Assalamualaikum,

[ Jutawan Perlu Dicipta ]

Inilah perkongsian pertama yang ingin saya kongsikan dengan anda.

Jika kita lihat disekeliling kita, mungkin ada seorang dua kenalan kita yang sudah pun bergelar jutawan. Ada yang bergelar jutawan pada usia yang sangat muda. Mungkin ada yang berusia 20-an. Mungkin ada yang berusia 30-an.

Jika kita bertanya kepada mereka? Adakah mereka dilahirkan tiba-tiba terus jadi jutawan atau mereka sebenarnya terpaksa berkerja keras sebelum mereka menjadi jutawan?

Sebenarnya, sebelum seseorang menjadi jutawan, pasti dan pasti beliau sudah pun berkerja keras sebelum itu untuk berjaya.

Jadi, jika kita mahu menjadi seorang jutawan, kita sepatutnya belajar daripada mereka. Kita sepatutnya bertanya kepada mereka bagaimana mereka sudah berjaya. Apa yang sudah mereka lakukan untuk berjaya?

4 Langkah Untuk Bergelar Jutawan

Ramai orang mahu menjadi jutawan. Tapi ramai dikalangan mereka yang buat kesilapan. Kesilapan utama mereka adalah mereka hanya ada impian untuk berjaya, TETAPI mereka tidak belajar cara yang betul untuk menjadi jutawan dengan cepat dan pantas.

Insya Allah, saya akan kongsikan dengan anda 4 langkah yang perlu kita ketahui untuk berjaya mengubah hidup kita untuk menjadi seorang jutawan yang bertakwa.

1. Berfikir Seperti Seorang Jutawan : Sentiasa Berfikiran Positif

Tahukah anda, perkara pertama yang perlu kita semua tekankan untuk menjadi seorang yang berjaya adalah dengan mempunyai pemikiran  yang positif.

Kita perlu belajar untuk berfikir seperti orang berjaya berfikir.

Cara para jutawan berfikir tidak sama dengan cara kita berfikir. Kalau caranya sama, sudah pasti kita pun sudah bergelar jutawan hari ini. Jika kita masih belum menjadi jutawan, ini bermaksud masih ada kesilapan dalam cara kita berfikir sebelum ini.

Tahukah anda, semua orang yang berjaya mempunyai pemikiran yang TERSANGAT POSITIF.



Always Positive

Apabila mereka mempunyai masalah, mereka tidak fikirkan masalah itu. Tetapi mereka berfikir macam mana mereka nak selesaikan masalah itu.

Orang yang gagal pula adakalanya hidup mereka dihimpit dengan pemikiran yang negative. Mereka ada masalah, mereka focus kepada masalah tersebut. Tetapi mereka tidak focus kepada penyelesaian masalah tersebut.

Kita ambil contoh, apabila seseorang itu mahu memulakan sesuatu perniagaan.

Cara Orang Yang Gagal Berfikir:

i. "Kalau aku berniaga nanti tak jadi macam mana? Malulah aku."
ii. "Siapa nak beli barang aku nanti?"
iii. "Alah... malulah aku. Nak kena jual barang sini sana."
iv. "Susahla... Kalau aku buat bisnes nanti nak kena bangun awal pagi. Lewat malam pun tak boleh tidur lagi."
v. "Kalau aku buat bisnes nanti aku jadi kaya, kalau kaya nanti orang ramai datang minta sedekah dekat aku macam mana?"

Cara Orang Berjaya Berfikir:

i. "Aku tahu apa yang aku nak buat ni susah, tapi pasti ada cara nak selesaikan masalah."
ii. "Aku mesti kena fikir macam mana cara nak bagi bisnes ni berkembang dengan pantas"
iii. "Kalau aku kaya nanti, seronok sangat. Aku boleh bantu lebih ramai orang lain lepas ni."

Sekarang ini, kita tak perlu melihat lebih jauh. Kita tanya diri kita. Di mana kita berada sekarang? Bagaimana cara kita berfikir.

Untuk berjaya, kita mesti mempunyai pemikiran yang positif. Jangan biarkan suara-suara biawak  berkeliaran dalam diri kita.

Untuk menjadi jutawan, kita mesti fikir kita mampu menjadi seorang jutawan. Kalau nak fikir pun tak mampu kita lakukan, macam mana kita boleh menjadi jutawan.

Kalau terdetik dalam hati kita, "Aku ni tak layak nak jadi jutawan". Pasti kita tak akan menjadi jutawan.

Sebabnya, Allah memberi kepada kita berdasarkan sangkaan kita kepada Nya. Jika kita sangka kita tak layak jadi jutawan, maka kita tidak akan menjadi jutawan. Kalau kita sangka kita akan jadi jutawan, insya Allah. Kita mampu untuk menjadi jutawan.

Ingat, "Apa yang kita fikir, apa yang kita rasa, apa yang kita cakap, apa yang kita buat, apa yang kita doa, itu yang kita akan dapat."

Maka berhati-hatilah dengan apa yang kita fikir dan apa yang kita cakap. Jangan sesekali membenarkan pemikiran negative masuk dalam kepala otak kita.

Orang yang berjaya, dia boleh menukarkan setiap perkara menjadi duit. Itu cara mereka berfikir. Akal mereka memang sudah di'design'kan begitu.

Mereka boleh 'convert' segala perkara yang mereka ada kepada wang. Mereka boleh buat orang 'terpaksa' membayar kepada mereka untuk ilmu yang mereka ada, idea dan pemikiran mereka serta pengalaman mereka.

That's how we want to be a millionaire. Kita mesti bijak melihat peluang, kemudian tukarkan segala peluang itu kepada wang melalui segala ilmu dan kepakaran yang kita miliki.

'Orang bodoh' adalah orang yang tidak mahu ambil tahu apa yang dia tidak tahu.
'Orang bangang' adalah orang yang tahu tetapi tak bertindak dengan apa yang dia tahu.

Mudah mudahan kita tak termasuk dalam golongan ini.

Betul Ke Betul?

Perkongsian Pengalaman Isteri Menjalankan Perniagaan

Untuk makluman anda, selepas saya pulang dari AMP2012, saya tak putus putus menasihatkan isteri saya untuk menjalankan perniagaan.

Bayangkan, dah terlalu banyak ilmu pemasaran yang saya belajar dari DAO di AMP2012, tetapi saya tidak dapat mengaplikasikan semua ilmu tersebut.

Setelah dipujuk berkali kali, Alhamdulilllah. Akhirnya, isteri saya bersetuju untuk menjalankan perniagaan secara online.

Syukur rasanya, dalam tempoh 10 bulan beliau menjalankan perniagaan. Beliau mampu memperoleh pendatapan 5 angka sebulan walaupun pada mulanya beliau hanya mengeluarkan modal sebanyak RM65 sahaja.

Alhamdulillah, dengan teknik pemasaran yang betul. Segalanya menjadi. Perniagaan isteri saya berkembang baik. Saya hanya menggunakan strategy yang DAO ajarkan di AMP. Jangan menjual. Tapi, berkongsi sahaja. Menggunakan teknik ini, hari ini Maria tak perlu keluar mencari customer. Sebaliknya customer yang mencari Maria.

Selepas program IMKK 2013, isteri saya mula menjadi seorang yang sangat positif. Jika dahulu, beliau agak kuat memberi alasan. Tetapi sekarang, beliau mula berubah.

Apabila ada masalah, beliau tidak fikir masalah itu sangat. Tapi lebih memikirkan, "Macam mana nak selesaikan masalah tersebut."

Setiap bulan, Maria mula mempunyai matlamat yang jelas apa yang beliau nak capai. Maria sudah mula memikirkan perkara perkara yang positif yang akan berlaku pada bulan seterusnya.

Dan yang bestnya, Alhamdulillah. Maria selalu mencapai apa yang beliau impikan. Sebenarnya, saya pun agak terkejut. Tapi, benarlah apa yang DAO sampaikan,

"Apa yang kita fikir, apa  yang kita cakap, apa yang kita ingat, apa yang kita buat, itulah yang kita akan dapat. Allah memberi berdasarkan sangkaan hamba Nya kepadanya."

Dalam erti kata yang lain, kalau kita fikir yang positif-positif, kita akan dapat yang positif. Kalau kita fikir yang negatif. Kita akan dapat yang negatif.


Soo..... Awasi apa yang selalu bermain di fikiran anda !!!!!!!

2. Emosi Yang Luar Biasa

Mereka yang berjaya luar biasa dalam perniagaan mereka adalah mereka yang mempunyai emosi untuk berjaya yang sangat luar biasa.


Ini adalah kunci utama untuk seseorang berjaya dalam bisnes mereka.

Kita mungkin mempunyai modal yang besar, kita mungkin mempunyai masa yang banyak, tetapi tanpa EMOSI yang cukup. Agak sukar untuk kita berjaya dalam perniagaan yang kita jalankan.

Emosi sangat penting apabila kita menjalankan pernigaan.

Setiap hari, setiap masa dan sepanjang perjalanan untuk kita berjaya dalam perniagaan, kita akan menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan. Adakalanya, kita menghadapi cabaran yang sangat besar.

Hanya mereka yang mempunyai EMOSI yang tinggi sahaja yang akan berjaya menghadapi semua ujian, cabaran dan rintangan ini.

Emosi yang tinggi akan memberikan keghairahan kepada kita untuk melakukan yang terbaik untuk kita berjaya.

Dalam erti kata lain, kita dah tak hirau apa orang nak kata kepada kita. Dalam diri kita, kita hanya mahu berjaya. "Biar apa orang kata, biar apa orang cakap, nak.... saya nak.... saya nak juga."

Kalau kita mampu untuk mempunyai emosi yang sekuat ini. Insya Allah, kita akan mudah untuk berjaya. Barulah langkah langkah untuk menjadi seorang jutawan semakin hampir.

Dari emosi yang tinggi inilah yang akan memberi passion kepada kita. Bila kita mempunyai passion yang tinggi, kita akan sanggup melakukan apa saja untuk memajukan perniagaan kita.

"I'm Willing To Do Whatever It Takes To Achieve What I Want"

Mereka yang passion adalah mereka yang sanggup melakukan yang terbaik dalam perniagaan mereka. Adakalanya, mereka terlupa untuk makan dan minum disebabkan terlalu asyik melakukan perkara-perkara yang mereka suka dalam perniagaan mereka.

Untuk menjadi seorang usahawan berjaya, anda perlu bijak menguasai perasaan anda. Jika tidak,sukar untuk anda berjaya.

Percayalah... Tiada siapa di dalam dunia ini yang boleh menghalang kita untuk berjaya melainkan diri kita sendiri. Tugas kita adalah untuk berusaha, selebihnya, kita serahkan kepada Allah.

"Maintain our emotion, maintain our energy. Insya Allah. Kita akan berjaya."

Perkongsian Pengalaman Isteri Dalam Menjalankan Perniagaan Secara Online

Syukur Alhamdulillah, saya rasa seronok sangat. Sekarang isteri saya merupakan seorang W.A.H.M ( Working At Home Mum ). Dalam erti kata yang lain, sekarang Maria dah bergelar Mumpreneur.

Maria menjalankan perniagaan dari rumah sahaja.


Satu perkara yang saya tengok, mengapa Maria boleh berjaya dengan mudah dalam bisnes online ini adalah kerana Maria ada 'passion' dalam buat  bisnes ini.

Semasa memulakan perniagaan ini, Maria menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan. Bukan mudah untuk meyakinkan pelanggan pada peringkat awalnya. Maria masih belum biasa berniaga sebelum ini.

Selain itu, salah satu perkara yang menyebabkan Maria buat betul betul adalah kerana Maria mahu berhenti kerja. Maria dah tak sanggup nak travel setiap hari, meluangkan masa selama 2 jam setengah di atas kereta. Menempuh jalan yang penuh sesak.

Disebabkan semangat yang kuat, Maria sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai impiannya iaitu berhenti kerja di kilang dan buat bisnes dari rumah.

Dari situlah, mula datangnya passion Maria untuk berjaya.

Saya kagum melihat kesungguhan Maria pada peringkat awal dahulu. Pada waktu itu, Maria pulang dari kerja dan sampai di rumah sekitar jam 7.00 malam. Selepas Solat Isyak, Maria terus tidur sambil menyusukan anak.

Matlamat utama adalah agar anak dapat tidur awal.

Jam 10.00 malam, Maria bangun kembali untuk mula nak update blog, update facebook disamping mula chatting dengan customer yang order barang darinya.

Bukan mudah saya tengok Maria pada waktu itu, sekitar jam 12.00 malam - 1 pagi, baru Maria tidur kembali.

Esok pagi, seawal jam 5.45 pagi Maria dah perlu bangun untuk bersiap sedia untuk pergi berkerja.

Mengenangkan kesusahan yang terpaksa ditempuhi setiap hari, Maria berkerja keras untuk berjaya dalam perniagaan.

Maria dah tak kisah, terpaksa bertahan walaupun keletihan. Semua ini dilakukan kerana passion yang ada dalam diri Maria untuk menjalankan bisnes online ini.

Ini kerana, Maria suka membantu menyelesaikan masalah orang lain dari sudut kesihatan. Kepuasan terpancar diwajah Maria apabila mendapat feedback yang positif daripada customer.

Alhamdulillah, apa yang saya perhatikan. Passion inilah yang memberi kekuatan kepada Maria untuk berjaya.

Dua tips yang saya kongsikan di atas ini adalah antara perkara asas yang perlu  ada dalam diri seseorang untuk mereka berjaya dalam bidang yang diceburi.

Insya Allah, selepas ini saya akan berkongsi dengan anda dua lagi tips bagaimana untuk 'mencipta jutawan' dalam diri kita.

Ingatlah, jutawan bukan dilahirkan. Tetapi, mereka dihasilkan. Dan prosesnya bukan mudah. Tetapi bukanlah sesuatu yang mustahil. Jika kita berusaha. Insya Allah, akan ada hasilnya untuk kita.

Semoga tips ini dapat memberi manfaat kepada kita semua.

Wassalam

Yang Benar,
Mohd Firdaus Bin Mat Saad

Usahawan Ternakan Ayam Daging,
Konsultan & Kontraktror Reban Ayam Daging Sistem Tertutup
Penulis Buku Motivasi Pelajar Cemerlang
Penulis Buku Motivasi Usahawan
Penulis Buku Kembara Haji : Perjalanan Suci Mencari Redha Illahi
Konsultan Bisnes Online Marketing.
 
* Tips Berikutnya Akan Diupload Di Blog Ini Selepas Memperoleh 30 LIKES. Sila tekan LIKE Button Di Bawah Sebagai Tanda Sokongan Anda Kepada Saya. :)
 
Anda Di Larang Copy - Paste Artikel Ini. Jika Anda Rasa Artikel Ini Bagus Dan Anda Mahu Berkongsi Dengan Rakan Rakan Anda, Anda Boleh Tekan LIKE Button Di Bawah. ATAU anda boleh berikan LINK ini kepada rakan rakan anda.

4 ulasan:

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top