Assalamualaikum,
 
Saya Mohd Firdaus bin Mat Saad. Berasal dari Parit Buntar, Perak.
 
Syukur Alhamdulillah, Allah mengurniakan kepada saya beberapa kepakaran yang boleh saya gunakan untuk menambah nilai hidup orang lain.
 
Sebelum ini, saya sudah pun menyertai Seminar Advanced Marketing Power 2012, Intensif Jutawan Industri 2012 dan Intensif Mentor Kekayaan Dan Kejayaan 2013 bersama Dr Azizan Osman (DAO).
 
Salah satu daripada kepakaran saya adalah bidang penulisan.
 
Kali ini, saya berhasrat untuk menukarkan semua kata-kata Dr Azizan Osman sepanjang Seminar Jutawan Industri 2013 dalam bentuk penulisan. Agar anda yang tidak dapat menghadiri program ini turut mendapat manfaatnya.
 
Berapa ramai di antara anda yang mahu mengetahui apakah rahsia yang telah disampaikan oleh DAO sepanjang program tersebut?
 
Jika anda berminat untuk mengetahuinya, pastikan anda terus menerus membaca blog ini. Make sure anda bookmark blog ini: www.mariafirdaus.com
 
Memandangkan saya akan menulis laporan ini agak detail, maka saya menjangkakan saya akan mengambil masa selama sebulan untuk menyiapkan perkongsian penuh Seminar Jutawan Industri ini.
 
Saya akan tulis sedikit demi sedikit, mengikut topic yang beliau sampaikan.
 
Mudah-mudahan, apa yang saya tulis ini akan menjadi pencen kubur buat saya kerana menyampaikan ilmu yang bermanfaat kepada anda.
 
Saya menulis kali ini kerana inilah permintaan daripada Dr Azizan Osman.
 
Beliau mahu kami berkongsi apa saja ilmu yang kami ada agar ia memberi manfaat kepada orang lain.
 
Bagaimana Saya Akan Tulis?
 
Saya akan menulis PERKONGSIAN EKSKLUSIF ini dalam bentuk cerita. Seolah olah saya sedang menyampaikan kepada anda semua apa yang DAO sampaikan kepada saya. Dan yang lebih best, perkongsian ini bergambar.
 
Anda jangan tanya saya dimana saya dapat gambar ini semua. Apa yang penting, saya tak ambil gambar di dalam dewan sepanjang program berlangsung kecuali ketika ada satu masa, DAO benarkan kami semua ambil gambar.
 
Nak lagi best, siap ada video lagi. Mudah-mudahan anda yang tidak dapat menghadiri kursus ini dapat membayangkan bagaimana secara keseluruhannya kursus ini telah berlangsung.
 
26 September 2013
 
Saya memulakan perjalanan dari Parit Buntar ke Kuala Lumpur. Destinasinya adalah Keramat, Kuala Lumpur iaitu rumah mak mertua saya. Saya bertolak ke KL sehari sebelum tarikh program bagi memudahkan saya bergerak terus ke PWTC pada hari Jumaat tersebut.
 
"Perjalanan jauh tak ku rasa, kerna hati ku melonjak sama, ingin berjumpa sanak saudara, yang berada nun jauh di mata......" 

 
 
Perjalanan menuju ke Kuala Lumpur mengambil masa 3 jam 30 minit.
 
 
27 September 2013. Temu janji kami di sini dengan Dr Azizan Osman dalam IJI 2013. Bertempat di Dewan Tun Razak 2.
 
 
Setiba di PWTC, kami dihujani dengan anak panah menunjukkan arah Dewan Tun Razak 2. Tempat berlangsungnya seminar ini. Siapa perasan, organiser salah letak tahun 2014. Sepatutnya 2013 la. Hehe...
 
 
Turut bersama saya kali ini adalah isteri tersayang, Kam Maria, kakak ipar saya Kam Haryatie dan biras saya Hafiz. Untuk program kali ini, kami mengambil pakej Super Supreme. Cuba teka berapa harga tiket Super Supreme? Tahukah anda? Siapa yang bertudung coklat ini? Beliau adalah adik Dr Azizan Osman.
 
 
Beginilah keadaan ketika pendaftaran. Anda boleh tengok keadaan di sini agak lengang. Ini kerana tak ramai peserta yang ambil pakej Super Supreme ini. Di sebelah kanan adalah pendaftaran Supreme Diomand.
 
Tetapi, tempat pendaftaran bagi pakej VIP dan General, Subhanallah. Penuh orang yang tidak terhingga.
 
 
 Para peserta diberikan name tag dan juga gelang tangan sebagai 'tiket' untuk keluar masuk ke dalam dewan.


Majlis dimulakan dengan exercise dahulu. Yang di atas pentas ini adalah Aizuwan. Marketing manager di Richworks. Beliau adalah tulang belakang Dr Azizan Osman dalam pelancaran sesuatu program. Beliau juga dikenali sebagai "Abang Bara Bara Bere Bere".


 
Para peserta bersemangat untuk 'exercise.' 

 
Lautan manusia. Jumlah peserta keseluruhannya adalah sebanyak 4,300 orang. Ada 4 pakej yang ditawarkan. Harga tiket asal adalah serendah RM997 untuk General, RM1,997 untuk VIP,  RM3,997 untuk Diomand, RM5,997 untuk Supreme Diomand dan RM9,997 untuk Super Supreme.
 

Dr Azizan Osman memulakan bicara. Mukaddimah adalah dengan perkongsian "Jutawan Perlu Dicipta"


 Abang kameraman asyik focus kat pompuan aje.... ape la abang ni.. Ambil la gambar lelaki banyak banyak sket.
 
Program yang berlangsung pada hari pertama seawal jam 9.00 pagi sehingga jam 1.00 petang. Kemudian ia bersambung jam 2.30 petang sehingga 5.30 petang.
 
Kami berhenti rehat dan makan sebelum program bersambung jam 8.00 malam sehingga 10.30 malam.
 
Untuk makluman anda, tiada makanan disediakan sepajang program berlangsung kecuali buat peserta Super Supreme. So, anda bayangkanlah macam mana sejumlah 4,000 orang dalam dewan keluar secara serentak untuk mencari makanan.
 
Huhu... Huru hara di kawasan sekitar luar dewan itu.
 
Ini dahulu laporan saya untuk hari ini. Insya Allah, selepas ini saya akan mula berkongsi pengisian-pengisian yang disampaikan oleh Dr Azizan.
 
Tajuk pertama yang akan saya kongsikan dengan anda selepas ini adalah "Jutawan Perlu Dicipta".
 
Untuk makluman anda, sekarang ini saya agak sibuk. Saya tidak mampu nak taip semua perkongsian secara sekali gus. Saya akan tulis topik demi topik untuk berkongsi dengan anda semua segala mesej yang telah DAO sampaikan sepanjang seminar ini agar lebih ramai yang mendapat manfaat daripadanya.
 
Saya berharap sangat sangat, anda dapat menyokong saya untuk menyiapkan 'perkongsian' saya ini. Sekiranya tidak menjadi kesukaran kepada anda, mohon anda tekan LIKE button di bawah ini sebagai tanda sokongan kepada saya untuk terus berkongsi dengan anda.
 
Nantikan entri saya yang seterusnya selepas ini.
 
Yang Ikhlas,
Mohd Firdaus Mat Saad
 
Usahawan Ternakan Ayam Daging,
Konsultan & Kontraktror Reban Ayam Daging Sistem Tertutup
Penulis Buku Motivasi Pelajar Cemerlang
Penulis Buku Motivasi Usahawan
Konsultan Bisnes Online Marketing.

7 ulasan:

  1. Alhamdullilah kerna sudi berkongsi ilmu, dapat juga kami yang tidak menghadiri seminar tersebut mendapat sedikit sebanyak menafaat dan pencen kubur buat anda. Akan saya nantikan keseluruhan penulisan anda ini walaupun saya belum berhajat untuk membuat sebarang perniagaan buat masa ini namun saya suka membaca perkara yang berkaitan dengan dunia perniagaan, kewangan, pelaburan, motivasi dan apa-apa yang sewaktu dengannya bagi menambah ilmu dan boleh dijadikan panduan khususnya buat anak-anak saya untuk jadi luar biasa..... terima kasih...terima kasih...terima kasih

    BalasPadam
  2. Assalamu'alaikum Wrmbth Cikgu Firdaus,

    Kami suami isteri tak sabar nak tahu perkongsian seterusnya. (h)

    Semoga berusaha kuat untuk menulis ya. :>)

    BalasPadam
  3. Saya sokong usaha Tuan Firdaus. :D

    Saya doakan semoga Allah permudah segala urusan harian tuan serta keluarga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah..fail saya hilang semasa berebut nak dptkan contack En. MARDI..yg sedihnya fail tu ada nama dan contack saya tapi tak ada plak org call atau smsm utk pulangkan balik..agaknya sbb penuh dgn ilmu dlm tu.u..ada yg dah bekenan

      Padam
    2. Siannya... Insya Allah... Saya akan kongsikan dengan anda.......

      Padam
  4. Alhamdulillah..saya susah hati sgt2..fail saya tercicir semasa nak rebut ambik contack no en MARDI..sekurang2nya ada blog maria firdaus ni dpt la saya simpan sebagi pengganti fail saya yg hilang tu.u.u.

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top