Assalamualaikum,

Saya tahu, ada di antara anda yang buka blog saya setiap hari. Anda mengharapkan saya ada update sesuatu. Lepas anda buka, tiada sebarang update... Anda rasa kecewa... Maafkan saya kerana mengecewakan anda.

Saya mohon maaf sangat sangat... Tanggung jawab saya semakin besar sekarang ini. Banyak kerja yang perlu saya selesaikan. Saya tak pasti anda tahu atau tidak, saya baru saja menyiapkan sebuah lagi EBOOK.

Ebook ini berkisahkan motivasi keusahawanan. Kisah jatuh bangun, pahit manis perjuangan seorang usahawan untuk berjaya dalam perniagaannya.

Dan saya nak anda faham, bukan mudah untuk menghasilkan sesebuah ebook yang 'luar biasa'.

Ebook ini sudah seminggu siap. Sekarang, sedang dalam proses 'preview'. Ia sedang dibaca oleh hampir 30-40 orang terawal untuk mendapatkan feedback dan penambah baikan. Apa yang pasti, mereka sudah membaca ebook ini secara percuma.

Hehe.. Ini salah satu komen daripada pembaca.

"Ebook ni sudah cukup bagus, bahkan sangat berkesan sbb bagi saya..tuan menulis menggunakan hati, bukan menggunakan tangan.
Apabila saya membaca ebook ini,saya merasakan seolah olah tuan menceritakan pengalaman tuan kepada saya secara face-to-face. 

Gaya penyampaian tuan yang santai dalam menuliskan pengalaman ini membuatkan saya dapat merasa keikhlasan tuan.Pengalaman tuan dan isteri ketika hendak menceburkan diri dalam bisnes memberikan inspirasi kepada mereka yang ingin menceburkan diri dalam bisnes dan ingin mencipta “hidup luar biasa”.

Tahniah tuan kerana menghasilkan ebook yang penuh inspirasi ini dan yang paling penting adalah penekanan untuk mendekatkan diri kepada Sang Pencipta (Allah swt),itu asas paling utama untuk kita semua berjaya dalam segala bidang yang kita ceburi. Saya pun di dalam line business,dan saya pun diingatkan oleh orang2 yang berjaya benda yang sama."


Alhamdulillah... Sekarang, masih dalam proses final editing. Saya nak berikan yang terbaik untuk anda. Dan ada berita yang lebih baik. Kali ini, saya nak berikan Ebook ini secara percuma kepada anda.

What!!!!! PERCUMA...... Ya Percuma... Saya mengarang Ebook ini lebih daripada sebulan. Semoga ia menjadi amal ibadah yang diterima oleh Allah. Amin.

Semoga ia dapat memberi manfaat kepada kita semua. Untuk lebih berjaya, di dunia dan di akhirat.

Wassalam

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top