Assalamualaikum,

Hari Rabu lepas, saya menghadiri Seminar Jutawan Industri anjuran Dr Azizan Osman di Sunway Carnival, Pulau Pinang.

Komen saya mengenai program ini, "SUPERB - BEYOND MY EXPECTATION"

Saya suka sebab banyak yang saya belajar dari seminar tersebut. Antara yang saya nak kongsi dengan anda adalah kisah pengalaman hidup Dr Azizan yang diceritakan kepada kami pada hari itu.



Perkongsian Pengalaman Hidup Dari Dr Azizan Osman

Pengalaman Dr Azizan Osman

13 tahun lepas, Dr Azizan masih berkerja dengan orang lain. Kerja makan gaji. Namun, gajinya pada waktu itu hanyalah RM1500 sebulan.

Beliau merasakan jumlah gaji itu terlalu sedikit. Tidak sepadan dengan apa yang beliau impikan. Akhirnya, beliau buat keputusan untuk terjun ke bidang perniagaan. Beliau berhenti kerja dan memulakan perniagaan.

Pada waktu itu, beliau 'terjebak' dengan pelaburan skim cepat kaya. Ia berkaitan dengan perubahan tahun dari 1999 ke tahun 2000. Ala-ala Projek Millinium Y2K.

Pihak syarikat menjanjikan keuntungan 100% keuntungan dalam tempoh 1-2 minggu. Apa lagi, Dr Azizan melakukan sesuatu yang diluar jangkaannya sendiri. Beliau membuat pinjaman bank dan menggadaikan rumah ibu bapanya.

Tidak lama. Selepas 2 minggu, Beliau mendapat berita yang mengerikan. Semua wakil syarikat pelaburan itu telah 'hilang'. Beliau ditipu 'hidup-hidup' dan kerugian lebih RM100k++.

Jatuh Sejatuh-Jatuhnya

Pada waktu itu, beliau 'mati kutu'. Beliau dah tak tahu nak buat apa. Maka bermulalah episod baru dalam hidupnya.

Beliau mula buat bisnes. Dalam keluarga beliau, belum ada sesiapa pun yang buat bisnes. So, kiranya beliau membuat satu kelainan dalam keluarga mereka.

Malangnya, semua perniagaan yang beliau jalankan mengalami kerugian. Buat bisnes A, rugi. Buat bisnes B, rugi. Buat bisnes C, rugi.

Bagai jatuh ditimpa tangga. Beliau terus hidup susah. Walaupun beliau merupakan antara pelajar terbaik di UiTM ketika di peringkat ijazah dahulu. Namun, semuanya sudah tidak berguna lagi pada hari itu.

Beliau meminta pertolongan daripada ramai jutawan Melayu pada waktu itu, tetapi tiada siapa yang sudi membantu beliau. Beliau bukan mahu meminta wang mereka, tetapi beliau hanya mahu belajar daripada mereka bagaimana untuk menjadi kaya.

Pertemuan Dengan Seorang Master Sifu

Dalam kesusahan, beliau berdoa kepada Allah.

"Ya Allah, bantulah aku ya Allah. Aku benar benar dalam kesusahan. Tunjukkan aku jalan bagaimana untuk aku menjadi kaya dan berjaya. Aku berjanji pada Mu ya Allah, sekiranya Kau berikan kekayaan kepadaku, aku akan luangkan masa untuk membantu lebih ramai orang lain untuk menjadi kaya."

Doa beliau didengar Allah.

Allah menemukan beliau dengan seorang jutawan berbangsa Cina iaitu Peter Lau. Peter Lau seorang jutawan yang tidak ada pelajaran. Beliau tidak tahu membaca pun. Tapi, beliau seorang yang sangat berjaya. In fact, Peter Lau tak tahu bercakap bahasa Melayu pun. So, Dr Azizan bercakap dengan Peter dalam bahasa Mandarin.

Semasa bertemu dengan Master Sifu ini, Dr Azizan bertanya.

"Peter, saya nak tanya kepada you. Saya dah buat macam-macam bisnes, tapi kenapa semuanya gagal? Dulu masa belajar di university saya antara pelajar terbaik dalam bidang bisnes. Tapi, bila saya buat bisnes, semua tak jadi."

Ini jawapan Peter Lau.

"Saya nak tanya you, siapa yang ajar you buat bisnes?"

Dr Azizan kemudiannya menjawab.

"Lecturer sayalah. Beliaulah yang ajar saya buat bisnes. Beliau ajar saya subjek Business Study."

Kemudian, Peter Lau berkata kepadanya.

"Kamu pergi tanya 'guru' kamu tu, kenapa kamu gagal dalam bisnes? Kamu ceritakan apa yang kamu dah buat kepada beliau."

Dr Azizan kemudiannya menelefon lecturer yang mengajar beliau dahulu subjek bisnes.

Dr Azizan : Haji, saya nak cerita kepada haji ni. Saya buat bisnes A, bisnes B, bisnes C, tapi semuanya tak jadi. Kenapa yer?

Lecturer    : Kan saya dah ajar kamu dulu. Kamu cuba buka buku teks Business Study bab XXXX, kamu amalkan semua tips dalam tu.

Dr Azizan : Tapi..... Saya dah buat semua benda tu. Kenapa tak jadi?

Lecturer    : Mana saya tahu. Tapi saya dah ajar kamu semua yang perlu. Lagi pun, saya ajar saja. Bukan saya buat bisnes pun.

Dr Azizan : Apa? Haji ajar saya dulu tu ikut buku teks sajalah. Haji tak ada pengalaman langsung buat bisnes?

Lecturer   : Mana saya sempat nak buat bisnes. Sayakan sibuk. Ingat kerja lecturer ni senang ke. Banyak masa ke sampai boleh nak buat bisnes.

Dummmmm........ Dr Azizan terus meletak telefon. Beliau mula nampak kesalahan beliau. Beliau belajar buat bisnes dari orang yang TAK BUAT BISNES. Sebab itulah beliau gagal. Beliau tak ada mentor yang betul.

Tunjuk Ajar Ku Sifu

Beliau pergi bertemu semula dengan Peter Lau. Beliau menceritakan apa yang disembangkan dengan lecturer beliau.

Peter Lau hanya ketawa. Inilah KESILAPAN YANG RAMAI ORANG BUAT.

BELAJAR BUAT BISNES DARI ORANG YANG TAK SEPATUTNYA. ORANG YANG AJAR TU PUN TAK BUAT BISNES.

Kemudian, Peter Lau terus menasihati Dr Azizan. "Kalau kamu nak berjaya, pergi cari MENTOR YANG DAH TERBUKTI BERJAYA DALAM BIDANG YANG KAMU NAK CEBURI, DAN BELAJAR DARIPADA MEREKA. BUAT 100% APA YANG MEREKA BUAT. KAMU AKAN BERJAYA SEPERTI MEREKA".

Allah Allah.... Rupanya itu sahaja RAHSIA UNTUK BERJAYA DALAM BISNES.


Mentor akan memberikan sokongan, nasihat, panduan dan pertolongan.

Kalau nak berjaya dalam bisnes, kita perlukan mentor. Pastikan kita bertemu dengan mentor yang betul. Mentor yang sanggup untuk membantu kita. Kemudian, kita hanya perlu buat apa yang beliau lakukan dan Insya Allah kita akan berjaya seperti mereka.

Dr Azizan terus mencari mentor dalam bisnes yang beliau ingin ceburi. Akhirnya, beliau berjaya menjadi seorang multi-millioanaire pada hari ini.

Kisah ini sebenarnya sangat simple. Tapi, memberi impak yang sangat besar dalam hidup kita.

Pengajaran Buat Kita Semua

Daripada kisah yang dilalui Dr Azizan ini, banyak yang kita boleh belajar. Antaranya, kita perlu mencari mentor yang betul jika mahu berjaya dengan lebih mudah.

Kita perlu mencari mentor, bukan mentor yang mencari kita.

Belajar Ilmu Bisnes Shaklee

Maria sudah berkecimpung dalam bisnes Shaklee hamper 10 bulan sekarang ini. Alhamdulillah, saya nampak peningkatan yang sangat bagus dalam bisnes Maria.

Satu perkara yang saya nampak. Maria selalu menghubungi mentor untuk bertanya, berbincang dan meminta pendapat mengenai sesuatu perkara.

Saya selalu perhatikan, MENTOR tak mencari Maria. Tapi Maria yang perlu mencari MENTOR. Maria yang selalu PM mereka di Facebook, chatting di Whatsapp, Mesej dan juga Phone Coaching.

Maria want to do this business right. Tak nak buat silap. Tak nak langgar dinding.

Ini sangat penting, sebabnya untuk mentor itu berjaya dalam bisnes Shaklee mereka. Mereka dah lalui banyak susah payah. Mereka dah buat banyak silap. Jadi, dengan belajar daripada mereka. Maria dapat elak dari buat kesilapan yang telah mentor lakukan.

Syukur Alhamdulillah. Ini antara sebab mengapa Maria bergerak cepat dalam bisnes Shaklee ini.

MARIA TAK PERNAH TUNGGU ARAHAN DARIPADA MENTOR. TETAPI, MARIA YANG SELALU MENGHUBUNGI MENTOR DAN MEMINTA PANDUAN DAN TUNJUK AJAR DARIPADA MEREKA.

Belajar, Belajar Dan Terus Belajar

Seperti yang saya ceritakan sebelum ini, bonus Maria bulan Ogos lepas  adalah 5 angka. Alhamdulillah... Ia jumlah yang agak besar bagi orang baru macam Maria.

Namun, Maria perlu move forward. Maria sekarang kena belajar next step. Macam mana nak dapat income RM20k++ pulak.

So, hari ini insya Allah kami akan bertemu dengan mentor kami di Kuala Lumpur. Kami perlukan tips dan panduan macam mana nak capai RM20k++ dalam tempoh 3-4 bulan dari sekarang.



Mentor pasti ada 'kunci' untuk kita berjaya dengan lebih mudah.

Saya pasti, mesti ada 'rahsia' untuk berjaya dengan mudah. Sebabnya, mentor kami ini sudah melalui apa yang sedang kami lalui. Beliau pasti tahu macam mana kami nak berjaya dengan lebih mudah.

Insya Allah. Kami dah jadualkan personal coaching selama 2 jam dengan beliau. Semoga, ia akan menjadi ilmu yang berguna buat kami untuk membantu lebih ramai orang selepas ini.

Oklah... Jam dah pukul 8.00 pagi. Nak bersiap untuk keluar bertemu mentor kami. Tak sabar nak sedut ilmu daripada beliau.

Semoga Allah mudahkan.

Wassalam

* Bagi anda yang nak join Seminar Jutawan Industri PERCUMA. Sila register di www[.]jutawanindustri[.]com
* Seminar terakhir di Shah Alam Convention Centre pada 22 September ini.

1 comments:

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top