Assalamualaikum,

Seperti yang anda tahu, Maria menjalankan Bisnes Shaklee sejak awal tahun ini.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah selepas Maria menjalankan bisnes ini selama 8 bulan, dah ramai yang saya dan Maria bantu. Bantu dari segi perkongsian produk kesihatan, perkongsian perniagaan dan lain lain lagi.

Minggu lepas, kalau anda perasan Maria ada tulis blog menyatakan bonus Maria untuk bulan Julai 2013 adalah RM5k++. (Click DI SINI).

Mohon maaf, ianya silap. Ini kerana jumlah bonus yang Maria peroleh bukanlah RM5k++. Tapi jumlah keseluruhan yang Maria peroleh untuk bonus bulan Julai adalah RM8k++.
Bonus yang Maria perolehi dari business Shaklee pada Julai 2013 ialah RM8k++

Semua pendapatan ini Maria jalankan secara online 98%. Perkongsian melalui blog dan juga Facebook sahaja.

Tidak perlu keluar rumah untuk menjual di rumah orang lain. Tidak perlu ada kedai. Tidak perlu ada pekerja. Maria buat sendiri sahaja dari rumah. Sambil guling guling dengan anak dan suami di rumah. Hehehe....

Selepas 8 bulan menjalankan bisnes ini secara serius, sekarang saya dan Maria lebih komited untuk membantu lebih ramai orang lain untuk turut berjaya. Alhamdulillah, setakat hari ini sudah ada 4 orang anak buah Maria yang berjaya mencapai 4 angka bonus dalam tempoh 1 bulan, 2 bulan dan 3 bulan mereka dalam bisnes Shaklee ini.

Alhamdulillah. Maria rasa seronok sangat. Seronok sebab bukan sahaja Maria seorang yang dapat bonus 4 angka, tetapi anak didik Maria pun sekarang dah tahu berniaga secara online dan mampu memperoleh bonus 4 angka sebulan.

Insya Allah, many more to come after this. Sekarang ini lebih daripada 10 orang yang sedang bertatih dalam bisnes Shaklee dibawah Maria dan mereka ini sekarang sudah memperoleh pendapatan 3 angka sebulan.

Masih ramai yang dalam Group Maria Firdaus dan Usahawan Shaklee yang baru bertatih dalam Shaklee sedang berjuang untuk memperoleh bonus 4 angka sebulan.

Seronok sangat, sebab saya dan Maria dapat menambah nilai hidup orang lain.

Group Coaching

Untuk makluman anda, saya sangat sangat komited membantu anak buah Maria untuk belajar buat bisnes Shaklee.


Dalam Bisnes Shaklee ini, kita buat secara berkumpulan. Every step is guided. Insya Allah, kita tolong menolong untuk sama sama berjaya.


Dalam Group Maria Firdaus Dan Usahawan Shaklee (Secret Group Dalam Facebook), saya selalu berikan tips tips perniagaan kepada mereka. Saya bagi kata kata semangat dan motivasi. Kami mahu melihat lebih ramai orang berjaya dalam bisnes Shaklee ini.

Dalam group ini juga, selalu ada perbincangan. Mereka yang bermasalah dalam bisnes mereka boleh bertanya terus soalan kepada orang lain. Kami semua bergerak dalam satu kumpulan yang besar dan saling tolong menolong antara satu sama lain.

Bak kata Dr Azizan Osman, "Jika anda mahu menjadi kaya, anda perlu tolong orang lain untuk menjadi kaya. Jika orang lain jadi kaya, anda tiada pilihan. Anda 'terpaksa' kaya."

Personal Coaching

Selain Group Coaching, untuk makluman anda saya juga selalu buat Personal Coaching. Maksudnya, pertemuan secara personal dengan saya dan. Kami akan berkongsi pengalaman kami menjalankan perniagaan online ini secara personal.

Mereka yang berminat akan datang berjumpa dengan kami, dan kami akan berkongsi semua ilmu ilmu perniagaan kami. Biasanya, tempoh pertemuan untuk personal coaching ini akan mengambil masa antara 4-6 jam.

Bergantung sebanyak mana ilmu yang mereka ini mahukan.

Semua ini kami lakukan secara PERCUMA. Ini kerana kami mahu melihat lebih ramai orang yang berjaya dalam Bisnes Shaklee ini.


Tugas saya dalam group ini adalah untuk membantu mereka untuk berjaya. Saya lah yang menyusun strategi untuk Maria berjaya dalam Bisnes Shaklee ini. Saya dah tahu jalan short cut untuk berjaya. Jika saya boleh bimbing Maria, saya yakin saya boleh bimbing lebih ramai lagi orang lepas ni.

Anak Buah Dari Jerantut Pahang

Hari Rabu lepas, ada salah seorang anak didik Maria dalam Bisnes Shaklee dari Jerantut Pahang menghubungi saya. Mereka mahu mendapatkan khidmat Personal Coaching dengan kami.

Dari jauh mereka datang, datang dengan 1000 harapan.

Alhamdulillah, hari Khamis petang mereka tiba di Parit Buntar selepas mengharungi perjalanan yang panjang selama 8 jam dari Jerantut Pahang. Bukan dekat perjalanan mereka.

Jauh... jauh sangat.. Tetapi, disebabkan mereka ingin mengetahui rahsia bagaimana Maria berjaya dalam Bisnes Shaklee. Faktor jauh bukanlah alasan.

Yang bestnya.... yang betul betul nak buat Bisnes Shaklee ni adalah si isteri... Si suami pula macam 'confuse'.

"Kenapa perlu pergi sampai Parit Buntar untuk belajar Bisnes Shaklee ni? Tak boleh ke belajar ikut online atau through phone?"

Sebenarnya saya memang selalu ajar melalui online dan telefon, cumanya. Mereka yang nak lebih banyak 'short cut' perlu jumpa kami sendiri. Lebih banyak yang boleh dikongsi jika datang secara personal coaching ni.

Masa sampai, akak tu gelak gelak cerita mengenai suaminya. Yang macam tak boleh terima

"Kenapa perlu datang Parit Buntar? Mengharungi perjalanan selama 8 jam untuk datang belajar buat Bisnes Shaklee."

Yang lebih best lagi, suami akak ni 'tak percaya' kami buat bisnes Shaklee secara online.

Antara yang menyebabkan kami tertawa bila suami akak ni cakap.

"Saya nak tanya, buat bisnes ni nak kena bawa produk pergi rumah orang tak?"

"Buat bisnes ni nak kena cari orang tak masuk bawah kita?"

Hahah. Agak-agaknyanya, inilah salah faham orang ramai mengenai Shaklee.

Mereka ingat bila buat bisnes Shaklee nak kena menjual. Nak kena cari orang masuk.

Sebenarnya, bila kita buat bisnes dengan cara yang betul. Kita tak perlu menjual pun. Tak perlu cari orang masuk bawah kita pun. Tetapi, strategi yang kita ajar akan menyebabkan orang yang akan cari kita untuk beli dari kita. Orang yang akan cari kita untuk masuk bawah kita.

Inilah rahsia kehebatan buat bisnes dalam group ini.

Terus saya terangkan.

'Bang, sepanjang Maria buat bisnes ni selama 8 bulan. Tak pernah pun Maria bawa Set Shaklee ni pergi rumah orang. Tak pernah ada stok banyak banyak di rumah. Semuanya Maria buat online. Sikit sangat yang jual secara offline"

"Tak per bang. Insya Allah, sebelum abang balik nanti abang akan faham strategi yang kita gunakan. Kita akan ajar abang macam mana nak menjual barang tanpa perlu menjual. Macam mana nak buat supaya orang datang mencari kita dan berkata, "Saya nak join group awak".

Sebenarnya, selama saya buat bisnes ni. Dah ramai sangat usahawan yang berjaya yang saya dah jumpa. Saya dah 'interview' mereka untuk mengetahui rahsia kejayaan mereka dalam bisnes mereka. Sebab itulah, saya tahu banyak 'short cut' untuk berjaya dalam bisnes.

Sessi Coaching Bermula

Selepas Solat Isyak sessi Personal Coaching bermula. Saya mula berkongsi dengan mereka beberapa perkara perkara asas dalam bisnes.

Mengapa ramai orang berjaya dalam bisnes?
Mengapa ramai orang gagal dalam bisnes?
Rahsia kejayaan seseorang usahawan.
Mengapa buat bisnes Online?
Matlamat dalam kehidupan
Kisah kejayaan Maria, Ainul dan Hafsah

Disebabkan saya nampak mereka keletihan, sessi malam terpaksa ditangguhkan. Tapi, berdasarkan perkongsian saya dengan mereka selama hampir 2 jam ini. Mereka mula faham asas asas yang perlu difahami dalam perniagaan.

Syukur Alhamdulillah, mereka semakin faham mengapa mereka perlu buat bisnes secara online ini.

Keesokan paginya, sesi coaching bersambung dengan saya dan Maria mula berkongsi pengalaman Maria memulakan bisnes Shaklee ini dahulu. Maria menceritakan A to Z bagaimana dia bermula dahulu.

Bermula dengan 'menjual' kepada kawan kawan di kilang dan mereka yang rapat. Sebelum Maria mula 'menjual' secara online.

Bisnes Maria mula huru hara selepas Maria mengamalkan teknik yang betul dalam perniagaan online. Rezeki mula datang menderu deru selepas Maria tahu cara update blog dengan betul, cara tulis posting di Facebook dengan betul.

Mereka mula kagum dengan teknik yang Maria gunakan. Selepas itu, kami berkongsi dengan mereka rahsia bagaimana membuatkan orang terasa seperti mahu membeli daripada kita. Kami berkongsi dengan mereka rahsia bagaimana membuatkan orang rasa macam saya nak join bisnes awak.

Buat bisnes ibarat bermain catur. Jika kita menggunakan strategi yang betul. Kita akan menang.

Teknik yang saya ajarkan ini adalah teknik jemput-jemput. Kita tak perlu 'menjual' tapi orang datang mencari kita. Kita tak perlu ajak orang lain join group kita, tapi mereka yang 'menyerah' diri mahu belajar daripada kita.

Alhamdulillah, rahsia rahsia inilah yang Maria amalkan sehingga mampu memperoleh bonus RM8k selepas 8 bulan buat bisnes. Rahsia inilah yang mentor Maria iaitu Ainul amalkan sehingga mampu memperoleh bonus RM9k dalam masa setahun menjalankan bisnes Shaklee.

Sehinggakan mereka yang 'berjaya' dalam Shaklee ini, semuanya 'terpaksa berhenti' kerja. Tiada pilihan. Bisnes dah huru hara.

Selepas 4 jam sessi intensif coaching bersama mereka, mereka mula faham apa yang kami telah lakukan.

Dan yang bestnya, selepas kami ceritakan rahsia rahsia kejayaan dalam bisnes Shaklee ini. Barulah suami akak ni 'nampak' apa yang dia tak nampak sebelum ni.

Akhirnya beliau berkata, "Kalau macam ni, barulah senang nak buat bisnes. Kita tak perlu menjual pun. Kalau kita guna teknik ni, orang yang datang cari kita. Bukan kita yang cari orang."

Saya memaklumkan kepada mereka, "Sebenarnya, apa yang saya ajarkan ni khusus untuk bisnes Shaklee. Tapi kalau abang dan kak amalkan prinsis yang sama, kak buatlah bisnes apa pun. Insya Allah akan jadi. Yang penting kita kena faham asas asas dalam perniagaan."

Alhamdulillah, akak tu rasa berpuas hati dengan ilmu yang kami kongsikan. Mereka tersangat berpuas hati. Walaupun terpaksa menempuh perjalanan 8 jam untuk tiba ke Parit Buntar dan 8 jam lagi untuk pulang ke Jerantut, tetapi mereka gembira.

Gembira kerana mereka pulang dengan ilmu yang tersangat 'mahal'. Mereka dah tak sabar nak amalkan apa yang saya ajarkan.

Saya sebenarnya, sangat sangat berharap. Agar mereka berjaya dalam bisnes ini. Semoga Allah permudahkan urusan mereka. Dalam kehidupan mereka di dunia dan di akhirat.

Kepada abang dan akak, saya dah kongsikan semua ilmu yang saya tahu mengenai bisnes ini. Sekarang segalanya terserah kepada abang dan akak. Kalau akak amalkan, akak akan dapat. Tapi kalau lepas ni akak balik dan tak buat apa yang saya ajarkan. Sia sialah pengorbanan masa dan wang ringgit yang kak dah lakukan untuk datang belajar dengan saya hari ini.

Ayuh kawan kawan semua, kita doakan agar mereka berjaya.

Semoga, kisah ini memberi inspirasi kepada anda semua bahawa bisnes lebih mudah kita lakukan kalau kita tahu caranya. Yang susah, kalau kita buat sendiri. Tak ada orang yang nak bantu.

Saya juga nak buktikan kepada orang ramai bahawa, bisnes online adalah bisnes yang terbaik untuk kita semua lakukan hari ini. Ini kerana, bisnes online memerlukan modal permulaan yang tersangat rendah.Tetapi, jika dilakukan dengan betul. Insya Allah, ia akan memberi pulangan yang amat menakjubkan.

Sekian. Wassalam.

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Maria untuk:-
 
FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
 
 
Kam Maria
Shaklee ID : 881455
019-259 2731 (Call, SMS, WhatsApp)

3 comments:

  1. moga Allah redha dengan usaha tuan haji dan puan hajjah. ameen. :)

    ReplyDelete
  2. Good utk akak n abang.. Moga mndpt rahmat Nya.. Sy ni je biler la nk dpt ke sana ni.. Huhuhu..sy pasti akan cr ms..

    http://duniafaisza.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Seronok baca kisah kejayaan !;)

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top