Assalamualaikum,

[ Sambungan : JUTAWAN PERLU DICIPTA ]

Mereka yang telah menjadi jutawan, mereka mempunyai ciri-ciri yang perlu kita contohi.

3) Mahir Berkomunikasi

Kualiti hidup kita bergantung kepada tahap kualiti kita berkomunikasi. Untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya, anda perlu mahir dalam berkomunikasi.

Orang yang mahir berkomunikasi, dia mampu untuk menjual pelbagai barang walau pun barang tu tak bagus.

Tetapi, orang yang kurang mahir dalam berkomunikasi, agak sukar untuk dia menjual walaupun barang yang dia ada tu tersangat bagus.

Jadi, kalau anda mahir berkomunikasi, pada masa yang sama anda ada barang yang bagus, tidak ada alas an mengapa bisnes anda tidak boleh pergi jauh.


Sebenarnya, bukan mudah untuk kita meyakinkan kebolehan kita kepada orang lain. Cara kita berinteraksi dengan orang lain akan menentukan sama ada kita boleh berjaya dengan mudah atau tidak.

Tahukah anda, ramai dikalangan mereka yang sudah berjaya sebenarnya mereka ini mempunyai kemahiran berkomunikasi yang sangat bagus.

Bukan mudah untuk kita 'close deal' dengan orang lain.

Adakalanya, kita hanya ada kurang dari 10 saat untuk meyakinkan orang dengan kebolehan kita. Cara kita cakap kemahiran kita dan kemampuan kita akan menentukan sama ada kita dapat 'close deal' atau tidak.

Masalah Ramai Orang Melayu

Biasanya, dalam kita berurusan dengan orang lain. Kita takut untuk meyakinkan pelanggan kita. Ada kalanya, permintaan pelanggan kita itu di luar bidang pengetahuan kita. Then, kita cepat cepat mengatakan yang kita tak boleh buat benda itu.

Kenyataan ini ada benarnya. Biasanya, apabila saya deal dengan supplier berbangsa Cina, mereka akan sedaya mampu berusaha untuk memberikan apa sahaja yang saya mahukan. Walaupun mereka tidak ada barang itu.

Mereka akan katakan yang mereka akan cari barang itu untuk saya. Dapat tak dapat barang itu, itu soal kedua. Yang penting, beliau awal awal  lagi dah janji akan carikan barang yang saya mahukan itu.

Kebiasaannya, mereka akan berusaha untuk mencari sehingga jumpa sebelum mereka menghubungi saya semula.

Bagi saya, kita sebagai usahawan harus berkomunikasi dengan cara yang terbaik dengan semua pelanggan kita. Kita mesti berikan yang terbaik.

Jangan sesekali kita lemah semangat dengan permintaan dari pelanggan  yang macam macam. Tapi kita kena belajar cara untuk handle pelanggan dengan baik.

Pengalaman Maria Dalam Perniagaan

Apa yang diajar oleh Dr Azizan Osman ini sering saya sampaikan kepada Maria yang buat bisnes online.

Walaupun selalunya Maria tak bercakap melalui telefon, saya sering memesan kepada Maria untuk berkomunikasi dengan baik dengan pelanggan walaupun  melalui emel dan mesej. Sentiasa jaga 'relationship' dengan customer.

Ini tersangat penting. Ini kerana pelanggan adalah 'key' dalam perniagan kita.

Tak kisahlah sama ada customer hanya sekadar mahu bertanya atau mahu membeli. Beli atau tidak, itu soal kedua. Yang penting, Maria mesti berikan yang terbaik kepada pelanggan.

Dah banyak kali saya tengok, ramai orang yang pada mulanya hanya sekadar mahu bertanya. Selepas itu berjaya di'convert'kan kepada jualan.

Maria mesti ingat prinsip asas untuk berniaga iaitu Maria berniaga bukan sebab kekayaan yang menjadi matlamat. Tetapi, berniaga untuk membantu menyelesaikan masalah orang lain. Untuk menambah nilai hidup orang lain. Untuk mempermudahkan hidup orang lain.

So, dalam apa jua keadaan. Sentiasa berkomunikasi dengan baik dengan pelanggan.

Kesannya, syukur Alhamdulillah. Perniagaan yang Maria jalankan berjalan dengan baik.

4) Kuasa Tindakan Yang Maksimum

Kejayaan adalah kombinasi daripada pelbagai aspek.

Tak guna jika kita hanya ada pemikiran yang luar biasa, emosi yang luar biasa, kita mahir berkomunikasi TETAPI KITA TIDAK MEMPUNYAI KUASA TINDAKAN YANG LUAR BIASA.

Semua aspek ini mesti selari.

Kita mesti mempunyai cara pemikiran, emosi, kebolehan komunikasi dan kuasa tindakan yang luar biasa.

Jika anda bertanya saya bila masa yang sesuai untuk anda bertindak?

Jawapan saya. SEKARANG.



It's NOW OR NEVER. Percayalah, bila lagi kita nak berubah. Bila lagi kita mahu kembangkan perniagaan kita ke tahap yang lebih tinggi.

Bila lagi kita mahu bertindak?

Sekaranglah jawapannya. Strike While The Iron Is Hot.      

 Jika kita hendak melentur besi, lenturlah ia ketika ia masih panas. Itu lebih mudah. Kalau dah sejuk nanti, agak sukar untuk kita melenturnya.

Bagi anda yang baru sahaja mengikuti Seminar Jutawan Industri, saya rasa inilah masa yang terbaik untuk kita semua bertindak. Kita sudah 'laburkan' sejumlah wang yang banyak untuk kita belajar di PWTC tempoh hari, sepatutnya ia menjadi 'wake up call' untuk kita semua.

Massive Action Massive Result,
Small Action Slow Result,
Fast Action Fast Result,
Slow Action No Result.

 
Kata-kata keramat dari tok guru. 

Percayalah, kita mesti bertindak dengan pantas. Orang yang berjaya, mereka bertindak dengan pantas.

Dalam kehidupan kita hari ini, kepantasan adalah tersangat penting. Jika kita bertindak pantas, insya Allah kita akan berjaya. Tetapi jika kita tidak bertindak dengan pantas. Saya khuatir kita akan ketinggalan suatu hari nanti.

Kalaulah selepas pulang dari seminar ini, kita masih bergerak dengan kelajuan yang sama seperti sebelum ini. Tak gunalah kita ber'bara-bara bere bere' di PWTC hari tu.

Jom !!!!! KITA BERTINDAK SEKARANG.

Perkongsian Pengalaman Maria Menjalankan Bisnes

Sebelum ini, hanya saya seorang yang pergi ke kelas Dr Azizan Osman. Maria pada peringkat awalnya langsung tak berminat.

Ini menjadi masalah besar buat saya. Bila kami tidak mempunyai frekuensi yang sama. Agak sukar untuk bergerak seiringan.

Pada peringkat awal Maria menjalankan bisnes online, Maria agak perlahan.

Biasalah, dia belum pernah dengar perkataan "Terhegeh-hegeh action, terhegeh-hegeh result". Sebab itu lah pada peringkat awal, progress Maria sedikit perlahan.

Sehinggalah satu hari, saya brainwash Maria mengenai keperluan untuk bergerak pantas. Barulah Maria berubah. Syukur Alhamdulillah.

Apa yang menariknya, Maria dapati hasil jualan dalam perniagaannya meningkat selepas bergerak dengan lebih pantas.

Perniagaan Maria semakin berkembang selepas dia sendiri menghadiri Seminar Berani Berniaga 2013 sebelum mendaftar untuk pakej Advanced Marketing Power 2013 di SACC, Shah Alam.

Selepas AMP 2013, Subhanallah. Bisnes Maria begitu pantas berkembang. Maria dengan pantas mengaplikasikan strategy yang dikongsikan oleh DAO sepanjang kursus 3 hari itu.

Dari perniagaan yang biasa-biasa, akhirnya ia menjadi perniagaan yang luar biasa.

Saya sebagai 'advisor' Maria dalam perniagaan online yang dia jalankan berasa seronok dengan result yang dihasilkan.

Banyak yang saya pelajar daripada apa yang saya dan Maria lalui ini.

Dalam hidup, jika kita berusaha dan bertindak dengan pantas. Kita akan lihat hasilnya dengan lebih pantas. Tetapi, jika kita terhegeh-hegeh bertindak, result kita jugak tidaklah seberapa.

So... bagi anda di luar sana. Pilihan di tangan anda. Tak guna anda belajar ilmu yang banyak tetapi anda langsung tidak bertindak.

Katakan kepada diri anda, "Saya Bertanggung Jawab Untuk Result Saya"

Semoga 4 tips asas bagaimana untuk menjadi jutawan ini akan memberi sedikit inspirasi kepada anda. Mudah mudahan anda selangkah lebih dekat untuk berjaya selepas ini.

Insya Allah, selepas ini saya akan kongsikan dengan anda tajuk seterusnya iaitu :

"Apa Yang Ingin Anda Capai Dalam Kehidupan?"

Sebelum saya sambung ke tajuk yang seterusnya, izinkan saya bertanya kepada anda.

Adakah anda serius mahu saya tulis entri yang berikutnya? Saya tak mahu saya syok sendiri menulis.

Jika anda mahu saya terus berkongsi, saya mohon anda tekan LIKE button di bawah ini.

Jika anda mampu memberikan 30 LIKES BUTTON untuk saya, ini menunjukkan anda benar benar mahu saya kongsikan tips seterusnya daripada Seminar Intensif Jutawan Industri ini.

Insya Allah, sokongan anda inilah yang akan memberi kekuatan kepada saya untuk terus berkongsi.

Yang Menulis,
Mohd Firdaus Mat Saad

Konsultan Dan Kontraktor Reban Ayam Daging Sistem Tertutup
Usahawan Ayam Daging
Penulis Buku
Konsultan Online Marketing

"Semoga Semua Perkongsian Ini Bermanfaat Untuk Kita Semua".

1 ulasan:

  1. Terima kasih Cikgu. Secara peribadi saya rasa sangat sedih sebab tak dapat pergi ke IJI baru2 ini. Syukur Alhamdulillah Tuan kongsikan dalam bentuk yang detail ini.

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top