Assalamualaikum,

Pada 18 Disember 2013 yang lepas, saya ada memaklumkan kepada anda di sini bahawa saya akan membuat kutipan dana untuk sumbangan belian kelengkapan peralatan persekolahan bagi anak anak orang susah dan anak yatim di Surau Kampung Kedah, Parit Buntar.

Alhamdulillah, syukur rasanya. Sambutan yang diberikan sangat sangat menggalakkan.

Jumlah kutipan yang diperoleh adalah RM1,468. Anda boleh semak kembali Print Screen Dari Akaun Maybank saya.


* Transfer pada 20 Disember berjumlah RM2000 tidak termasuk duit sumbangan. Ia adalah personal. So, jumlah kutipan adalah RM1,468.

Sumbangan Yang Diperlukan

Seperti yang saya nyatakan sebelum ini. Jumlah kutipan yang diperlukan adalah sekitar RM1,000 sahaja. Ini bagi menampung jumlah wang yang diperlukan bagi membiayai pembelian peralatan anak anak ke sekolah. 

Dari kawasan kampung saya, sekitar 27 orang anak anak bertuah telah dipilih untuk menerima sumbangan ini. Untuk pengetahuan anda, saya tidak terlibat dalam pemilihan anak anak ini. Saya hanya sekadar membantu menguruskan mendapatkan dana tambahan buat mereka.

Sebelum ini, pihak surau hanya memberikan wang tunai kepada ibu bapa untuk membeli barangan keperluan anak anak mereka ke sekolah. Namun, ada ibu bapa yang tidak menggunakan wang itu untuk tujuan tersebut.

Maka, tahun ini mereka mengambil pendekatan yang sedikit berbeza.

Mereka meminta ibu bapa membawa anak anak mereka ke sebuah kedai di Parit Buntar, dan mereka boleh pilih sebarang peralatan yang mereka mahukan untuk budget RM100 setiap seorang pelajar. Mereka diberi pilihan untuk memilih satu set persalinan pakaian anak mereka termasuk beg dan kasut sekolah. 

Alhamdulilah, dengan cara ini. Sumbangan yang kita berikan terus dituju kepada matlamat asal kita. Iaitu untuk membantu anak anak mendapat kelengkapan persekolahan yang terbaik.

Jom Tengok Gambar Gambar Di Kedai Tempat Pemberian Hadiah Berlangsung


Anak anak diberi pilihan memilih kasut sekolah yang mereka mahu.


Ibu bapa sibuk memilih baju sekolah untuk anak anak mereka.


Memilih baju dan seluar sekolah baru.


Kegembiraan jelas terpampang di wajah mereka. Mungkin ia kecil buat kita, tetapi besar jumlahnya buat  mereka..


Antara beg beg sekolah yang boleh dipilih oleh anak anak ini. Untuk makluman anda, kedai ini antara kedai yang memberikan tawaran harga yang terbaik pada kualiti yang baik. Sebab itulah kedai ini dipilih untuk menjadi tempat pembelian barangan keperluan sekolah anak anak ini.


Para ibu dan nenek sedang membuat pilihan buat anak dan cucu mereka.


Di tempat pembayaran.


Sebahagian daripada mereka yang telah menerima sumbangan. Jelas mereka rasa sangat bertuah diberi sumbangan ini.

Untuk makluman anda, saya tidak berada di tempat ini sewaktu majlis berlangsung. Saya ambil gambar ini daripada sahabat saya sahaja.

Ada Lebihan

Untuk makluman anda, jumlah kutipan yang diterima adalah RM1,468. Saya serahkan kepada wakil surau sebanyak RM1,000. Ini kerana jumlah ini sahaja yang mereka perlukan.

Selepas itu, ada seorang wakil dari sebuah sekolah anak yatim datang ke rumah saya untuk membuat kutipan derma bagi membeli barangan persekolahan anak anak yatim di sekolah mereka.

Saya menjadi wakil anda untuk memberi sumbangan sebanyak RM200 untuk sekolah anak yatim ini.

Sekarang, masih ada baki sebanyak RM268. Saya bercadang untuk cukupkan menjadi RM300. Kemudian, saya akan serahkan RM300 untuk diagihkan kepada beberapa anak anak yang kurang kemampuan untuk membeli peralatan persekolahan mereka.

Saya bagi pihak mereka mengucapkan jutaan terima kasih kepad anda atas sumbangan yang telah anda berikan. Semoga, sumbangan kecil kita ini akan menjadi pencen kubur yang besar buat kita di akhirat kelak.

Setiap saat anak anak ini memakai pakaian yang kita sumbangakan, setiap saat itu jugalah pahala kita berjalan. Semoga, ia sedikit sebanyak menjadi asbab untuk menyucikan harta kita.

Saya doakan, anda yang menderma sentiasa dilimpahi dengan rahmat dan kasih sayang daripada Allah. Di murahkan rezeki dan diberikan yang terbaik di dunia dan di akhirat.

Wassalam

2 ulasan:

  1. tentu seronok anak2 ni dapat peralatan baru...sedih tengok nasib anak2 susahkan..semoga nasib mereka terbela

    BalasPadam
  2. Assalam,
    Semuga dirahmati Allah.
    terlepas saya kali ini.
    AJ

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top