Assalamualaikum,

Petang semalam, salah seorang sahabat saya yang juga ahli dalam group MARIAFIRDAUS DAN USAHAWAN SHAKLEE dari Shah Alam datang ke rumah saya di Parit Buntar. Beliau dalam perjalanan pulang ke rumah keluarganya di Kedah.

Beliau datang ke rumah saya untuk mempelajari teknik dan rahsia kejayaan menjalankan perniagaan Shaklee dari saya dan Maria.

Beliau baru menjadi ahli Shaklee dalam group kami pada 1 Julai 2013. Tujuannya, beliau nak 'test' bagus sangat ke produk Shaklee ni. Sebab testimoni produk Shaklee dah terlalu banyak di Blog dan Facebook.

Tujuan asal bukan nak berbisnes. Cuma nak 'mencuba'.

Tetapi, selepas beberapa hari beliau makan supplemen Shaklee, beliau dapat merasai perubahan tahap kecergasan dan kesihatan dalam dirinya. Syukur Alhamdulillah,  beliau berasa cergas dan bertenaga berbanding berpuasa pada tahun tahun terdahulu.

Jika dahulu, beliau hanya mendengar apa yang saya kongsikan. Tetapi, selepas mencubanya sendiri kali ini beliau sudah YAKIN 100%.

Dengan menggunakan tips-tips yang kami kongsikan di dalam group kami, beliau mula berkongsi pengalaman sendiri menggunakan Shaklee pada bulan puasa dengan keluarga dan rakan-rakan melalui offline dan online.

Alhamdulillah, kemudian ada keluarga dan rakan yang terbuka hati untuk mencuba dan mendapatkan produk Shaklee daripada beliau.

Jadi, secara tak sengaja, beliau berjaya memperoleh bonus 3 angka bulan ini. Beliau terkejut, dan mula nampak potensi dalam perniagaan Shaklee ini.

Sebab itulah beliau datang ke rumah saya, beliau mahu belajar dengan lebih lagi bagaimana rahsia Maria memperoleh pendapatan RM5k+ selepas 8 bulan berjuang dalam perniagaan Shaklee secara online.

Perkongsian Pengalaman




Bagi saya, saya nampak Shaklee adalah satu perniagaan yang amat mudah untuk dijalankan. Sebab itulah saya menggalakkan Maria untuk serius dalam business ini dahulu. Dan perkara yang sama sahabat saya ini mula nampak sekarang.

Bayangkan, bermodalkan RM75 dah boleh start buat bisnes. Tak perlu modal besar, tak perlu ada kedai, tak perlu ada pekerja. Dan buat dari depan komputer sahaja. Dan kini Maria berjaya menggenggam income lebih daripada semasa bekerja sebagai Engineer dahulu dengan hanya duduk di rumah.

Saya dan Maria berkongsi dengan beliau macam mana Maria mula bisnes Shaklee ini. Maria berkongsi pengalaman ketika bekerja kilang dahulu, kemudian mula aktif di blog dan di facebook.

Sehinggalah satu hari, Maria terpaksa berhenti kerja disebabkan permintaan yang terlalu banyak dari customer sehingga Maria tak mampu fokus dengan kerja sebagai Engineer di kilang.

"Sorry Bos!!! Saya Terpaksa Berhenti Kerja!!!!" 

Inilah yang 'terpaksa' Maria lafazkan kepada bos dikilangnya.

InsyaAllah, semoga sessi perkongsian pengalaman, tips ini dapat membantu beliau sebagai business partner kami agar lebih mudah maju dalam business Shaklee ini.

Kami memang amat berbesar hati untuk membantu semua ahli-ahli dalam group EXCLUSIVE kami MARIAFIRDAUS DAN USAHAWAN SHAKLEE, agar terus berjaya dalam business Shaklee. Jika anda berminat untuk menyertai group kami, boleh hubungi Maria.

Hmm... Oklah...  Sibuk ni. Nak buat persiapan raya. Semoga Allah mudahkan kita semua.

Selamat pulang ke kampung halaman masing-masing sempena Hari Raya.
Pandu Cermat Jiwa Selamat.

Wassalam.

1 ulasan:

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top