Assalamualaikum,

Rasanya, blog ni dah lama tak kena sentuhan jari jemari saya. Mungkin ada seorang dua di antara anda yang dah berkali kali datang ke blog saya dan tanya.

"Kenapa Firdaus dah lama tak update blog? Dia sihat tak?"

Jawapannya. 

"Alhamdulillah, saya sihat. Cumanya sangat sibuk.

Minggu ini jadual saya tersangat pack. Segalanya bermula dari minggu lepas.

Advanced Marketing Power 2014

Tahukah anda, saya salah seorang student Dr Azizan Osman. Dan saya sangat meminati apa yang beliau kongsikan dalam setiap seminar beliau.

Untuk pengetahuan anda, AMP kali ini adalah AMP yang ketiga yang saya pernah hadir. Setiap tahun saya akan hadir ke program AMP bagi mempertajamkan lagi skill marketing saya.

Kali pertama saya hadir tahun 2012, kemudian kali kedua tahun 2013 dan kali ketiga tahun 2014.

Sejujurnya, untuk setiap kali program. Ada saja ilmu baru yang saya pelajari dari segi marketing.

Gambar Sepanjang Program AMP 2014

Hari pertama saya ke program AMP yang bertempat di The Mines Exhibition Hall di Seri Kembangan, kenderaan jamm tersangat teruk.

Saya rasa teramat sukar untuk saya bergerak menuju ke The Mines. Kalau tak silap saya, kenderaan mula jamm 1-2 kilometer dari tempat program. Saya salah seorang yang menambah 'jamm' tersebut.


Baru tiba berhampiran kawasan The Mines. Masalah seterusnya. Nak cari tempat parking. Allahuakbar. Bukan senang nak cari. Terpaksa parking dekat Shopping Complex walaupun parking di situ lebih mahal.


Saya yang baru tiba di tempat program. Bagi saya, tempat ini sangat selesa dan sangat besar berbanding tempat tempat lain sebelum ini. Lebih luas, lebih mudah untuk menguruskan pelbagai perkara. Lebih banyak 'kedai' makan, toilet lebih banyak. Pendek kata, sangat bagus.


Ketika lunch. Saya bergambar bersama dengan Tauke Kedai Pakaian Online Kanak Kanak. Baju baju yang beliau jual sangat cantik dan pada harga yang sangat berpatutan.

Insya Allah, kalau berkesempatan, saya akan berkongsi dengan anda 'kedai' online beliau di blog ini satu hari nanti.



Bila tiba di sana, saya terkejut tiba tiba saya tengok gambar saya ada di sana. Semoga kisah saya ini dapat memberi inspirasi kepada mereka yang lain.


Ayat ni yang 'mahal'. Haha... 'Terpaksa' berhenti kerja. Fuh....Tu yang tak leh tahan.


Berjumpa dengan team saya di sana. 


Ini adalah Program Advance Platinum oleh Dr Azizan. Alhamdulillah, saya dah register untuk program Platinum ini.


Di sana, saya bertemu dengan ramai kawan kawan saya. Antaranya, Pakar FB Ads, Md Latif. Pakar Internet Marketing, Arham. Pakar Offline Marketing. Hafiz dan pasangan masing masing.


Bertemu dengan sahabat sahabat saya di alam maya. Jangan sentap ok. Saya pakai baju kuning tu. Hehe.... Sesekali. Apa salahnya.


Feedback daripada para peserta AMP yang ditulis di board.


Antara komen para peserta.


Bertemu dengan anak didik saya dalam bisnes online. Alhamdulillah, saya lihat banyak perubahan dalam hidup beliau selepas menghadiri AMP ini.


Bertemu Dr Melinda dan suami. Beliau antara rakan bisnes yang mendapatkan khidmat consultation daripada saya. Bagaimana membantu beliau dalam perniagaan online.


Kawan kawan alam maya. Akhirnya kami bertemu di alam nyata. :)


Hari terakhir, saya Arham, Md Latif dan Hafiz bertemu untuk berbincang apa yang kami boleh lakukan untuk memajukan perniagaan kami selepas ini.

Apa Yang Saya Pelajari Dari AMP?

Sejujurnya, apa yang dipelajari daripada AMP kali ini tidak banyak perbezaan dengan apa yang saya pelajari dari AMP yang terdahulu.

Saya tidak salahkan Dr Azizan Osman. Lagipun, majoriti yang join AMP kali ini adalah peserta baru. Jadi, ini semua mungkin akan menjadi 'ilmu baru' buat majoriti peserta.

Tapi, saya tetap gembira. Ini kerana saya dapat refresh ilmu yang telah saya pelajari dahulu.

Disebabkan saya dah pernah menghadiri 2 Seminar AMP sebelum ini, Alhamdulillah. Ilmu saya dalam bidang marketing boleh dikatakan Alhamdulillah. 

Setakat hari ini, dah ramai sahabat yang saya bantu untuk memajukan perniagaan mereka melalui sessi personal consultation yang saya jalankan terhadap mereka.

Saya dapati, bisnes mereka berkembang dengan baik. Syukur Alhamdulillah.

Bertemu Pembaca Blog

Semasa saya di AMP, saya bertemu dengan ramai orang. Ada ramai orang yang sebelum ini merupakan pembaca blog ini buat kali pertamanya mereka 'terserempak' dengan saya.

Mereka menegur saya. Terima kasih saya ucapkan kerana sudi tegur saya.

Saya mohon maaf sekiranya saya tak sempat nak 'bersembang' lama dengan anda. Harap anda tidak berkecil hati dengan saya.

Perkara Yang Menyentuh Hati Semasa Di AMP

Semasa saya di sana, hati saya tersentuh apabila bertemu dengan seorang pembaca blog saya. Beliau seorang wanita. Beliau OKU.

Beliau hadir ke program ini bersama dengan seorang sahabatnya yang sentiasa membantu beliau dalam banyak perkara.

Allah memberi kesempurnaan kepada beliau dari segi fizikal kecuali Allah tidak memberi kepada beliau nikmat penglihatan.

Semasa kali pertama saya bertemu dengan mereka berdua, saya dapat merasakan yang wanita  disebelah orang yang menegur saya ini ada masalah penglihatan. Di tangan beliau, saya nampak ada tongkat kecil.

Sahabat yang membimbing beliau menegur saya kerana beliau pembaca blog ini. Beliau teruja untuk belajar dengan saya cara buat bisnes Shaklee dengan betul.

Kami berbual seketika, namun tak terlalu lama kerana masa sangat suntuk waktu itu.

Pada sebelah petang, saya 'terserempak' dengan mereka berdua sekali lagi. Waktu itu, saya ajak mereka pergi makan.

Tetapi, mereka menolak dengan baik. 

"Alah, jom la kita pergi makan sekali. Saya belanja."

Saya rasa berbesar hati nak belanja mereka kerana saya suka dengan mereka. Saya suka melihat semangat dan kekuatan mental adik yang ada masalah penglihatan itu. Saya juga kagum dengan semangat menolong yang ada pada sahabat beliau.

Sejujurnya, saya mungkin tak ada 'kekuatan' yang begitu tinggi untuk membantu orang lain. 

Mereka mengalah dan mengikut saya. Di luar dewan, saya ternampak ada orang menjual nasi. Saya membeli nasi buat mereka berdua. 

Semasa makan, saya bersembang dengan mereka berdua. Walaupun saya baru pertama kali bertemu mereka, saya rasa sangat selesa bersembang dengan mereka. Macam dah pernah jumpa sebelum ini.

Mungkin sebab mereka pengikut blog saya. Mereka siap boleh berkongsi dengan saya apa yang saya tulis di blog saya.

Dan yang best, bila sahabat beliau yang OKU penglihatan cakap. "En Firdaus, saya kagum dengar En Firdaus cakap dalam video testimoni yang Dr Azizan buat tu. Macam hebat En. Firdaus ni."

Saya terkejut. Tak sangka, walau pun tak boleh tengok. Tapi beliau mendengar apa yang saya kongsikan di dalam video tersebut.

Di sebabkan saya nampak beliau sangat selesa berbual dengan saya. Akhirnya, saya bertanya kepada beliau mengenai keadaan kehidupan beliau.

"Adik, kenapa adik datang ke program ini?"

"Saya datang. Nak dengar, apa yang saya boleh buat untuk nak majukan diri saya."

Allahuakbar. Pada waktu itu, hanya Allah sahajalah yang tahu perasaan saya.

Jauh di sudut hati saya, saya rasa sebak. Saya rasa kagum dengan semangat beliau. Saya rasa bangga, beliau tidak menjadikan masalah penglihatan beliau sebagai asbab untuk beliau tidak berusaha.

Pada waktu itu, di wajah saya terukir sebuah senyuman. Tetapi, di hati saya 'air mata' saya berlinangan.

Saya kagum melihat beliau yang tidak menjadikan kekurangan dalam diri beliau untuk tidak berusaha bagi memajukan diri.

Kemudian, saya berbual dengan mereka mengenai bisnes Shaklee. Kawan beliau yang selalu bantu beliau buat bisnes Shaklee. So, mereka ingin mendapatkan beberapa tips daripada saya.

Kemudian, saya berbual dengan adik OKU ini. Saya saja nak tahu mengenai kisah kehidupan beliau. Biasanya saya tak berani tanya soalan ini. Sebab mungkin ia satu isu sensatif bagi sesetengah orang. Tetapi, di sebabkan saya nampak adik yang OKU ini mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi. Saya rasa mahu tahu lebih detail mengenai kehidupan beliau.

"Adik, selalunya kalau adik nak pergi ke satu satu tempat macam mana? Adikkan tak nampak."

"En Firdaus. Syukur sangat. Saya ada kawan. Kawan saya Anis ni lah yang selalu bantu saya. Dia rakan sekerja dengan saya. Dah bertahun tahun, Anis ni lah yang banyak sangat tolong saya."

Allahuakbar. Kali ini, hati saya tersentuh dengan kebaikan Anis pula.

Bagi saya, bukan mudah untuk seseorang diberi kekuatan untuk membantu orang lain seperti yang Anis lakukan.

"Dalam banyak perkara, kalau saya nak gerak ke mana mana. Anis la yang banyak membantu."

"Baiknya Anis. Semoga Allah bagi ganjaran syurga untuk Anis. Saya suka la, Anis suka tolong orang. Bukan semua orang mampu buat macam yang Anis buat."

Kemudian, saya bertanya kepada mereka.

"Korang datang berdua saja ka?"

"Tak, kita orang datang dengan suami."

Alhamdulillah. Rupanya, adik yang OKU ni pun sudah berkahwin.

"Suami saya pun OKU juga En. Firdaus. Ada masalah penglihatan, sama macam saya juga."

Saya bertambah kagum.

"Habis tu, dia duduk dengan siapa sekarang?"

"Dia dengan kawan dia."

"Adik... Kalau saya tanya, jangan kecil hati yer" saya bertanya.

"Tak per, En Firdaus tanya saja. Saya ok."

"Dalam diri adik, ada rasa rendah diri tak. Maksud saya kurang keyakinan diri sebab ada masalah penglihatan ni."

"Tak lah En Firdaus. Saya dah biasa. Saya bersyukur dengan apa yang Allah bagi kat saya"

Sebak hati saya mendengarnya.

Kemudian saya bertanya.

"Adik cakap tadi adik kerja, kerja di mana? Lepas tu, macam mana adik pergi kerja?"

Saya mahu tahu lebih detail mengenai adik ini.

"Saya tinggal di Putrajaya. Saya kerja pun di Putrajaya. Saya pergi kerja naik bas."

Fuh..... Semakin menarik. Terus saya terfikir, macam mana dia tahu nak naik bas yang betul. Macam mana nak turun bas. Macam mana nak jalan pergi ke pejabat.

"Adik, saya nak tanya. Betul ker, bila Allah tak beri nikmat penglihatan kepada adik, Allah beri ketajaman pendengaran dan kekuatan untuk menghafal untuk adik? Sebab, saya rasa adik mesti ada daya ingatan yang kuat untuk ingat jalan nak belok kiri atau kanan."

"Alhamdulillah. Betul tu. Saya keluar rumah sendiri pergi ke bus stop. Kemudian, saya naik bas sendiri. Saya akan cakap kepada driver bas di mana saya nak turun. Biasanya, driver bas dah tahu tempat saya nak turun. Lepas tu, saya akan gerak ke pejabat sendiri. Alhamdulillah, saya dah 'ingat' jalan untuk ke pejabat saya lepas turun bas" beliau berkongsi dengan saya.

"Suami adik kerja di mana pulak?"

"Oh.. Suami saya kerja di KL. Kerja urut tapak kaki. Dia pun pergi kerja di KL naik bas."

Allahuakbar. Kuat sungguh keazaman mereka. Mereka tidak menjadikan kekurangan dalam hidup mereka sebagai asbab untuk mereka tidak berusaha.

"Adik, biasanya. Macam mana adik nak membiasakan diri dengan sesuatu tempat? Di rumah ke, dekat tempat kerja ka? Macam mana yer..."

"Biasanya, kalau tempat baru. Saya kena ada orang bantu saya. Kena ada orang yang cakap benda ni di mana, benda tu di mana. Lama lama, saya akan ingat la. Lepas tu, saya dah boleh buat semua sendiri. Macam dalam rumah saya, semua barang saya tahu saya letak di mana. Saya boleh cari sendiri. Sebab dah biasa."

Subhanallah. Saya cuba mengikuti perjuangan hidup suami isteri yang OKU.

"Adik ada anak tak?"

"Ada. 1 orang. Anak saya dah Darjah 4," beliau menjawab.

Dari cara beliau jawab itu, saya nampak perubahan reaksi di wajah beliau yang kelihatan gembira bila saya tanya pasal anak. Seolah olah, satu tanda kesyukuran terpancar di wajah beliau.

"Minta maaf adik. Saya nak tanya. Anak adik tu ok ker? Maksud saya, ada masalah penglihatan tak?"

"Alhamdulillah. Dia ok. Sekarang dia dah Darjah 4. Dalam keluarga kami sekarang, dialah yang banyak bantu kami. Syukur sangat. Alhamdulillah."

Saya tumpang gembira dengan nikmat anak yang Allah berikan kepada beliau.

Teringat saya kepada maksud di dalam surah Al Insyirah, "Setiap kesusahan akan disertai dengan kesenangan"

Dua kali Allah mengulang ayat tersebut di dalam surah berkenaan. Mungkin, anak inilah kesenangan yang diberikan kepada mereka berdua selepas sekian lama hidup dalam 'kegelapan'. Anak ini memberi sinar cahaya buat mereka.

Tidak lama selepas itu, kami terpaksa membawa haluan masing masing kerana hendak menunaikan Solat Maghrib.

Sebelum berpisah. Saya memberi sedikit duit kepada sahabat yang membimbing beliau. Saya gunakan bahasa isyarat, "Berikan duit ini kepada adik ini."

Saya tak nak beri terus kepada beliau. Takut beliau tak nak terima.

Adakalanya, Allah mempertemukan kita dengan seseorang sebab Allah nak ajar kita banyak perkara.

Allah nak didik saya erti bersyukur. Bersyukur dengan nikmat mata yang Allah beri kepada saya.

Nikmat kesenangan yang Allah berikan kepada saya. Mungkin Allah nak 'uji' saya sebenarnya. Nak tengok sejauh mana saya nak bantu mereka.

Hidup sememangnya penuh dengan ujian. Semua ujian ini didatangkan kepada kita untuk menguji mana yang kuat dan mana yang lemah. Mana yang beriman dan mana yang tidak.

Semoga, Allah melimpahkan rahmat dan kasih sayang buat kedua dua adik yang saya temui ini. Semoga Allah merahmati mereka, memberikan yang terbaik kepada mereka. Dalam kehidupan mereka di dunia dan di akhirat.

"Life is like a book. Some chapters sad. Some happy. Some more exciting. But if you never turn the page, you will never know. What the next chapter holds"

* Kepada para pembaca sekalian, mohon agar kita semua dapat mendoakan kedua dua adik ini dipermudahkan hidup mereka. Di dunia dan di akhirat.

* Kepada adik Anis. Boleh tak hubungi saya di FB saya. Saya nak bantu Anis lagi supaya bisnes Shaklee Anis semakin berkembang walaupun kita berlainan group.

Inilah pengalaman yang sukar untuk saya lupakan semasa saya menghadiri program AMP kali ini.

Semoga semua ilmu yang saya peroleh dapat dimanfaatkan kepada orang lain.

Wassalam.

* Jika anda suka entri ini, mohon anda tekan LIKE button di bawah.

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top