaja.

Saya tak nak buka kedai.

Saya nak buktikan, dengan ilmu yang DAO ajarkan dalam AMP. Saya boleh menjana keuntungan yang banyak.

Saya nak buktikan kepada orang ramai. Buat bisnes lebih mudah kalau kita tahu caranya..

TETAPI, SAYA ADA MASALAH

Shaklee adalah MLM. Dan untuk pengetahuan DAO, saya benci MLM pada waktu itu. Bahkan, saya pernah Taubat Nasuha yang saya tak akan buat bisnes MLM lagi. Dah banyak kali saya kena tipu sebelum ini bila buat bisnes MLM.

Cakapla MLM mana, semua saya dah join. Axxxxxx, Exxxxxxx, Cxxxxxx. Semua saya dah cuba. Tapi, bukan duit bertambah. Tetapi duit semakin berkurang sebab asyik beli produk saja.

Inilah yang akan berlaku bila kita buat bisnes, tetapi kita tak ada mentor dan tak ada ilmu cara 'menjual' dengan betul.

Since wife saya nak buat Shaklee, saya rasa oklah. Not bad. Modal pun baru RM75. Then, dah boleh start menjual. Produk pun dah ada. Saya tak perlu ada produk sendiri.

MLM pun MLM lah.Tapi, kali ini saya nak apply konsep yang DAO ajarkan di dalam AMP dahulu.

Teknik Yang Saya Apply

DAO, 423 teknik yang DAO ajarkan. Kalau saya apply semua, pasti huru-hara lah saya. Sebagai permulaan. Saya apply dua teknik sahaja.

Iaitu perkongsian di Facebook dan juga di blog sahaja. Saya apply teknik Online Presence yang selalu DAO tekankan di dalam AMP dan juga IJI.

Saya juga gunakan beberapa teknik marketing secara offline yang simple simple sebagai permulaan.

Tapi, kali ini. Di kepala saya dan isteri dah lain. Kalau dulu, berniaga sebab nak untung.

Tapi kali ini saya terapkan dalam kepada isteri saya.

"Kita berniaga, niat kita nak bantu orang lain. Nak permudahkan hidup orang lain. Nak selesaikan masalah orang lain. Bukan sebab nak untung." 

Bila diamalkan prinsip ini. Cara kami approach orang dah berbeza. Jika dahulu kami macam nak menjual. Sekarang lebih kepada nak membantu. Cara cakap, nada, intonasi. Semuanya dah berbeza,

Kami lebih nak membantu menyelesaikan masalah orang. Bukan nak 'menjual' kepada dia.

Di Facebook, isteri saya hanya berkongsi sahaja. Langsung tidak menjual. Teknik yang sama saya apply di blog ini. Kami hanya berkongsi.

Tetapi, ada lah 'rahsia' teknik berkongsi yang saya amalkan yang saya tak boleh dedahkan secara terbuka di sini. Cukuplah saya katakan, saya kongsi seperti mana yang DAO ajarkan di dalam kelas AMP dan IJI dahulu. Online Presence - Online Presence -Online Presence. Itu yang sangat penting.

Kesannya

Subhanallah. Kesannya. Sangat sangat superb. Fantastic. Bombastic.

Hidup isteri saya mula huru hara. Semakin ramai pelanggan yang menghubungi beliau melalui emel, whatsapp, SMS dan Facebook.

Selepas 4 bulan buat bisnes online ini. Isteri saya memberi tahu saya, "Abang, sayang rasa sayang nak berhenti kerja la. Dah tak senang nak kerja sekarang ni. SMS masuk tak berhenti. Dah tak boleh nak focus kerja di kilang"

Alhamdulillah. Selepas 6 bulan buat bisnes secara online. Isteri saya terpaksa berhenti kerja.


Setakat ini, saya masih belum mengeluarkan sebarang modal untuk menjalankan perniagaan ini. Saya cuma mengeluarkan RM75 untuk pendaftaran, RM42 untuk 200 keping flyers. Itu sahaja.

Saya lebih suka guna medium yang percuma iaitu Facebook dan juga blog. Saya nak buktikan kepada orang ramai, buat bisnes lebih mudah kalau kita tahu caranya.

Menghasilkan Ebook

Selepas terpaksa berhenti kerja. saya apply teknik yang saya pelajari di IJI. Saya hasilkan Ebook "Sorry Boss!!! Saya Terpaksa Berhenti Kerja".  Ebook ini setebal 148 muka surat.

Saya kongsi pengalaman isteri saya buat bisnes secara online dan terpaksa berhenti kerja selepas 6 bulan. Tajuknya pundah sentap. Saya berikan ebook ini secara percuma kepada orang. Kalau DAO nak ebook ni, Dr boleh download di www.ebookniaga.com/sorryboss/maria.

Buat setakat ini, tak ramai yang dah download , sekitar 4000-5000 orang sahaja yang dah download ebook ini. Dan jumlah semakin bertambah setiap hari.

Agak agak DAO apa kesannya? Huru-huru hara-haralah jawapannya.

Selepas terhasil ebook ini, macam yang DAO pesan. Saya dah tak perlu focus kepada nak jual produk. Tetapi saya hanya focus macam mana nak 'sebarkan' ebook ini sahaja.

Saya mula buat FB Ads untuk sebarkan ebook ini secara percuma kepada orang ramai. Bertambahlah huru haranya.

Isteri saya terpaksa mengambil seorang pembantu untuk membantu menguruskan perniagaan ini. Membantu untuk handle customer dan pendaftaran agen agen baru.

Seminar

Dalam IJI, DAO pesan untuk buat Seminar. Saya tak mampu nak anjurkan seminar. Tetapi, apa yang saya buat. Saya join seminar yang dianjurkan oleh orang lain. Saya berkongsi pengalaman saya dalam perniagaan di dalam seminar tersebut.

                                        

Dr, sama tak kerusi kita? Saya sanggup pergi beli kerusi yang sama semata mata nak 'copy' apa yang Dr buat. Saya rasa, lepas ada kerusi ni, baru senang. Kalau tak nak berceramah 8 jam. Cramp kaki saya Dr. Ada kerusi sedikit sebanyak membantu mengurangkan penggunaan tenaga saya.

DAO, tengoklah Ebook yang saya tulis. Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang. Saya dah bagi Jerry baca manuskrip. Tapi, Jerry diam aje. Mungkin tak cukup spec Azizan Osman Publication kot. Kalau DAO nak, nanti saya emelkan kepada Dr manuskripnya ok. Dah ramai sangat yang baca Ebook saya tu. Ramai yang kata ebook ni bagus. Untuk pengetahuan Dr, saya buat tawaran istimewa ebook ini di www.rahsiapelajarcemerlang.com 

Saya buat ceramah motivasi keusahawanan. Semuanya untuk 'memberi' motivasi kepada orang ramai bahawa. Nak buat bisnes lebih mudah kalau kita tahu caranya.

Selepas Setahun Menjalankan Perniagaan

Syukur Alhamdulillah. Saya rasa sangat bersyukur. Saya rasa sangat gembira.

Allah banyak membantu saya.

Sekarang, bisnes semakin rancak. Berkembang dengan sangat baik. November 2013. Genap setahun selepas memulakan perniagaan. Isteri saya dan agen agennya berjaya membuat Sales sebanyak RM360,000 sebulan. Dan jumlahnya dijangka meningkat setiap bulan berdasarkan trend semasa.

Yang paling best, selepas menggunakan teknik yang DAO ajarkan, kami tidak perlu mencari pelanggan, tetapi pelanggan yang mencari kami. Kami tidak perlu mencari agen, tetapi agen  yang datang untuk menyertai kami.

Alhamdulillah. Syukur sangat sangat.

Siapa sangka, isteri saya dulu seorang yang sangat pemalu. Sekarang dah jadi seorang yang peramah. Dulu tak pernah nak buat posting di Facebook. Asyik baca posting orang sahaja.

Dulu isteri saya pakar untuk melariskan jualan orang lain. Sekarang dah berjaya melariskan barangan sendiri.

Interview Dari Richwork

Alhamdulillah. Selepas menghadiri IJI baru baru ini. Semasa berkongsi pengalaman dalam sessi Mastermind Group Coaching di Kelab Golf Sultan Sulaiman. Saya berkongsi apa yang saya dah buat dengan ilmu ilmu yang DAO ajarkan



Minta maaf yer Dr. Saya ambil gambar dalam dewan. Tapi ini selepas dah habis program. Bukan apa, nak ambil semangat. Nak bagi motivasi. Supaya satu hari nanti saya pun jadi seperti DAO juga.

Perkongsian saya ini mencuit hati Jerry. Akhirnya, Jerry beritahu Iqram. "Iqram, ambil contact abang ni buat testimony."

Terpaksalah menjalani rakaman video sebagai testimony peserta AMP. Kisahnya saya ada tulis DI SINI.

Testimoni Di Harian Metro

Dr Azizan Osman,

Saya ucapkan terima kasih kepada DAO dan Richworks kerana memilih saya sebagai testimoni peserta AMP.




Hari ini, 8 Disember 2013 artikel mengenai saya dimasukkan ke dalam Harian Metro.

Gambar saya turut dimuatkan di dalam Page Alumni & Bakal Alumni Dr Azizan Osman.

Penutup

Akhir sekali, saya ucapkan jutaan terima kasih kepada DAO. Dr banyak membantu saya. Dr banyak memberi tunjuk ajar kepada saya.

Benarlah apa yang Dr katakan sebelum ini. Jika sebelum ini, ia hanya satu teori buat diri saya. Tetapi sekarang ia sudah tersemat dalam diri saya.

1. Jangan berniaga sebab nak jadi kaya. Berniagalah sebab nak bantu orang lain, nak permudahkan hidup orang lain, nak selesaikan masalah orang lain. Nak tambah nilai hidup orang lain. Nanti terpaksa jadi kaya.

2. Kalau nak kaya, bantu orang lain untuk jadi kaya. Nanti terpaksa jadi kaya.

3. Jangan menjual, tetapi. Berkongsilah...

Ucapan Terakhir Buat Dr Azizan Osman

Buat guruku, saya doakan DAO seisi keluarga dan Richworks sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah. Dipermudahkan segala urusan di dunia dan di akhirat.

Semoga DAO diberi ganjaran syurga tanpa dihisab.

Cukuplah dulu warkah saya untuk kali ini. Saya mohon DAO doakan untuk saya juga. Semoga saya juga akan berjaya suatu hari nanti.

Wassalam.

Salam Sayang Dari Anak Murid,
Mohd Firdaus Bin Mat Saad

Add Saya Di Facebook : MOHD FIRDAUS MAT SAAD

Sejujurnya, saya tak pasti sama ada DAO akan baca warkah ini atau pun tidak. Tetapi, saya tak kisah. Saya cuma nak kongsi dengan anda ilmu yang saya pelajari dan saya amalkan.

Jika anda terinspirasi dengan warkah ini, mohon anda tekan LIKE Button di bawah ini. Semoga ia mampu memberi inspirasi kepada lebih ramai orang lain selepas ini..

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top