Assalamualaikum,

Syukur Alhamdulillah, bersyukurlah kita atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita semua.

Salah satu cara untuk bersyukur adalah dengan lebih banyak memberi. Apa sahaja kelebihan dan kemampuan yang Allah kurniakan kepada kita. Kita gunakan untuk menambah nilai hidup orang lain. Kita permudahkan hidup orang lain. Kita selesaikan masalah orang lain. Itu salah satu tanda kita menjadi hamba yang bersyukur.

Dalam hidup saya, saya sering berfikir.

"Apa yang aku boleh lakukan untuk menambah nilai hidup orang lain?"

"Apa amalan yang aku dah buat hari ini untuk mendapat pencen kubur bila aku mati nanti?"

Alhamdulillah, Allah mengurniakan saya kemampuan yang tak ramai orang memilikinya.

Disebabkan saya berkerja sendiri, Allah memberikan kelapangan masa kepada saya untuk menulis. 

Maka, dikelapangan yang Allah kurniakan ini. Saya menggunakan sedikit masa saya untuk menulis satu perkongsian hidup saya semasa saya menjalani ibadah haji dahulu.

Haji Di Usia Muda

Sebelum ini, ramai rakyat Malaysia beranggapan haji hanya untuk orang tua. Ramai orang muda tak pernah fikir pun bila mereka akan menunaikan haji. Lebih menyedihkan, kalau mereka belum mendaftar haji.

Saya sangat bersyukur kerana Allah memilih saya dan isteri untuk menjadi Tetamu Allah untuk menunaikan haji pada usia muda.

Ia sesuatu yang tak pernah saya fikirkan sebelum ini. Ini kerana saya juga mempunyai mentaliti yang sama seperti keramaian rakyat Malaysia yang lain, iaitu haji boleh ditunaikan selepas pencen nanti.

Alhamdulillah, Allah menghantar seseorang kepada saya untuk 'menggerakkan' hati saya untuk menunaikan haji di usia muda. Saya bukan orang kaya. Saya juga mungkin sama seperti anda. Memperoleh pendapatan yang sederhana. 

Namun, saya merasai satu keajaiban apabila saya mula memasang niat untuk menunaikan haji. Bila saya mula mengumpul wang untuk menunaikan haji, Allah mempermudahkan segala urusan saya.

Bisnes saya memberikan keuntungan yang semakin tinggi. Semuanya berlaku secara tiba tiba. Allah mula menghantar rezeki kepada saya dari pintu yang tidak disangka sangka. Inilah barakah yang Allah berikan bila kita memasang niat untuk menjadi tetamu Nya.

Pengalaman Haji Yang Sukar Dilupakan

Sebelum memulakan perjalanan haji lagi, saya sudah menanam azam. Saya mahu berkongsi pengalaman haji saya ini dengan sahabat sahabat saya yang lain.

Sebab itulah, sepanjang perjalanan saya menunaikan haji, saya tidak lupa mengambil gambar. Bermula dari mengikuti kursus asas haji, kursus perdana haji, perjalanan pergi ke Tanah Suci, setiap gambar di sana, di Madinah, di Mekah, di Arafah, di Muzdalifah, di Mina dan di merata rata tempat lain lagi.


Kenangan : Gambar ketika perjalanan untuk melontar.


Batu jamrah, tempat untuk melontar

Semuanya saya ambil untuk memastikan saya dapat berkongsi dengan anda sedetail mungkin perjalanan haji yang telah saya lalui.

Bagi saya, ramai anak muda di Malaysia tidak berpeluang melalui apa yang saya lalui. 

Ada yang nak pergi, tapi tak mempunyai wang yang cukup. 

Ada yang mempunyai wang, tetapi tidak tahu cara untuk pergi dengan lebih cepat.

Ada juga jemaah yang nak pergi menunaikan haji, tetapi mereka berasa 'takut' kerana merasakan haji ini terlalu sukar. 

Sebab itulah saya merasakan saya perlu menulis ebook ini. Semua pengalaman saya dikongsikan dengan anda kerana saya tak mahu berasa takut untuk menunaikan haji. Sebenarnya, haji tak lah sesukar yang anda sangkakan.

Dan jika boleh, saya nak sangat anda pergi menunaikan haji pada usia muda. Sebabnya, anda akan ketahui selepas anda baca ebook saya ini.


Keadaan di Arafah. Cuba anda perhatikan, kebanyakkan jemaah adalah dari warga emas. Mengapa tidak kita menunaikan haji di usia muda?

Haji Itu Mudah

Di dalam ebook saya ini, saya berkongsi dengan anda perjalanan haji saya. Step by step. Bayangkan, setiap tata cara haji itu saya sertakan dengan gambar. Ini bagi memastikan anda dapat bayangkan apa yang saya lakukan sepanjang perjalanan haji itu.


Di samping gambar gambar real, saya juga menyelitkan susun atur perjalanan haji dalam bentuk gambar sebegini agar anda lebih faham perjalanan haji yang bakal dilalui.

Saya tak nak anda faham teori semata mata. Saya mahu anda dapat menyaksikan apa yang dikatakan perjalanan haji itu.

Ia tersangat mudah. Jika anda baca, insya Allah. Anda akan dapat gambaran yang sangat jelas perjalanan haji tersebut.

Mesti Sedarkan Orang Lain

Bagi saya yang sudah menunaikan haji, saya rasa saya bertanggung jawab untuk menyedarkan orang lain bahawa sangat penting untuk kita 'ambil' berat Rukun Islam yang ke 5 ini. Jangan kita memandang enteng dengan amalan haji ini.

Insya Allah, jika anda menunaikan haji. Inilah saat yang paling manis dalam hidup anda. Anda akan merasakan seperti 'dilahirkan' semula.

Pengalaman ini tersangat indah dan tak dapat dizahirkan dengan kata kata.

Travelog Kembara Haji Di Tanah Suci - Pengembaraan Mencari Redha Illahi

Hari ini, saya dengan suka citanya ingin mempersembahkan kepada anda. Hasil karya saya sendiri, Ebook "Kembara Haji Di Tanah Suci - Pengembaraan Mencari Redha Illahi".

Tahukah anda, Ebook ini setebal 829 muka surat. Ia sarat dengan gambar, penceritaan dan  penuh dengan kisah pengajaran yang saya kutip semasa menunaikan haji.


Mengapa ia sangat tebal? Sebab saya mahu memastikan anda dapat mengikuti perjalanan haji saya ini dengan selengkap mungkin. 

Saya mahu anda faham dan dapat menghayati perjalanan haji ini sebaik mungkin.

Bagaimana Untuk Mendapatkan Ebook Ini?

Sebenarnya, saya dah transform ebook ni dalam bentuk blog. So anda boleh baca secara percuma.

Ada 101 episod kesemuanya, saya menceritakan dengan sangat detail. Semoga bermanfaat.

Baca di sini yer : www.perjalananhaji2011.blogspot.my

Wassalam

Haji Mohd Firdaus Mat Saad
www.mariafirdaus.com.my

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top